"KONVOKESYEN PALING DITUNGGU BAGI MAHASIWA "
Bagi pelajar yang telah menamatkan pembelajaran, semestinya mereka sangat menantikan ketibaan Majlis Graduasi. Majlis tersebut merupakan satu bukti bahawa mereka telah berjaya membanggakan ibu bapa dan mencapai impian mereka. Dalam usaha mencapai apa yang dikecapi sekarang, banyak halangan yang dilalui demi segulung kertas yang sangat tinggi nilainya.
Bukan mudah untuk berdepan dan mengatasi masalah dan cabaran. Pelbagai masalah yang dihadapi, masalah kawan, pembelajaran dan kos sara hidup. Ada yang tidak smpai ke penghujungnya kerana tidak tumpas ditengah jalan, dan ada pula yang kurang bernasib baik kerana tidak mampu untuk menamatkan perjuangan. Tidak dilupakan, ada yang langsung tidak memperoleh peluang untuk bersama berjuang di medan menuntut ilmu. Kita patut bersyukur kerana dimurahkan rezeki dan telah berjaya sampai kepenghujungnya.
Namun begitu, ada juga fasa kesedihan yang melanda, seperti faktor kesihatan dan kematian. Ada yang masih bersedih, tetapi kerana semangat yang utuh, masih datang untuk mengambil skrol. Terdapat juga yang diwakili ibu bapa naik ke pentas untuk menerima skrol bagi pihak anaknya. Mereka berbangga akan tetapi Allah lagi menyangi mereka. Dalam masa yang sama juga, dapat dilihat ada sahabat handal menitiskan air mata kerana tidak dapat bersama-sama memakai jubah yang diimpikan sekian lama. Andai masa dapat dikembalikan, akan ku berikan pelukan terakhir.
Pesanan saya, ciptalah memori sebanyak yang mungkin, agar dapat dikenangkan pada masa hadapan. Senakal manapun seseorang itu, akan ada seseorang bernama sahabat yang akan bersama kita, tidak kira di mana jua. Sama-sama menggapai impian demi menyarung jubah Konvokesyen dan bersama-sama berdiri di atas pentas yang diimpikan selama ini. Jagalah hubungan sentiasa agar dapat sama-sama menggapai apa yang diimpikan.
"Enjoy your life, Never doubt your decision, Explore new things and success"
Semoga berjaya !
-Pheonix_alley-
0 Comments