Ticker

6/random/ticker-posts

Header Ads Widget

Persahabatan

 


Dalam hidup kita, tipulah kalau kita stay berseorangan, alone je tak ada kawan. Sepastinya akan ada walaupun kawan tu berada jauh. Seorang pun sudah cukup. Hal ini kerana, walaupun seorang, dia lah yang paling memahami and sentiasa ada dengan kita. Dalam persahabatan, macam-macam kita akan belajar. Jatuh, bangun sesebuah perhubungan tu semestinya ada. Jadi, untuk kalini nak bercakap berkaitan apa yang patut kita buat untuk jaga perhubungan, tapi, janganlah sampai memakan diri.

Pertama, jangan pernah pentingkan diri sendiri dan tinggikan ego. Kalau kita nak orang lain sentiasa fahami kita, kita mestilah memahami orang lain juga. Turunkan ego, biarlah kita yang minta maaf dahulu walaupun bukan salah kita. Tetapi, janganlah terlalu ikutkan sahaja, nanti kita yang sakit. Berpadalah mengikut keadaan dan keperluan.

Kedua, jangan pernah sesekali memburukkan sahabat sendiri walau semarah mana pun kita. Sesedih kita sekalipun, jangan canangkan perkara yang tidak betul pada orang lain untuk puaskan hati kita. Perkara tersebut tidak akan sesekali menyelesaikan masalah malah menambahkan dendam dan rasa pentingkan diri tu.

Akhir sekali, jangan menempiaskan tertekan atau marah kepada orang lain kerana kita sedang sedih atau apa-apa pun. Sesetengah orang mungkin tidak kisah, tapi lama-kelamaan, perkara itu yang akan membuatkan sesebuah perhubungan itu menjadi toxic. Setiap orang pasti ada masalah, tapi jangan sampai orang lain lari kerana terlalu tertekan dengan sifat tersebut.

Okay dah. Cakap panjang-panjang pun, masing-masing dah besar, kan. Sudah mampu berpikir sendiri, tahu mana yang baik dan mana yang buruk. Cumanya pesanan saya:

 "YOU CAN FOLLOW YOU INSTINCT AND FEELING, BUT IN ORDER FOR YOU TO EXPRESS IT, USE YOUR BRAIN. SOME PEOPLE ARE TOO FRAGILE AND THEY CAN GO FAR FROM YOU BECAUSE OF YOUR ATTITUDE AND YOU MIGHT BE ALONE"

 

Have fun! Jaga diri musim banjir ni. Jangan main air banjir or hujan nanti sakit. Take care!


-Pheonix-alley



Post a Comment

0 Comments