"Inah meh turun tolong ayah alihkan ranting-ranting pokok ni" panggil si ayah.
"Ha...cepatlah Inah tolong alihkan sekali". Si adik bongsu pula bersuara.
"Ha yelah yelah dah nak keluar ni" balas aku.
Selepas sahaja mendapat arahan daripada 'Big Boss' terus aku keluar rumah pergi ke kebun kecil ayah.
"Eh kenapa mesti tebang pokok mempelam ni?"
"Pokok ni membesar dengan tinggi, tapi satu pun buah tak beranak!"
"Ooo... patutlah. Nampak terang sedikit kawasan belakang rumah ni, takde la gelap sangat". (Sebenarnya kawasan rumah aku ni gelap sikit sebab dilitupi oleh pokok pokok yang besar.)
Pantas tangan ini mencapai dahan pokok yang telah ditebang itu, lalu kedengaran sekali lagi suara berbaur pesanan. Kedengaran si ayah berpesan agar berhati-hati kerana masih terdapat kerengga yang merayap di dahan tersebut.
"Auchhh, eh sakitnya!" mengaduh aku terkena gigitan serangga ramping itu.
"Eh, sejak bila pula kerengga ni masuk ke dalam baju aku? Rasanya tadi tak nampak walau seekor pun pada dahan pokok."
Selepas itu aku terfikir satu perkara. Bukankah kita berkongsi alam dengan haiwan juga? Lebih elok jika aku bercakap lembut dengan 'si ramping' itu untuk memintanya supaya beredar dari dahan pokok ini.
Lalu aku menjalankan tugas aku.
"Cik kerengga, boleh tak kalau awak beredar dari dahan pokok ni? Sebabnya, saya saya nak alihkan dahan pokok ni ke tempat yang sepatutnya. Jika awak masih lagi berada di dahan ini, tolonglah keluar ya! Saya tak nak seksa awak."
Seusai diri ini berkomunikasi dengan 'si ramping', aku menyambung kerja yang tertangguh itu. Tangan aku aku mencapai sekali lagi untuk mengalihkan dahan tersebut.
Aku tersedar, bahawa tiada lagi gigitan hangat itu daripada si dia. Alhamdulillah, si ramping sudah tidak hinggap lagi di tubuhku.
Ahah! Itulah dia wahai kawan sekalian, jika kita berbaik-baik dengan hidupan di alam ini, bukankah balasan baik juga yang bakal kita peroleh? Kita hidup berkongsi udara yang sama dan juga di alam yang sama. Selepas ini, bolehlah cuba amalkan macam saya buat tu, ya!
Ina Hasinah,
Berkawan dengan Si Ramping Kerengga.
Artikel Berkaitan :
Nobody (2021) – Never Underestimate A Nobody
The Bourne Ultimatum (2007) – Remember Everything, Forgive Nothing
I Want To Eat Your Pancreas (Anime) 2018 – Don’t Be Deceived By The Title
30+ Single On Sale (2011) – Still Looking For Love
0 Comments