Ticker

6/random/ticker-posts

Header Ads Widget

The Bourne Legacy (2012) – There Was Never Just One | NATCA

The Bourne Legacy mengisahkan tentang apa yang berlaku di bahagian yang lain, seiring dengan apa yang sedang berlaku dalam filem ke-3, The Bourne Ultimatum (2007). Pihak yang bertanggungjawab di sebalik Operation Treadstone dan Black Briar, mengambil perhatian yang mendalam terhadap apa yang berlaku setelah penerbitan sebuah laporan yang mendedahkan tentang orgasnisasi tersebut oleh seorang wartawan. Mereka mengambil keputusan untuk menghentikan semua operasi yang berkaitan. Mereka mengarahkan semua individu yang terlibat dalam operasi mereka menghilangkan diri.

Sumber : imdb.com

Mereka melakukan percubaan untuk menghapuskan Aaron Cross, seorang ahli daripada operasi yang lain dipanggil Outcome. Aaron Cross berjaya menyelamatkan diri daripada percubaan tersebut. Cross menjejaki Dr Marta Shearing, individu yang pernah berkerja bersamanya ketika dia mula terlibat dalam operasi tersebut. Operasi Outcome mewajibkan semua ahlinya mengambil beberapa ubat secara berterusan. Cross telah mengalami kehabisan bekalan ubat tersebut. Oleh itu, dia menjejaki Dr Shearing untuk mendapatkan ubat yang diperlukan.

Sumber : primevideo.com

Dalam perjalanan menjejaki Dr Shearing, Cross mendapati terdapat pihak yang ingin membunuh Dr Shearing. Cross menyelamatkan Dr Sharing daripada percubaan bunuh tersebut. Dr Shearing memberitahu Cross yang bahawa dia sepatutnya sudah berhenti mengambil ubat tersebut sejak dahulu lagi. Mereka berdua bergerak ke Manila untuk mendapatkan ubat tersebut yang diperoses di sana. Pihak yang bertanggungjawab terhadap Outcome mendapat berita yang Cross dan Dr Shearing masih lagi hidup. Dengan itu, mereka melancarkan percubaan yang seterusnya untuk menghapuskan kedua-duanya sekali. Dapatkah Cross dan Dr Shearing menyelamatkan diri mereka?

 

Sumber : pinterest.com.au

LATAR BELAKANG

The Bourne Legacy merupakan filem English bergenre ‘Action-Thriller’. Pengarah filem ini ialah Tony Gilroy dan ia dilakonkan oleh Jeremy Renner sebagai Aaron Cross, Rachel Weisz sebagai Dr Marta Shearing, Edward Norton sebagai Col Eric Byer, Scott Glenn sebagai Ezra Kramer dan ramai lagi. Ia berdurasi 2 jam 15 minit.

Sumber : tampabay.com

Filem ini merupakan filem ke-4 dalam siri filem Jason Bourne. Siri-siri yang terdapat adalah seperti berikut :

1. The Bourne Identity (2002)

2. The Bourne Supremacy (2004)

3. The Bourne Ultimatum (2007)

4. The Bourne Legacy (2012)

5. Jason Bourne (2016)

Filem ini diadaptasi daripada novel yang diterbitkan sejak tahun 1980. Pada mulanya, novel tersebut ditulis oleh penulis terkenal bernama Robert Ludlum. Banyak hasil karyanya yang telah diadaptasi kedalam filem dan siri pendek. Novel berkaitan Jason Bourne berasal daripada 3 buah novel (The Bourne Trilogy series) yang berjaya dihasilkan oleh Robert Ludlum iaitu, The Bourne Identity (1980), The Bourne Supremacy (1986) & The Bourne Ultimatum (1990). Namun, setelah kematiannya, novel tersebut telah diteruskan oleh Eric Van Lustbader. Setelah banyak novel yang telah diterbitkan, Lustbader meengambil keputusan untuk berhenti menulis novel tersebut ketika sedang menghasilkan siri novel bertajuk The Bourne Nemesis. Brian Freeman dipilih untuk meneruskan siri novel itu. Novel The Bourne Nemesis oleh Lustbader tidak berjaya disiapkan dan diterbitkan. Terdapat 16 Novel yang telah diterbitkan pada keseluruhnnya.

Boleh Menonton di:

 

 

REVIEW (Ulasan)

Berbeza daripada siri filem Jason Bourne yang lain, filem ini menceritakan tentang kisah yang tidak mempunyai kesinambungan kepada 3 filem sebelumnya. Namun, ianya masih mempunyai kaitan kepada filem yang sebelumnya iaitu The Bourne Ultimatum (2007).

Dari segi jalan cerita, ianya adalah menarik. Pada pandangan H.I terdapat sedikit kekurangan pada plot certia yang dibawa. Ianya masih boleh ditambah baik untuk meningkatkan lagi kualiti filem ini. hasil lakonan para pelakon pula adalah terbaik sekali. Ianya tidak dapat disangkal lagi.

Sumber : imdb.com

Secara keseluruhannya, H.I berikan ‘rating’ sebanyak 8.5/10. Filem ini mempunyai kekurang impak kepada penonton. Terdapat sesuatu yang agak kurang di dalamnya. Aksi yang dipaparkan pula kurang hebat daripada siri filem yang sebelumnya. Namun begitu, ianya masih menarik dan berpatutan untuk ditonton.

Selamat menonton. Jumpa lagi. Cau luh. 

 

TRAILER :

 

Artikel Berkaitan :

Jason Bourne (2016) – Coming Back for The Truth

Jason Bourne Movies – You Know His Name

Me Before You (2016) – Loving Can Hurt Sometimes

About Time (2013) – Changing The Past Is Not A Solution


Post a Comment

0 Comments