Ini cerita petang kelmarin.
"Dik, nak air milo gelas RM 2.00 satu dan air teh beng pun gelas RM 2.00, ya". Pesan ibu saya pada penjual tersebut.
Terasa tekak ni nak minum air manis harini. Saya turut membuat pesanan pada penjual tersebut.
"Err, tambah air teh hijau lagi satu. Nak gelas kecik je yang harga RM 1.00."
Sebenarnya Hasinah ni bukan penggemar teh, tapi semalam terliur sangat tengok air teh hijau dalam balang air itu. Beli pun pilih tempat. Ditambah pula wap air meleleh sekeliling balang air tu, mananya tak terliur. Gulp rasanya! Walaupun hujan tapi tetap minum air sejuk, haha.
Kami perhati saja kenapa adik tu letakkan sekali 3 gelas besar tu dalam satu plastik. Saya kehairanan. Dalam hati mula bersangka buruk dah. Lain yang diminta lain yang dia bagi.
"Dik, air teh hijau tu, gelas kecik tak ada ke?"
"Taklah, kitorang bagi saja je ni".
Allahu. Berdosa pula rasa. Pada awalnya saya bersangka buruk, ingatkan adik tu tak dengar apa yang dipesan. Rupanya dia nak bagi gelas besar tapi hanya dengan bayaran nilai RM 1.00 saja.
Selepas ibu saya hulurkan wang berjumlah RM 5.00, mereka berikan kudapan enak ni pula. Terkejut saya. Baik sungguh!
Jagung manis digaul bersama kelapa parut. Menggamit selera betul. Dalam perjalanan pulang ke rumah, mulut ini asyik mengunyah sahaja tak berhenti. Haha. Benda percuma ni, biasanya semua sedap kan? 😆
Mak saya pula bercerita.
"Inilah kuih zaman dulu-dulu. Toknyang suka sangatlah buat. Tok suka sangat buat dulu."
"Wahh bestnya!"
Saya pun terfikir, air tangan orang dulu-dulu ni ajaib kan. Apa yang dibuat, sekali rasa, memang nak makan lagi dan lagi, kan?
Agak-agaknya lah kan, kanak-kanak zaman millenia ni kenal atau tak, ini kuih apa? Jika tak disambung legasi kuih tradisional macam manalah mereka nak tahu kan. Ditambah lagi, bila dah muncul pelbagai jenis kuih ynag pelik-pelik sekarang ni.
Sedangkan saya sendiri pun tak pandai masak. Nak buat kuih? Kelaut selatan, barat Afrika lah nampak gayanya. 😂
Wahai Kawan, di sini saya nak pesan.
Jikalau ada peniaga pasar malam bagi makanan percuma pada kita, janganlah ditolak ya. Melainkan terpaksa. Kalau rasa tak habis makan sesorang, sedekah lah pada jiran.
Terkadang banyak sangat jualan mereka pada hari tersebut tak habis dan tak laku. Faktor-faktor seperti hujan lebat menyebabkan ramai orang malas keluar rumah.
Mereka mencari sumber rezeki dengan hadirnya pelanggan baik-baik yang ingin berurus niaga dengan mereka.
Kalau nampak gerai yang banyak lagi makanan, bolehlah sambil membeli, sambil bersedekah. Lebihkan sikit duit ketika membuat bayaran. Ini bukan paksaan tetapi hanya sekadar peringatan mesra.
Saya tahu macam mana perasaan mereka bergelodak dalam hati. Ayah saya juga seorang peniaga pasar malam suatu ketika dahulu dan memiliki warung sendiri.
Ya lah, makanan bukanlah barang atau bahan yang boleh disimpan lama. Sekali dibiarkan begitu sahaja, lalat yang akan bermaharajalela.
Makanan tak habis? Nak dapat pulangan modal sangatlah susah tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Tambahan pula nak memberikan gaji pada para pekerja.
Walau bagaimanapun, kita kena sentiasa ingat bahawa rezeki itu datang dari Allah. Hanya Allah sahaja yang boleh mengizinkan kita boleh buat itu dan ini.
Pernah dengar rezeki tak salah alamat?
Kawan, terkadang Allah nak bagi rezeki pada kita ni sekejap sahaja. Awak jual tudung ke, buku ke, makanan ke, In Shaa Allah, pasti Allah hantarkan pelanggan kepada kita jua.
Allah juga uji dengan hadirnya pelanggan pelbagai kerenah. Allah sayang. Allah nak tengok sejauh mana kesabaran kita, bukan?
Berniaga itu kan sunnah❤️😘
Semoga penjual air ni dilimpahkan rezeki berlipat ganda. Aminn.
Bagi mereka yang sedang berjuang dalam bidang perniagaan, sama ada secara atas talian atau tidak, teruskan usaha. Allah itu ada❤️.
.
.
Ina Hasinah
Jatuh Cinta dengan Jagung Gaul Nyior! 😆
Artikel Berkaitan :
Si Ramping Kerengga
I Am Legend (2007) – The Last Man On Earth Is Not Alone
Must Watch Thailand Movie List
The Con-Heartist (2020) – A Heartfelt Comedy
0 Comments