Ticker

6/random/ticker-posts

Header Ads Widget

I Am Legend (2007) – The Last Man On Earth Is Not Alone | NATCA

I Am Legend mengisahkan tentang keadaan pasca apokaliptik (post-apocalyptic), selepas berlakunya satu kejadian di mana terdapat satu virus yang tersebar secara meluas. Virus tersebut berasal daripada satu virus bernama ‘measles virus’ yang diubah suai secara genetik untuk merawat kanser, lalu bertukar menjadi satu virus yang membawa maut (lethal). Virus tersebut merebak dengan begitu pantas dan menjangkiti hampir seluruh dunia. Individu yang terkena jangkitan virus tersebut akan bermutasi menjadi satu makhluk yang kanibalistik (cannibalistic) dan dipanggil sebagai Darkseeker.

Sumber : basementrejects.com


Robert Neville, seorang pakar virologi dalam U.S Army, tinggal berseorangan di bandar tinggalan, Manhattan dengan hanya bertemankan seekor anjing peliharaanya. Dia merupakan orang terakhir yang terselamat di atas Bumi. Selama 3 tahun setelah berlakunya peristiwa hitam tersebut, Neville tinggal di sana untuk mencari penawar kepada jangkitan virus tersebut. Dalam masa yang sama, dia juga secara berterusan menghantar mesej melalui saluran radio dengan harapan terdapat individu yang terselamat selain daripada dirinya.

Sumber : mubi.com


Walaupun Neville merupakan manusia terkahir di atas Bumi, namun dia tidak hidup “berseorangan”. Bandar tersebut dihuni oleh Darkseekers yang sentiasa merhatikan tingkah lakunya. Darkseekers hanya menantinya membuat satu kesilapan besar yang mana akan membawa maut dan seterusnya mungkin akan menghapuskan harapan terakhir peradaban manusia (mankind). Dapatkah Neville menghasilkan penawar kepada virus tersebut? Atau dapatkah Neville bertahan untuk hidup dengan ancaman daripaada Darkseekers?

Sumber : rogerebert.com


 

LATAR BELAKANG

I Am Legend merupakan sebuah filem English, genre Aksi, Sci-Fi, Thriller yang diterbitkan pada tahun 2007. Pengarah kepada filem ini ialah Francis Lawrence dan ia dilakonkan oleh Will Smith sebagai Dr. Robert Neville, Alice Braga sebagai Anna Montez serta Charlie Tahan sebagai Ethan. Ia berdurasi 1 jam 44 minit.

Sumber : imdb.com


Filem ini diadaptasi daripada sebuah novel dengan tajuk yang sama, I Am Legend (1954), hasil karya Richard Matheson. Warner Bros. sudah memulakan projek untuk menghasilkan filem I Am Legend pada tahun 1994 lagi. Namun, disebabkan oleh masalah kewangan berkaitan skrip, ia ditunda. Pengambaran dimulakan pada tahun 2006 di New York City. Setelah filem ini diterbitkan, ia tersenarai di tangga ke-7 sebagai filem yang berjaya mengutip hasil kutipan tertinggi dengan jumlah sebanyak $585 million pada keseluruhannya.

Boleh Menonton di:

 

 

REVIEW (Ulasan)

Filem ini antara filem yang sangat terkenal pada awal penetbitannya. Manakan tidak, ia mempunyai jalan cerita yang sangat menarik. Para penonton begitu terpesona menonton filem ini. Namun begitu, ramai daripada mereka memberikan kritikan terhadap pengakhiran filem ini. Tidak dinafikan, jalan cerita yang dipersembahkan adalah menarik namun, pengakhiran yang diberikan adalah agak menghampakan sebahagian besar para penonton.

Sumber : imdb.com


Filem ini berjaya melakar nama kerana persembahan lakonan yang sangat hebat daripada Will Smith. Ramai yang memuji hasil lakonan yang diberikannya. Filem ini bertambah menarik dengan unsur suspen yang ada dan hasil teknikal yang diberikan seperti sinematografi, kesan bunyi, musik dan sebagainya.

Secara keseluruhannya, H.I berikan ‘rating’ sebanyak 9.5/10. Walaupun anda mungkin sudah menonton filem ini, tetapi ia masih berpatutan untuk ditonton semula buat kali kedua dan seterusnya.

Selamat menonton. Jumpa lagi. Cau luh. 

 

TRAILER :

 

Artikel Berkaitan :

Nobody (2021) – Never Underestimate A Nobody

The Bourne Ultimatum (2007) – Remember Everything, Forgive Nothing

I Want To Eat Your Pancreas (Anime) 2018 – Don’t Be Deceived By The Title

30+ Single On Sale (2011) – Still Looking For Love


Post a Comment

0 Comments