![]() |
Hai, saya kembali. Untuk kali ini, alang-alang musim mengundi, jom tengok kriteria seorang pemimpin yang bagus.
Dalam kehidupan ini, kita bergaul dengan ramai orang dan bekerjasama dengan pelbagai organisasi. Tapi, perasan tak, setiap orang tu ada perangai dan tingkah laku masing-masing. Kalau yang bagus, haa yang tu boleh ambil, tapi kalau sebaliknya, yang ni kita nak elak. Orang putih panggil "DISASTER". Tahukah sebab apa dipanggil "DISASTER"???
Bila kita memilih pemimpin yang salah, hal itulah yang menyebabkan pelbagai masalah akan berlaku. Bukan sahaja berkaitan negara sahaja, malah setiap organisasi yang terlibat seperti di universiti dan tempat kerja. Cuba bayangkan, daripada kita bekerja elok-elok, semua tersusun, tapi bila tukar kepada pemimpin yang salah, pelbagai masalah datang. Akan tetapi, bukan mereka yang di atas merasai kesusahan, malah yang di bawah juga. Aish nampak macam kritik pulak.
"Dalam kita memilih pemimpin, pilihlah yang boleh membawa kita ke arah yang lebih baik dari semasa ke semasa"
Di sini, saya bukan mengkritik tapi cuba untuk memberi kefahaman mudah agar semua dapat memilih dengan baik. Sebagai seorang ketua, yang paling utama sekali, seseoarang itu perlulah bertanggungjwab. Ada benarnya kita boleh mempercayai anak buah untuk menguruskan kerja, akan tetapi , ketua haruslah sentiasa memerhati, menegur mana yang salah dan cuba untuk menyelesaikan masalah atau isu yang timbul, bukan hanya dengan melepas tangan, bagai melepas batuk di tangga.
Kedua, tiada istilah, ketua semua betul. Dalam sesebuah organisasi, ketua mesti mendengar cadangan atau apa-apa hujah pandangan daripada anak buah masing-masing. Jangan mengikut ego masing-masing atas dasar sebagai ketua. Ketua pun manusia seperti yang lain, tak akan sentiasa betul dan tak akan sentiasa salah.
Yang terakhir dan yang paling penting adalah KEJUJURAN. Mesti pelik kan tetiba yang satu ni, saya capslock. Dalam dunia ini, bukan saya nak kata tiada pemimpin yang jujur. Ramai sahaja yang jujur. Cumanya, dalam usaha anda ingin memilih, ingatlah untuk melihat kejujuran dalam segala aspek. Betul ke dia buat benda tu, bukan "claim himself"? ; Betul ke dia jaga kebajikan orang bawah dia?; Betulkah apa yang dia cakap?. Apapun yang paling penting, tanya dan siasat sebelum bertindak.
Saya rasa, setakat itu sahaja. Ingat ya! Pilih betul-betul. Terutamannya kepada adik-adik yang kali pertama mengundi. Gunakan pemikiran dan hak anda untuk memilih. Janganlah tersalah langkah.
All the best! Ayuh keluar Mengundi!
-Pheonix-alley
0 Comments