I Fine.. Thank You.. Love You mengisahkan tentang seorang
wanita bernama Pleang. Pleang merupakan seorang pengajar bahasa Inggeris yang
sangat cantik lagi menawan. Suatu hari, Kaya, seorang wanita berbangsa Jepun, salah
seorang pelajarnya datang bertemu dengannya dan memberitahu Pleng bahawa dia
akan berpindah ke Amerika untuk berkerja di sana selepas berjaya dalam temuduga
yang diambilnya.
![]() |
Suasana gembira tersebut bertukar, selepas Kaya menyatakan
bahawa dia ingin memutuskan hubungan dengan teman lelakinya yang berbangsa
Thailand. Lelaki tersebut bernama Gym. Hubungan mereka agak pelik kerana, Kaya
tidak tahu berbahasa Thailand, manakala Gym tidak tahu berbahasa Inggeris,
mahupun berbahasa Jepun. Oleh itu, Kaya meminta Pleng untuk membantunya
memutuskan hubungan mereka. Pleng menolak tawaran tersebut, namun dia terus
bersetuju selepas Kaya menyatakan bahawa dia ada membawa hadia untuk Pleng
sebagai terima kasih jika membantunya.
![]() |
Pleng pergi bertemu dengan Gym untuk menyampaikan mesej yang
diberikan oleh Kaya. Mesej tersebut disampaikan dalam bahasa Inggeris. Oleh
itu, Pleng perlu mentafsirkan mesej tersebut kepada Gym. Mengetahui bahawa
mesej tersebut adalah untuk memutuskan hubungan mereka, Gym terus menjadi marah
dan menyalahkan Pleng kerana mengajar Kaya bahasa Inggeris dan menyebabkan Kaya
berpindah ke sana.
Selepas daripada hari tersebut, Gym muncul dan seakan-akan
ingin membalas dendam. Dia menghampiri Pleng dan memaksa Pleng untuk
mengajarnya bahasa Inggeris. Hal itu adalah kerana Gym ingin lulus dalam sebuah
temuduga oleh syarikatnya untuk membolehkannya berkerja di Amerika. Pleng
terpaksa bersetuju dengan Gym untuk mengajar bahasa Inggeris.
![]() |
Dalam masa yang sama, Pleng telah terpikat dengan salah
seorang pelajar di dalam kelasnya iaitu Pruek. Pruek merupakan seorang ahli
perniagaan yang kacak dan datang daripada sebuah keluarga yang baik-baik.
Apakah yang akan berlaku dalam kehidupan ‘normal’ Pleng pada hari yang mendatang?
![]() |
LATAR BELAKANG
I Fine.. Thank You.. Love You atau juga dikenali dengan nama
Ai Fai.. Thank You Love You (ไอฟาย..แต๊งกิ้ว..เลิฟยู้) merupakan
sebuah filem Thailand, bergenre Komedi-Romantik yang diterbitkan pada tahun
2014. Pengarah filem ini ialah Mez Tharatorn dan
ia dilakonkan oleh Ice Preechaya Pongthananikorn sebagai Pleng, Sunny
Suwanmethanont sebagai Gym, Joke Gornpop Janjaroen sebagai Joke serta ramai
lagi. Ia berdurasi 2 jam 1 minit.
![]() |
Sebuah filem remake telah diterbitkan berdasarkan filem
ini. filem tersebut bertajuk English Only, Please (2014). Ianya
berdurasi 1 jam 55 minit.
Boleh menonton di:
- Netflix
- Apple TV (iTunes)
REVIEW (Ulasan)
Filem Thailand kalau tak kelakar pecah perut memang tak sah!
Filem ini antara filem yang sangat terkenal kerana lawak gila-gila yang
menggelikan hati para penonton. Dengan menonton trailer sahaja anda sudah
dapat merasakan komedi yang sarat dalam filem ini.
![]() |
Jalan cerita yang dipersembahkan juga amat menarik. Anda
boleh belajar serba sedikit berkaitan bahasa Inggeris sambil-sambil berhibur
dengan lawak yang terdapat dalam filem ini. Hasil lakonan yang diberikan juga
tidak mengecewakan. Semua pelakon meemberikan yang terbaik dalam membawa watak
masing-masing dengan hebat sekali.
![]() |
Secara keseluruhannya, H.I berikan rating sebanyak 10/10.
Anda sangatlah rugi jika tidak pernah menonton filem ini. Hal ini kerana ianya
merupakan salah satu filem yang diminati ramai dan sangat-sangatlah
menghiburkan.
Selamat meonoton. Jumpa lagi. Cau luh.
TRAILER :
Artikel Berkaitan :
First Kiss (2012) – True Love At First Kiss?
30+ Single On Sale (2011) – Still Looking For Love
The Little Comedian (2010) – Will You Love Me If I’m Not Funny?
SuckSeed (2011) – Cinta Tiga Segi Zaman Persekolahan
0 Comments