Harini, saya nak ulas ataupun review satu filem drama Korea.
MIRACLE IN CELL NO.7
![]() |
Saya pasti ramai yang sudah metonton filem ini. Walaupun berpuluh-puluh kali tengok cerita ni, saya jamin yang anda semua pasti menangis.
Filem ini diterbitkan pada tahun 2013, yang mana diarah oleh Lee Hwan-Kyung. Filem ini dilakonkan oleh Ryu Seong-Ryong (Lee-Yong Goo, ayah kepada Ye-Seung), Kal so-won (Ye-Seung kecil), dan Park Shin Hye yang memegang watak Ye-Seung ketika dewasa.
Filem ini mengisahkan tentang kasih sayang seorang ayah terhadap anak perempuannya yang pada ketika itu berusia 7 tahun. Walaupun si ayah menghidapi penyakit Autism, beliau tetap gigih bekerja demi menyara kehidupan beliau bersama anaknya.
![]() |
Ye-Seung merupakan anak yang sangat bijak, berdikari dan pandai menjaga hati bapanya. Pada suatu hari, Ye-Seung ternampak sebuah beg Sailor Moon berwarna kuning, yang terpamer di bahagian depan kedai. Lalu, Ye-Seung meminta ayahnya membelikan beg Sailor Moon tersebut untuknya. Sailor Moon merupakan kartun kegemaran Ye-Seung.
Dengan kudrat yang ada, si ayah sanggup bekerja kuat demi mendapatkan wang bagi menunaikan permintaan anaknya untuk menggalas beg Sailor Moon itu. Malangnya, apabila ayahnya sudah sampai di kedai tersebut, dia diberitahu oleh penjual bahawa beg Sailor Moon yang dipamerkan itu merupakan satu-satunya beg Sailor Moon yang ada dan ianya sudah ditempah oleh pelanggan lain. Siapa saja yang tidak sedih tatkala diri bersungguh-sungguh mahu membelikan hadiah buat insan yang tersayang, namun lain pula yang terjadi.
Pelanggan yang berjaya memiliki beg Sailor Moon itu merupakan anak kepada seorang pegawai polis yang berpangkat besar. Ayah Ye-Seung tidak berhenti merayu dan memujuk budak perempuan itu supaya dijual kembali beg itu kepada Ye-Seung. Tetapi budak perempuan itu enggan menjual dan memberikan beg tersebut kepada Lee Yong Goo. Budak itu berkata kepada ayah Ye-Seung, bahawa masih ada lagi kedai yang menjual beg Sailor Moon. Maka si ayah pun mengekori budak tersebut sebaik sahaja budak itu ingin menunjukkan arah kedai yang dimaksudkan tadi.
Tanpa diduga, ketika ayah Ye-Seung sedang khusyuk mengekori budak itu, tiba-tiba, dia terlibat dalam satu insiden. Budak perempuan itu terjatuh lalu meninggal dunia. Selepas berlakunya insiden tersebut, beliau telah dituduh membunuh budak perempuan itu.
Ketika beliau ingin melakukan CPR (Cardiopulmonary Resuscitation), saksi menuduh bahawa dia melakukan gangguan seksual kepada budak yang tidak bersalah itu. Disebabkan mangsa merupakan anak kepada Pesuruhjaya Pegawai polis, beliau terus dimasukkan ke dalam penjara yang diberi nama Cell no. 7.
Beliau tidak diberi peluang untuk bersuara mempertahankan dirinya bahawa dia tidak melakukan jenayah tersebut. Punca utama adalah dia seorang yang cacat mental.
![]() |
Akhirnya, kejadian ini diketahui oleh Ye-Seung. Pelbagai cara digunakan oleh Ye-Seung dan rakan sepenjara ayahnya untuk Ye-Seung memasuki cell tersebut. Haaa, stategi mereka memang bagi saya agak kreatif jugak. Kalau nak tahu bagaimana Ye-Seung berjaya masuk ke cell no. 7 tu, anda mesti tengok sendiri.
Di pengakhiran cerita, apabila Ye-Seung menginjak dewasa, dia telah berjaya menjadi seorang Peguam. Ye-Seung membuka balik kes yang berlaku kepada ayahnya untuk membuktikan ketidakadilan dan mempertahankan bahawa ayahnya tidak bersalah dalam kes tersebut.
![]() |
Begitulah serba sedikit yang saya boleh kongsi mengenai filem ini.
Setiap kali saya menonton filem ini, tiap-tiap kali itu jugalah air mata saya tumpah. Orang lelaki yang tengok filem ni pun menangis tau. Ada yang sampai bengkak mata sebab menangis.
TRAILER :
PENGAJARAN
Apa yang saya dapat dalam filem ini:
❤️Kasih sayang yang kuat di antara seorang bapa dan anaknya.
❤️Walaupun si bapa menghidapi kekurangan, anak perempuannya tetap menerima akan kekurangan tersebut.
❤️Kerjasama antara rakan satu cell yang sanggup menempuh risiko demi menyatukan kembali antara si ayah dan anaknya.
❤️Keadilah harus berpihak kepada yang benar. Walaupun kita berpangkat besar, janganlah sewenang-wenangnya kita memaksa suspek untuk mengaku bahawa dia bersalah. Jujur dalam setiap tindakan.
❤️Seorang bapa tunggal yang gigih mencari rezeki demi memenuhi permintaan anak kesayangannya.
PENUTUP
Highly recommended. Saya syorkan untuk anda wajib tengok. Banyak perkara positif dan nilai-nilai murni yang kita boleh gali dalam filem ini.
Filem ini bukanlah berdasarkan kisah benar dan juga tiada kaitan antara hidup dan yang sudah meninggal dunia. Kisah sebegini mungkin berlaku di sekeliling kita, cuma sama ada ianya dihebohkan secara meluas ataupun tidak saja.
Filem ini juga ada dua versi remake iaitu daripada Filipina dan juga Turki. Jalan ceritanya mungkin diubah sedikit sahaja, tapi tetap sampai ke jiwa penonton.
Bagi saya, saya lagi suka versi yang asal, sebabnya versi Filipina dan Turki belum berkesempatan lagi untuk ditonton. Kalau menonton filem versi Korea, memang para pelakon sangat-sangat menjiwai watak masing-masing. Tambahan, Park Shin Hye pula yang berlakon lagi lah saya suka. Jarang filem atau drama yang dia berlakon saya tak tengok, haha.
Terima kasih sudi membaca. ❤️
Ina Hasinah
Suka bazirkan air mataðŸ˜
Artikel Berkaitan :
Miss Granny – Original Film and 7 Remake Versions
I Want To Eat Your Pancreas (Anime) 2018 – Don’t Be Deceived By The Title
Me Before You (2016) – Loving Can Hurt Sometimes
Most Suitable To Watch In Conjunction With Teachers’ Day (Film & Series)
0 Comments