![]() |
Pada zaman dahulu, sukan hanya tersedia untuk kaum lelaki.
Sudah menjadi adat kebanyakan kaum dan bangsa untuk tidak membenarkan para
wanita terlibat dengan sukan. Namun kini, ianya sudah jauh berbeza. Terdapat
banyak sukan yang sudah dimainkan oleh para wanita. Malahan, terdapat juga
sukan yang hanya tersedia untuk kaum ini. Walau bagaimanapun, adat yang
terdahulu masih diamalkan dalam sesetengah kaum. Kebiasaan terhadap hal ini
menimbulkan persepsi bahawa wanita tidak sesuai bermain sukan, terutamanya
sukan yang lasak.
Dangal mengisahkan tentang Geeta.
Ayah kepada Geeta, Mahavir Singh Phogat merupakan seorang bekas
penggusti pehlwani, sebuah
gaya bergusti di India. Mahavir pernah menjadi juara perlawanan gusti
kebangsaan. Mahavir berhenti menjadi atlet gusti untuk menjamin masa depan
keluarganya.
Mahavir berharap, dia dapat melahirkan dan mewariskan bakat
bergustinya kepada anak lelaki yang bakal dilahirkan. Namun, dia melupakan
hasrat tersebut setelah mempuanyai 4 orang anak yang mana kesemuanya adalah
perempuan.
![]() |
Suatu hari, Geeta (anak sulung) dan adiknya bernama Babita (anak kedua) pulang ke rumah selepas
selesai memukul 2 orang budak lelaki yang mengejeknya. Mahavir mengetahui
tentang perkara tersebut dan merasakan bahawa dia masih mempunyai peluang untuk
merealisasikan hasratnya.
![]() |
Setelah itu, Mahavir mula melatih Geeta dan Babita untuk
menjadi seorang penggusti yang hebat. Perkara itu dipandang serong oleh
masyarakat setempatnya. Mereka tidak menerima akan keputusan Mahavir untuk
menjadikan anak perempuannya seorang penggusti. Pusat latihan bagi para
penggusti di kampungnya tidak menerima permintaan Mahavir untuk menempatkan
anak permpuanya di sana. Namun begitu, ia tidak memutuskan semangat Mahavir.
Dia membina gelanggang gustinya sendiri dia sawah padi dan melatih Geeta dan
Babita di sana. Mampukah kedua-dua anak perempuannya menjadi penggusti
sebagaimana Hasrat dan impian yang disimpan oleh Mahavir?
![]() |
LATAR BELAKANG
Dangal merupakan sebuah filem Bollywood (India) berbahasa Hindi,
bergenre Biografi-Aksi-Sukan-Drama yang diterbitkan pada tahun 2016. Pengarah
flem ini ialah Nitesh Tiwari dan ia dilakonkan oleh Aamir Khan sebagai Mahavir Singh Phogat, Zaira Wasim sebagai Geeta Phogat (kanak-kanak), Fatima Sana
Shaikh sebagai Geeta Phogat (dewasa), Suhani
Bhatnagar sebagai Babita (kanak-kanak), Sanya
Malhotra sebagai Babita Kumari (dewasa)
serta ramai lagi. Ia berdurasi 2 jam 49 minit.
![]() |
Filem ini diambil inspirasi daripada kisah keluarga Phogat.
Ia mengisahkan perjalanan bagaimana Mahavir melatih dua anak perempuannya
menjadi atlet gusti India bertaraf dunia. Mahavir juga menjadi seorang
jurulatih kepada pasukan olimpik India.
![]() |
Filem Dangal juga mendapat banyak anugerah di perlbagai
‘film festival’. Ia juga berjaya memperoleh pendapatan kasar filem tertinggi di
India pada tahun 2010 dan menjadi sebuah filem yang memperoleh pendapatan kasar
paling tertinggi pernah direkodkan.
Boleh menonton di:
- Netflix
REVIEW (Ulasan)
Filem-filem yang dilakonkan oleh Aamir Khan sememangnya
hebat dan terbaik. Persembahan yang dibawa oleh Aamir Khan sepastinya
menabjubkan. Namun begitu, tidak terkecuali pelakon yang lain seperti Zaira
Wasim dan Fatima Sana Shaikh yang membawa watak Geeta. Mereka berdua memaparkan
hasil lakonan yang sangat cemerlang dalam menghidupkan watak tersebut.
Kehebatann lakonan mereka berdua telah mendapat banyak pujian daripada pelbagai
pihak termasuklah para penonton. Kehebatan itu juga telah menjayakan Zaira
Wasim membawa pulang anugerah pelakon pembantu terbaik di 64th National
Film Awards.
![]() |
Jalan cerita yang diolah sangatlah menarik. Ia memaparkan
pelbagai isu dan hal-hal yang sangat memberikan impak kepada emosi para
penonton. Di samping itu, filem ini mengetengahkan beberapa permasalahan dalam
masyarakat, termasuklah hal yang berkaitan wanita. Ia mengajar kita untuk tidak
menjadi terlalu berfikiran sempit sehingga kita menidakkan bakat dan kebolehan
seseorang. Ketaksuban terhadap adat warisan sehingga mengongkong wanita hanya
layak sebagai suri rumah adalah sesuatu yang sangat tidak ‘relevant’ pada zaman
kini.
![]() |
Secara keseluruhannya, H.I berikan ‘rating’ sebanyak 10/10.
Filem ini penuh dengan nilai murni untuk diambil pengajaran. Sukan terbukti
dapat menyatupadukan masyarakat. Ia juga memberikan inspirasi yang tinggi
kepada sesiapa yang menonton.
Selamat menonton. Jumpa lagi. Cau luh.
TRAILER :
Artikel Berkaitan :
Super 30 (2019) – Everyone Deserves A Better Education (Either They Poor or Rich)
English Vinglish (2012) – Diperlekehkan Kerana English?
Hichki (2018) – Turn The Weakness Into A Greatest Strength
Slumdog Millionaire (2008) - Every Moment Of His Life, Is A Clue To The Answers
0 Comments