![]() |
Setiap orang pasti ada rancangan kegemaran masing-masing kan? Harini, saya nak kongsikan rancangan yang saya tonton ini, pasti buat anda cair.
Pada mulanya, saya tengok tajuk macam tak seronok aje. 'THE RETURN OF SUPERMAN'. Saya terfikir, kebarangkalian itu cerita kartun Superman buat comeback kot🤣. Bila tengok orang asyik share dalam muka buku (Facebook), Twitter dan Instagram, jari pun mulalah gataii nak tukar saluran TV.
![]() |
Awalnya, saya tak faham apa maksud tajuk tu. Yang pasti, itu adalah rancangan kanak-kanak. Rupa-rupanya rancangan ini mengisahkan tentang seorang ayah yang di pertanggungjawabkan untuk menjaga anak-anak mereka apabila ketiadaan isteri di rumah. Ada kalanya, pihak produksi menyuruh si isteri supaya pergi bercuti atau pun intai di sebalik kamera, bagaimana cara seorang ayah menjaga anak tanpa ada si ibu di sisi.
Comel, kelakar pun ada.
![]() |
Daehan, Minguk, Manse calling out to restaurant ahjumma for food |
Untuk pengetahuan anda semua, dalam rancangan ini tidak semestinya selebriti terkenal sahaja. Ada juga kanak-kanak ini merupakan anak kepada pemain bola sepak, dan sebagainya. Perkara yang paling saya teruja bila metonton rancangan ini, anak-anak mereka semuanya bijak pandai. Tak pelat langsung ketika berbicara. Pelbagai kerenah mencuit hati para penonton dapat disaksikan. Berbakat dalam nyanyian, petah bercakap lebih daripada dua bahasa dan banyak lagi.
Mereka ini juga bukan hanya terdiri daripada Korea tulen. Ramai yang berdarah kacukan. Antaranya Swiss, Australia dan lain-lain.
![]() |
Setiap episod, akan ditayangkan ragam kanak-kanak yang akan membuatkan kita geli hati. Bermula kisah mereka dari dalam rumah hinggalah ke luar rumah. Uuuuuuu assssikkk bangat!😆😆😆
Rancangan ini bermula pada tahun 2014. Kembar tiga, kembar dua, semua ada. Sekali tengok memang tak nak lari! Sekarang ni ada yang sudah remaja, Sudah jadi atlet sukan lagi. 😁
![]() |
Seingat saya, rancangan ini pernah dapat anugerah. Tahun lepas, kalau tak silap. Kanak-kanak yang dijemput naik ke pentas langsung tidak kelihatan 'gerun' menguasai diri mereka. Sekali dapat mikrofon di tangan, tak nak berhenti cakap dah. 😂😂😂
Agak-agaknya lah kan, berapa ya pihak produksi dapat duit? Jumlah tontonan, berapa ramai orang yang share, channel YouTube lagi. Fuhhh, gempak!! 😆
![]() |
Nak tonton? Boleh buka TV & tukar ke saluran 392 (KBSW) bagi yang ada Astro ataupun boleh tonton di channel YouTube. Walaupun sudah mencecah beratus-ratus episod, namun masih ramai yang setia dengan rancangan ini. Mereka yang tak suka budak, mesti jadi auto cintakan kanak-kanak, selepas menonton rancangan ini. Hahahaha!
Boleh
Menonton di:
Haritu dah review filem Korea, kali ini rancangan kegemaran pun yang Korea jugak? Haah, ya lah tu. Tak tahulah siapa yang ajar. Yang penting, rancangan inisangat-sangatlah best. Hip hip hooray!
Ina Hasinah
Pencinta kanak-kanak 😘
TRAILER :
Artikel Berkaitan :
MIRACLE IN CELL NO.7 - Love Between Father & Daughter
First Kiss (2012) – True Love At First Kiss?
Back To The 90’s (2015) – Love That Is Never Out Dated
Miss Granny – Original Film and 7 Remake Versions
0 Comments