Ticker

6/random/ticker-posts

Header Ads Widget

First Kiss (2012) – True Love At First Kiss? | NATCA


First Kiss mengisahkan tentang Sa, seorang wanita berusia 25 tahun. Selama 25 tahun hidupnya, walaupun semasa masih di sekolah, dia tidak pernah mempunyai seorang pun teman lelaki. Dia juga tidak pernah merasai Ciuman di antara lainan jantina (First Kiss) dari sesiapa pun dalam hidupnya.

Suatu hari, ketika Sa sedang menaiki bas untuk pulang ke rumahnya selepas berkerja, berlakulah satu kejadian yang tidak pernah disangka-sangkakan. Kepala Sa terlanggar seorang budak sekolah bernama Bass, penumpang yang duduk disebelahnya. Perlanggaran tersebut menyebabkan mereka berdua tercium, bibir ke bibir sesama sendiri secara tidak sengaja. Sa begitu terkejut dengan kejadian tersebut dan menjerit dengan kuat.

Selepas kejadian tersebut, Bass mula menyimpan perasaan terhadap Sa. Walaupun mengetahui bahawa perbezaan umur mereka sangatlah jauh, namun dia tetap bernekad untuk menawan hati Sa. Bass memulakan langkah untuk mendapatkan Sa. Kisah mereka berdua menjadi lebih rumit apabila seorang lelaki yang pernah diminati Sa muncul kembali dalam hidup Sa dan lelaki tersebut juga mencuba untuk mendapatkan Sa. Hal tersebut membuatkan Bass mencurahkan usaha yang lebih lagi untuk mendapatkan Sa. Apakah yang akan terjadi terhadap kisah mereka?

 

LATAR BELAKANG

First Kiss atau juga dikenali sebagai Love at the Next Stop (รักสุดท้ายป้ายหน้า), merupakan sebuah filem Thailand, bergenre Romantik-Komedi yang diterbitkan pada tahun 2012. Pengarah filem ini ialah Kirati Nakintanon dan ia dilakonkan oleh Jaksamittanon Kaneungnij sebagai Sa, Phet Thakrit Tawanpong sebagai Bass serta beberapa orang lagi. Ia berdurasi 1 jam 46 minit.

Boleh menonton di:

- Netflix

- Prime Video (amazon)

- AsianCrush (percuma)

 

REVIEW (Ulasan)

Kisah romantik yang diceritakan dalam filem ini agak berlainan dari filem yang lain. Hal ini kerana kiasah ini melibatkan 2 insan yang mempunyai perbezaan umur yang agak jauh jaraknya iaitu hampir 10 tahun perbezaan. Jika kita memikirkan secara logik akal, hubungan sebegitu agak mustahil kerana jika mereka membina sebuah keluarga, isu kewangan akan menjadi masalah tersebar buat mereka dan kredibiliti pihak yang lebih muda akan dipersoalkan kerana timbul keraguan untuk mempercayai pasangan.

Jalan cerita filem ini agak menarik dengan dihiasi oleh personaliti watak yang dibawa. Ia menjadikan filem ini menarik dan sesuai untuk ditonton oleh semua. Para pelakon juga berjaya membawa watak dengan cemerlang.

Secara keseluruhannya, H.I berikan ‘rating’ sebanyak 8/10. Anda boleh menonton filem ini sebagai sumber hiburan untuk mengisi masa anda.

Selamat menonton. Jumpa lagi. Cau luh. 

 

TRAILER :

 

Artikel Berkaitan :

The Little Comedian (2010) – Will You Love Me If I’m Not Funny?

Nobody (2021) – Never Underestimate A Nobody

Jason Bourne (2016) – Coming Back for The Truth

The Con-Heartist (2020) – A Heartfelt Comedy


Post a Comment

1 Comments

  1. DisclaimerAll content material on this website, together with dictionary, thesaurus, literature, geography, and other reference knowledge is for informational functions solely. This information shouldn't be thought-about complete, up to date, and is 카지노 not meant to be used instead of a visit, session, or recommendation of a authorized, medical, or another skilled. There are traces of similar video games being performed by troopers utilizing their shields and arrows when not engaged in fight. In addition, it is claimed that even historic China has one thing to do with it, as nicely.

    ReplyDelete