Ticker

6/random/ticker-posts

Header Ads Widget

The Bourne Supremacy (2004) – They Should Have Let Him Alone | NATCA

The Bourne Supremacy mengisahkan tentang Jason Bourne, seorang bekas pengintip CIA. Bourne menghilangkan diri dan hidup secara biasa untuk melepaskkan dirinya dari belenggu kisah silamnya.

Sumber : moviesgamestv.com

Selepas 2 tahun, kisah silamnya kembali memburu Bourne. Bourne mendapati terdapat pihak yang cuba memburunya di penempatannya itu. Apabila disiasat, Bourne mendapati ianya berpunca daripada pihak CIA. CIA mencuba kembali untuk memburu dan menghapuskan Bourne.

Sumber : decider.com

Walaupun masih tidak berjaya mendapatkan kembali ingatan dengan sepenuhnya, Bourne mengambil keputusan untuk kembali sebagai seorang ‘assassin’, sebagaimana dirinya telah dilatih untuk menjadi sedemikian. Bourne bergerak secara senyap, berpindah dari bandar kebandar supaya dia sentiasa berada selangkah dihadapan musuhnya. Dia menghubungi pihak CIA dan memberikan amaran kepada mereka. Bourne mengatakan bahawa, dia tidak akan teragak-agak untuk memburu semua yang terlibat jika kehidupannya masih diganggu. Adakah CIA akan menuruti amaran yang diberikan oleh Bourne?

 

LATAR BELAKANG

The Bourne Supremacy merupakan filem English bergenre ‘Action-Thriller’. Pengarah filem ini ialah Paul Greengrass dan ia dilakonkan oleh Matt Damon sebagai Jason Bourne, Joan Allen sebagai Pamela Landy, Julia Stiles sebagai Nicky Parsons dan ramai lagi. Ia berdurasi 1 jam 50 minit.

Sumber : maxim.com

Filem ini merupakan filem kedua dalam siri filem Jason Bourne dan ia merupakan sambungan kepada filem sebelumnya, The Bourne Identity (2002). Siri-siri yang terdapat adalah seperti berikut :

1. The Bourne Identity (2002)

2. The Bourne Supremacy (2004)

3. The Bourne Ultimatum (2007)

4. The Bourne Legacy (2012)

5. Jason Bourne (2016)

Filem ini diadaptasi daripada novel yang diterbitkan sejak tahun 1980. Pada mulanya, novel tersebut ditulis oleh penulis terkenal bernama Robert Ludlum. Banyak hasil karyanya yang telah diadaptasi kedalam filem dan siri pendek. Novel berkaitan Jason Bourne berasal daripada 3 buah novel (The Bourne Trilogy series) yang berjaya dihasilkan oleh Robert Ludlum iaitu, The Bourne Identity (1980), The Bourne Supremacy (1986) & The Bourne Ultimatum (1990). Namun, setelah kematiannya, novel tersebut telah diteruskan oleh Eric Van Lustbader. Setelah banyak novel yang telah diterbitkan, Lustbader meengambil keputusan untuk berhenti menulis novel tersebut ketika sedang menghasilkan siri novel bertajuk The Bourne Nemesis. Brian Freeman dipilih untuk meneruskan siri novel itu. Novel The Bourne Nemesis oleh Lustbader tidak berjaya disiapkan dan diterbitkan. Terdapat 16 Novel yang telah diterbitkan pada keseluruhnnya.

Boleh Menonton di:

 

 

REVIEW (Ulasan)

Filem ini sangat padu! Jalan cerita sangat menarik dan kemas. Banyak aksi yang dipaparkan dan ia menghiburkan. Hasil lakonan yang dibawa oleh para pelakon amat bagus sekali.

Sumber : chlotrudis.org

Secara keseluruhannya, H.I berikan ‘rating’ sebanyak 10/10. Kepada peminat filem aksi, anda mesti menonton filem ini. Kepuasan anda akan terjamin.

Selamat menonton. Jumpa lagi. Cau luh. 

 

TRAILER :

 

Artikel Berkaitan :

The Bourne Ultimatum (2007) – Remember Everything, Forgive Nothing

Jason Bourne Movies – You Know His Name

Snowden (2016) – You Will Cover Your Camera After Watching This Film

The Great Hack (2019) – Facebook-Cambridge Analytica Data Scandal


Post a Comment

0 Comments