Ticker

6/random/ticker-posts

Header Ads Widget

30+ Single On Sale (2011) – Still Looking For Love | NATCA

Setiap individu mempunyai keinginan dan perasaan untuk disayangi dan menyayangi. Kita boleh jatuh cinta pada pandangang pertama, namun, jarang sekali berlakunya cinta pertama yang akan kekal sehingga ke jinjang pelamin apatah lagi sehingga ke hujung hayat. Proses yang pada kebiasaanya adalah, seseorang itu akan melalui fasa bercinta, berbahagia dengan hubungan semasa dan akan merasai kesakitan kerana terputusnya hubungan tersebut. Perkara ini akan berterusan sehingga tiba pada satu tahap umur yang mana diri mula memikirkan untuk mempunyai sebuah keluarga. Kebiasaanya, mereka akan mengalami keadaan sebegitu rupa apabila mencapai umur 30 dan ke atas. Kerisauan terhadap kegagalan mendapatkan pasangan mula dirasai.

Sumber : patsonic.com

Itulah apa yang berlaku pada Eing dalam filem 30+ Single On Sale ini. Eing merupakan seorang fotografi. Dia sedang setia menunggu kepulangan teman lelakinya. Namun, apa yang mengejutkan adalah, teman lelakinya itu memberikannya sekeping kad jemputan perkahwinan dan menyatakan bahawa dia akan berkahwin dengan perempuan lain. Mendengar hal itu, Eing menjadi sangat sedih kerana cintanya yang bertahan selama 7 tahun hancur begitu sahaja.

Sumber : sahamongkolfilm.com

Dua kawan baik Eing, cuba menenangkan Eing setelah mengetahui akan perkara yang terjadi. Mereka berdua memberikan cadangan kepada Eing untuk cuba memulakan semula hubungan yang baru dari awal. Mereka menggunakan pelbagai taktik termasuklah ‘blind date’. Namun begitu, tiada seorang pun yang mampu menarik minat Eing.

Sumber : asianwiki.com

Eing terjumpa sebuah kedai yang memberikan khidmat nasihat berkaitan cinta. Jeud, pemilik kedai tersebut memberikan nasihat cinta kepada Eing. Dia juga memberikan sekeping kad bertulis mantera untuk digunakan oleh Eing dalam mencari cintanya. Mampukah mantera tersebut membantu Eing dan berjayakah Eing menemui cinta yang dicarinya?

 

LATAR BELAKANG

30+ Single On Sale atau nama lainya, 30+ Soht On Sale (30+ โสดออนเซล) merupakan sebuah filem Thailand, bergenre Romantik-Komedi yang diterbitkan pada tahun 2011. Pengarah filem ini ialah Puttipong Pormsaka dan Na-Sakonnakorn manakala ia dilakonkan oleh Laila Boonyasak sebagai Eing, Arak Amornsupasiri sebagai Jeud serta ramai lagi. Ia berdurasi 1 jam 50 minit.

Sumber : aikawaringo.wordpress.com

Pengarah filem ini juga merupakan pengarah kepada filem terkenal bertajuk Crazy Little Thing Called Love (2010).

Boleh Menonton di:

 

 

REVIEW (Ulasan)

Siapa yang pernah mengalami putus cinta dan patah hati, sepastinya akan memahami akan perasaan untuk memulakan semula sebuah perhubungan dari awal (kosong). Ia sememanya bukan suatu perkara yang senang, apatah lagi mencari si dia yang memenuhi citarasa dan sesuai.

Sumber : asianwiki.com

Lakonan para pelakon adalah terbaik. Jalan cerita filem ini pula boleh dikatakan menarik. Terdapat banyak adengan lawak yang mampu menghiburkan dan menggelikan hati para penonton. Terdapat juga sedikit ‘twist’ dalam jalan cerita yang disampaikan. Mungkin anda mampu meramalkannya, mungkin juga anda tidak akan mampu meramalkannya.

Sumber : deni-retna.blogspot.com

Secara keseluruhannya, H.I berikan ‘rating’ sebanyak 8/10. Anda boleh masukkan filem ini di dalam senarai untuk tontonan nanti.

Selamat menonton. Jumpa lagi. Cau luh. 

 

TRAILER :

 

Artikel Berkaitan :

The Little Comedian (2010) – Will You Love Me If I’m Not Funny?

Nobody (2021) – Never Underestimate A Nobody

Jason Bourne (2016) – Coming Back for The Truth

The Con-Heartist (2020) – A Heartfelt Comedy


Post a Comment

0 Comments