Ticker

6/random/ticker-posts

Header Ads Widget

Kata orang-orang tua kena dengar!


    Cakap pasal kata orang-orang tua, banyak sangat dan ada yang dijadikan panduan sehingga kini. Setiap pesanan orang terdahulu semestinya ada maksud tersembunyi. Dalam erti kata lain, "MITOS". 

"Jangan nyanyi kat dapur, nanti kawin dengan orang tua";"Jangan potong kuku waktu malam, nanti ada yang datang". 

    Ramai yang tak pernah pun terfikir yang sebenarnya setiap ayat tu membawa pesanan kepada masyarakat. Jangan potong kuku waktu malam kerana waktu malam suasananya gelap walaupun zaman moden sekarang ada lampu. Cuba bayangkan tengah kusyuk, tetiba terkepit isi kuku. Haaa! Sakitkan dan semestinya berdarah dan perlukan rawatan.

    Selalunya wanita yang belum berkahwin ditegur jangan menyanyi di dapur, katanya nanti akan berkahwin dengan orang tua. Bukan sengaja tapi adalah untuk menjaga maruah dan etika sebagai seorang perempuan. Kita tahu, sebagai seorang perempuan semestinya sentiasa perlu dijaga maruah dan cara perilaku mereka. Sebab itu lah adanya semua ayat-ayat ini walaupun pada zaman sekarang ianya di pandang remeh.

Haaa dah nampak kan maksud disebalik ayat-ayat orang-orang tua!

   Sebagai ibu bapa, mereka cuba untuk menggunakan pelbagai cara untuk mendidik anak-anak supaya menjadi orang yang berguna dan berjaya di masa hadapan. Cara ini masih digunakan di kampung-kampung atau pun oleh datuk dan nenek kita. Yang paling penting, apa-apa sekalipun tindakan yang dilakukan semestinya bermula dari rumah. Di zaman yang semuanya dihujung jari sahaja ini, semestinya membuatkan ibu bapa keliru tentang bagaimana untuk mendidik anak-anak.

       Kita boleh tengok macam mana orang zaman dahulu duduk dengan aman dalam sesebuah masyarakat. Bagaimana mereka meng-adaptasikan diri mereka dengan budaya-budaya seperti ini. Nak mengajar bukan mudah ya, tetapi cara ini telah banyak merubah kehidupan kita.

  Senang cakap, mereka sudah makan garam lagi lama daripada kita!

 Ingat tau, benda yang selalu dipandang remeh itulah yang selalu penting dan mengajar kita untuk menjadi lebih baik dari semasa ke semasa.😉


Pheonix-alley


Post a Comment

0 Comments