Ticker

6/random/ticker-posts

Header Ads Widget

Kedai Cina

 

Kehulu-kehilir saya mengambil pesanan para pelanggan. Sekejap ke kiri, sekejap ke kanan, lepastu pergi ke kawasan belakang pula. Fuh, penat? Dah biasa.

Datang pula seorang mak cik tua yang mempamerkan wajah gelisahnya dihadapan kedai. Saya hanya memerhati dari jauh sebab ada pekerja lain yang sedang melayan mak cik itu.

"Nasi Goreng Kampung bungkus satu!" Pesan pekerja kami dengan suara lantang.

"Okey, " balas kakak saya.

Saya berjalan menghala ke arah mak cik itu seusai membuat pesanan.

"Mak cik dah order?" tanya saya lagi untuk kepastian.

"Dah order. Nak bungkus air lah pula. Milo ais, eh taknak, ermm, milo suam satu ya, dik." Kegusaran masih lagi kelihatan pada wajah tua itu.

"Baik, mak cik tunggu kejap ya."

Selang tiga minit, air yang dipesan sudah siap untuk diberikan kepada pembelinya.

"Nah, mak cik tunggu nasi goreng je belum siap lagi." Perlahan-perlahan plastik berisi air milo itu saya letakkan di atas meja.

Mak cik itu belum habis dengan perilaku gelisahnya dari tadi.

"Mak cik, bayar nanti deh. Tunggu siap nasi goreng mak cik bayar".

"Eh, takpe mak cik. Nak bayar nanti boleh," balas saya dengan suara yang sedikit bersalah.

 

Lima minit kemudian, nasi goreng yang dipesan sudah siap dimasak. Masya Allah, bau nasi goreng itu pula yang menggoda selera saya. Haha. Saya hulurkan bungkusan nasi goreng itu pada mak cik tersebut.

"Berapa ringgit harga nasi sekali dengan air dik? "

"RM 5.50 je mak cik."

Kepingan duit kertas bernilai RM 6.00 disambut. Saya berlari anak menuju ke kaunter untuk berikan pulangan baki hasil jual beli antara kami.

"Saya jual ya mak cik. Terima kasih."

"Ya, mak cik beli belaka deh."

 

Sekejap! Mata saya tertumpu pada objek yang terletak elok di atas meja makan. Dahaga pula rasanya! Air mineral berisipadu 1.5 liter dipenuhi dengan wap air di sekelilingnya. Fuh, memang menggoda.

"Air siapa lah tu ya?" kata saya dalam hati.

Saya memandang semula mak cik yang sedang ralit (leka) meletakkan duit ke dalam dompetnya.

"Mak cik, air mineral tu mak cik punya ke?" Tanya saya sambil menunjukkan jari ke arah botol air mineral itu.

"Haah, ambil lah kalau nak."

"Aik, kenapa mak cik tinggal kat atas meja tu?"

"Tadi sebelum mak cik singgah beli makanan, mak cik pergi kedai runcit nak beli air mineral. Rupanya masa masuk kedai runcit tu milik orang cina." Balas beliau dengan nada yang sedikit gusar.

"Habistu, mak cik pergi je lah pulang kan balik air mineral kat kedai Cina tu." Saya ketawa kecil.

Saja saya kata begitu untuk gurauan lah kata kan. Walaupun saya tahu, bila dah beli barang mana boleh pulangkan balik kan?

 

"Eh, tak nak lah dik!"

"Aik, kenapa ni mak cik? Kan dah beli takkan tak nak minum air tu?" Pelik saya dibuatnya.

"Bukan apa dik, mak cik was was lah sebab asyik terfikir je boleh ke minum air mineral yang dibeli di KEDAI CINA?"

"Allah, mak cik, takpe. Tak haram pun. Sama juga konsepnya macam mak cik pergi pasaraya kat sini. Kebanyakan pemilik, orang cina kan? Kalau lah air mineral tu haram, dah lama kita semua ni tak boleh minum tau." Jelas saya dengan nada suara yang lembut.

"Betul ke boleh minum ni? Mak cik takut lah dik."

"Ya, boleh mak cik. Tak perlu bimbang lah. Minum je. Jangan lupa baca bismillah banyak-banyak." terang saya untuk yakinkan mak cik tu.

Mak cik itu menganggukkan kepalanya sebagai tanda menerima arahan dengan jelas. Mak cik itu menuju ke motor yang diparkirnya . Lama-kelamaan hilang dari pandangan mata saya.

Allahu, mak cik, tergelak sekejap saya ni. Haha. Tak baik betul Hasinah ni. Tapi, tak mengapa saya faham sebab saya pernah berfikiran seperti mak cik itu.

 

Kawan, jangan kecam saya ya. Bukan saya tak menyokong BMF (Buy Muslim First), terkadang, golongan seperti kami ini terpaksa beli di mana-mana kedai berhampiran. Tempat tinggal saya ni tak banyak pasaraya, banyak kedai runcit dalam kampung je. Kami bukan hidup dalam suasana bandar yang sibuk. Kedai runcit dan pasaraya bukannya ada di merata-rata.

Kami tiada pilihan. Ada kedai A yang menjual barangan keperluan lebih mahal sedikit harganya berbanding dengan harga barang di kedai B. Sudah tentu golongan susah atau berpendapatan rendah akan memilih kedai yang harganya lebih murah. Bagaimana dengan anda? Pasti begitu juga, kan!?

 

Saya harap jangan ada yang kecam saya ya! Saya sekadar berkongsi cerita. Ada hari, ada masa saya akan berkongsi lagi. Banyak lagi cerita yang saya kumpul sebenarnya. Cuma belum ada kesempatan untuk upload di sini je. Hehee.

 

Chup! Chup!

 

Sebelum ada yang bertanya kedai runcit Cina tu bela anjing atau tak? Jawapannya, tidak. Sebab pemilik kedai runcit tu, dia bela kucing sahaja. Saya tahu sebab saya selalu bermain dengan kucingnya. Hahaha.

Lagi satu pesanan, pada musim sekarang, ni banyakkan minum air kosong ya.

Stay Hydrated guys!

.

.

Ina Hasinah

Suka air mineral 😜

 


Artikel Berkaitan :

MIRACLE IN CELL NO.7 - Love Between Father & Daughter

The Return Of Superman

I Fine.. Thank You.. Love You (2014) – Grammatically Incorrect Love Story

Miss Granny – Original Film and 7 Remake Versions


Post a Comment

0 Comments