Ticker

6/random/ticker-posts

Header Ads Widget

The Bourne Identity (2002) – Mencari Identiti Diri | NATCA

The Bourne Identity mengisahkan tentang seorang lelaki yang diselamatkan oleh sekumpulan nelayan. Ketika lelaki tersebut tersedar dari pengsan, dia mendapati dirinya berada di atas sebuah bot nelayan, di tengah-tengah lautan. Dia juga mendapati bahawa dia tidak mampu untuk mengingati apa-apa hal berkaitan dirinya termasuklah nama dirinya sendiri. Doktor yang berada di atas kapal tersebut mengatakan bahawa dia mungkin mengalami hilang ingatan (amnesia).

Sumber : exploderblog.com

Selepas itu, ingatan lelaki tersebut mula muncul secara sedikit demi sedikit. Dia menemui satu petunjuk yang ditanam pada badanya. Dari situ, dia mula mencari petunjuk berkaitan dirinya. Setelah dia mengikuti petunjuk yang dijupainya, lelaki tersebut berjaya mengetahui nama yang dimilikinya iaitu Jason Bourne. Namun, dia berasa tidak senang dengan sepucuk pistol dan beberapa ‘passport’ palsu yang dimilikinya.

Sumber : moviehousememories.com

Bourne merasakan seakan-akan dirinya diperhatikan. Dia kemudiannya meneruskan perjalanan untuk mencari petunjuk yang seterusnya. Bourne mendapatkan pertolongan seorang wanita bernama Marie Kreutz. Mereka berdua bergerak dari negara ke negara untuk mencari petunjuk yang diperlukan oleh Bourne. Perasaan yang dirasakan oleh Bourne bertukar menjadi benar setelah dia mendapati beberapa percubaan dilakukan untuk membunuhnya. Terdapat pihak yang tidak senang dengan berita tentang Bourne yang masih lagi hidup. Dapatkah Bourne mencari kisah sebenar berkaitan dirinya?

 

LATAR BELAKANG

The Bourne Identity merupakan filem English bergenre ‘Action-Thriller’. Pengarah filem ini ialah Doug Liman dan ia dilakonkan oleh Matt Damon sebagai Jason Bourne, Franka Potente sebagai Marie Kreutz, Chris Cooper sebagai Alexander Conklin dan ramai lagi. Ia berdurasi 1 jam 59 minit.

Filem ini merupakan filem pertama dalam siri filem Jason Bourne. Siri-siri yang terdapat adalah seperti berikut :

1. The Bourne Identity (2002)

2. The Bourne Supremacy (2004)

3. The Bourne Ultimatum (2007)

4. The Bourne Legacy (2012)

5. Jason Bourne (2016)

Filem ini diadaptasi daripada novel yang diterbitkan sejak tahun 1980. Pada mulanya, novel tersebut ditulis oleh penulis terkenal bernama Robert Ludlum. Banyak hasil karyanya yang telah diadaptasi kedalam filem dan siri pendek. Novel berkaitan Jason Bourne berasal daripada 3 buah novel (The Bourne Trilogy series) yang berjaya dihasilkan oleh Robert Ludlum iaitu, The Bourne Identity (1980), The Bourne Supremacy (1986) & The Bourne Ultimatum (1990). Namun, setelah kematiannya, novel tersebut telah diteruskan oleh Eric Van Lustbader. Setelah banyak novel yang telah diterbitkan, Lustbader meengambil keputusan untuk berhenti menulis novel tersebut ketika sedang menghasilkan siri novel bertajuk The Bourne Nemesis. Brian Freeman dipilih untuk meneruskan siri novel itu. Novel The Bourne Nemesis oleh Lustbader tidak berjaya disiapkan dan diterbitkan. Terdapat 16 Novel yang telah diterbitkan pada keseluruhnnya.

Boleh Menonton di:

 

 

REVIEW (Ulasan)

Filem ini sangat padu! Jalan cerita sangat menarik dan kemas. Banyak aksi yang dipaparkan dan ia menghiburkan. Hasil lakonan yang dibawa oleh para pelakon amat bagus sekali.

Sumber : hollywoodreporter.com

Secara keseluruhannya, H.I berikan ‘rating’ sebanyak 10/10. Kepada peminat filem aksi, anda mesti menonton filem ini. Kepuasan anda akan terjamin.

Selamat menonton. Jumpa lagi. Cau luh. 

 

TRAILER :

 

Artikel Berkaitan :

The Bourne Supremacy (2004) – They Should Have Let Him Alone

Jason Bourne Movies – You Know His Name

Ford Vs Ferrari (2019) – Born of A Demon Car And A Legend

A Beautiful Mind (2001) – Life Journey Of A Great Mathematician


Post a Comment

0 Comments