Ticker

6/random/ticker-posts

Header Ads Widget

The Bourne Ultimatum (2007) – Remember Everything, Forgive Nothing | NATCA

The Bourne Ultimatum mengisahkan tentang Jason Bourne yang masih meneruskan perjalanan untuk membongkar kisah sebenar di sebalik dirinya. Dalam masih melalui hidup secara rendah diri, Bourne ditarik kembali ke dunia yang cuba dielakkannya, buat kali kedua. Kali ini, ianya dalah kerana hasil laporan yang dibuat oleh Simon Ross, wartawan sebuah akhbar. Simon cuba mendedahkan dalam laporannya berkaitan tentang Operation Blackbriar, sebuah operasi yang dicipta dengan menambah baik dari Project Treadstone. Hal itu menarik perhatian Bourne.

Sumber : bourne.fandom.com

Bourne mengadakan satu pertemuan dengan Simon untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut tentang laporan yang ditulisnya. Bourne menyedari bahawa perkara tersebut telah bocor ke pihak ke-3. Mereka menyedari yang mereka sedang diperhatikan.

Sumber : salon.com

Maklumat yang dimiliki oleh Simon memberikan petunjuk yang sangat mendalam kepada Bourne. Maklumat tersebut telah membuatkan semua ingatan Bourne yang hilang telah kembali seperti sedia kala. Bourne kini telah memiliki ingatannya dan mengetahui semua hal yang berkaitan. Dia mengambil keputusan untuk memburu semua pihak yang terlibat dalam perkara tersebut dan pihak yang memulakan semua perkara yang telah dilaluinya. Adakah Bourne akan berjaya menghadapi pakar-pakar yang dihantar oleh pihak The Company untuk menghapuskannya?

 

LATAR BELAKANG

The Bourne Ultimatum merupakan filem English bergenre ‘Action-Thriller’ yang diterbitkan pada tahun 2007. Pengarah filem ini ialah Paul Greengrass dan ia dilakonkan oleh Matt Damon sebagai Jason Bourne, Julia Stiles sebagai Nicky Parsons, David Strathairn sebagai Noah Vosen, Joan Allen sebagai Pamela Landy dan ramai lagi. Ia berdurasi 1 jam 56 minit.

Sumber : reviewjournal.com

Filem ini merupakan filem ke-3 dalam siri filem Jason Bourne. Siri-siri yang terdapat adalah seperti berikut :

1. The Bourne Identity (2002)

2. The Bourne Supremacy (2004)

3. The Bourne Ultimatum (2007)

4. The Bourne Legacy (2012)

5. Jason Bourne (2016)

Filem ini diadaptasi daripada novel yang diterbitkan sejak tahun 1980. Pada mulanya, novel tersebut ditulis oleh penulis terkenal bernama Robert Ludlum. Banyak hasil karyanya yang telah diadaptasi kedalam filem dan siri pendek. Novel berkaitan Jason Bourne berasal daripada 3 buah novel (The Bourne Trilogy series) yang berjaya dihasilkan oleh Robert Ludlum iaitu, The Bourne Identity (1980), The Bourne Supremacy (1986) & The Bourne Ultimatum (1990). Namun, setelah kematiannya, novel tersebut telah diteruskan oleh Eric Van Lustbader. Setelah banyak novel yang telah diterbitkan, Lustbader meengambil keputusan untuk berhenti menulis novel tersebut ketika sedang menghasilkan siri novel bertajuk The Bourne Nemesis. Brian Freeman dipilih untuk meneruskan siri novel itu. Novel The Bourne Nemesis oleh Lustbader tidak berjaya disiapkan dan diterbitkan. Terdapat 16 Novel yang telah diterbitkan pada keseluruhnnya.

Boleh Menonton di:

 

 

REVIEW (Ulasan)

Filem ini sangat padu! Jalan cerita sangat menarik dan kemas. Banyak aksi yang dipaparkan dan ia menghiburkan. Filem ini mempunyai aksi yang lebih hebat dan manarik berbanding 2 filem yang sebelumnya. Boleh dikatakan bahawa filem ini merupakan filem yang paling terbaik berbanding ke semua filem yang terdapat dalam siri Jason Bourne. Hasil lakonan yang dibawa oleh para pelakon amat bagus sekali.

Sumber : standard.co.uk

Secara keseluruhannya, H.I berikan ‘rating’ sebanyak 10/10. Kepada peminat filem aksi, anda mesti menonton filem ini. Kepuasan anda akan terjamin dan anda tidak akan menyesal.

Selamat menonton. Jumpa lagi. Cau luh.

 

TRAILER :

 

Artikel Berkaitan :

The Bourne Legacy (2012) – There Was Never Just One

Jason Bourne Movies – You Know His Name

The Man Who Knew Infinity (2015) - Great Knowledge Comes From Humblest of Origins

The Imitation Game (2014) – Behind Every Code Is An Enigma


Post a Comment

0 Comments