![]() |
Setiap ibu bapa akan meletakkan harapan mereka terhadap
anak-anak mereka. Kebiasaanya, anak pertama atau anak sulunglah yang akan
diletakkan harapan yang sangat tinggi dan mereka berharap yang anak sulung akan
memenuhi harapan mereka. Lebih teruk lagi, jika ia melibatkan sesuatu perkara
yang telah diwariskan secara turun-temurun.
Itulah yang berlaku kepada Tock dalam filem The Little
Comedian ini. Tock dilahirkan di dalam sebuah keluarga pelawak. Menjadi
seorang pelawak telah diwariskan secara turun-temurun oleh keluarganya. Oleh
itu, sebagai anak sulung, Tock terpaksa membesar dengan harapan yang menggunung
oleh keluarganya sebagai pewaris pelawak. Bukan itu sahaja, namanya juga
diberikan sempena pelawak lagenda Thailand, Lor Tock.
![]() |
Sumber : netflix.com |
Apa yang menjadi penghalang kepada Tock adalah, dia bukanlah
seorang yang lawak. Ayahnya juga mula menyedari hal tersebut ketika dia masih
kecil lagi. Walaupun Tock mengetahui akan kelemahannya, dia cuba sedaya upaya
dan bertungkus-lumus mencari idea untuk dijadikan bahan lawak. Hal ini kerana
dia ingin mendapatkan pengiktirafan ayahnya dan memenuhi tanggapan yang
diberikan terhadapnya.
![]() |
Sumber : mubi.com |
Tekanan yang dialami oleh Tock menyebabkan dia mempunyai
jerawat. Tock pergi mendapatkan rawatan daripada seorang doktor pakar
dermatologi, Dr. Ice, yang mana merupakan seorang yang disukainya pada
pandangan pertama. Tock menjadi tertarik dengan Dr. Ice adalah kerana Dr. Ice
bukan sahaja seorang yang bijak dan cantik, malah, dia merupakan orang pertama
yang mengatakan bahawa Tock adalah seorang yang lawak. Tock mula mencari idea
untuk membuat lawak di hadapan Dr. Ice agar dapat menarik perhatiannya.
Dapatkah Tock menjadi seorang pelawak dan mendapatkan hati Dr. Ice?
![]() |
Sumber : cinejour.com |
LATAR BELAKANG
The Little Comedian atau juga dikenali sebagai Baan Chan Talok Wai Korn (Por
Son Wai) (บ้านฉัน..ตลกไว้ก่อน (พ่อสอนไว้)),
merupakan sebuah filem Thailand, bergenre Drama-Komedi yang diterbitkan pada
tahun 2010. Pengarah filem ini ialah Mez Tharatorn dan
Ball
Witthaya Thongyooyong. Ia dilakonkan oleh Fame Chawinroj Likitchareonsakul
sebagai Tock, Jaturong Mokjok sebagai Pa Phlern, Taylor
Paula sebagai Dr. Ice dan beberapa orang lagi. Ia berdurasi 2 jam 10 minit.
![]() |
Sumber : imdb.com |
Filem ini dihasilkan berdasarkan sebuah filem pendek
bertajuk Tam Mai Tong Talok (ทำไมต้องตลก;
Why funny). Witthaya Thongyooyong merupakan salah seorang daripada pengarah dan
penulis kepada filem pendek tersebut.
Boleh
Menonton di:
REVIEW (Ulasan)
Mungkin anda biasa mendengar tentang seorang dewasa yang
menyukai individu yang lebih tua daripadanya, dengan perbezaan umur dalam
lingkungan bawah daripada 15 tahun. Akan tetapi, agak jarang didengar yang
seorang budak sekolah rendah menyukai seseorang yang nun jauh lebih dewasa
daripadanya, termasuklah daripada segi umur. Hal ini dapat ditonton dalam filem
ini.
![]() |
Sumber : absurdlicious.wordpress.com |
Walaupun Tock masih lagi budak sekolah, namun dia mempunyai
pemikiran yang sangat dewasa. Apa yang agak kurang matang ialah, dia cuba lari
daripada masalah yang dihadapi dalam keluarganya. Namun begitu, kita dapat
melihat kematangan seorang kanak-kanak yang setaraf dengan orang dewasa.
![]() |
Sumber : cinejour.com |
Dari segi jalan cerita, ianya agak menarik walaupun
kelihatan terdapat sedikit kekurangan yang boleh ditambah baik. Para pelakon
pula memberikan yang terbaik dalam membawa watak masing-masing. Salmon, adik
kepada Tock sangatlah comel. Pandai betul berlakon.
Secara keseluruhannya, H.I berikan ‘rating’ sebanyak 8/10. Selamat menonton. Jumpa lagi. Cau luh.
TRAILER :
Artikel Berkaitan :
Most Suitable To Watch In Conjunction With Teachers’ Day (Film & Series)
App War (2018) – 2 Apps Can’t Be In The Same Store
Ford Vs Ferrari (2019) – Born of A Demon Car And A Legend
Back To The 90’s (2015) – Love That Is Never Out Dated
1 Comments
Best Online Casino | Kani Bintar
ReplyDeleteIf you want to get the biggest and most exciting casino games at Kani Bintar, you are going to 온카지노 커뮤니티 want to know exactly why Kani Bintar is a great place to play