Ticker

6/random/ticker-posts

Header Ads Widget

Nobody (2021) – Never Underestimate A Nobody | NATCA

Nobody mengisahkan tentang Hutch Mansell, seorang lelaki yang hidup dengan serba biasa dan bukanlah sesiapa (nobody). Hutch tinggal bersama isterinya dan 2 orang anaknya. Dia berkerja sebagai seorang Auditor dia sebuah kilang. Dia melalui hari-hari yang biasa dengan aktiviti yang biasa dan sama setiap hari.

Sumber : thelastthingisee.com

Hari-hari biasanya berubah bermula suatu malam. Pada malam tersebut, 2 individu telah menceroboh masuk ke rumahnya untuk mencuri. Kejadian tersebut disedari oleh Hutch. Anak lelakinya juga datang menyerang salah seorang pencuri tersebut memberikan peluang kepada Hutch untuk mematahkan ancaman oleh pencuri tersebut. Namun begitu, Hutch memilih untuk tidak berbuat apa-apa. Hal itu menyebabkan anaknya kecewa dengannya, begitu juga dengan isterinya yang makin menjauhkan diri daripada Hutch.

Pada keesokan harinya, anak perempuannya mengatakan bahawa gelang untuk anak kucing miliknya telah hilang. Hutch berpendapat bahawa kejadian semalam adalah punca kehilangan tersebut. Dia mengambil keputusan untuk pergi mendapatkannya kembali. Hutch menyerang 2 orang pencuri tersebut di rumah mereka, namun Hutch tidak dapat berbuat apa-apa setelah melihat keadaan mereka.

Sumber : caseymoviemania.com

Semua yang terjadi terhadap Hutch sejak malam itu menyebabkan firasat dalamannya kembali membara. Ia bertambah buruk kerana perasaan itu tidak dapat dilepaskan kepada 2 pencuri tadi. Ditakdirkan, terdapat satu kumpulan lelaki yang mabuk mengacau perjalanan bas yang dinaiki oleh Hutch. Hutch tidak berfikir panjang lalu melepaskan semua tekanan yang disimpannya ke atas kumpulan lelaki tersebut. Mereka semua teruk dibelasah oleh Hutch. Tanpa Hutch menyedari, salah seorang daripada kumpulan tersebut merupakan adik kepada Yulian, seorang ketua mafia berbangsa Rusia yang sangat terkenal dan digeruni. Yulian bertekad untuk menghapuskan Hutch. Apakah yang akan Hutch lakukan untuk mengatasi ancaman daripada Yulian?

Sumber : themreporter.blogspot.com


 

LATAR BELAKANG

Nobody merupakan sebuah filem filem English, bergenre ‘Action-Thriller’ yang diterbitkan pada tahun 2021. Pengarah filem ini ialah Ilya Naishuller dan ia dilakonkan oleh Bob Odenkirk sebagai Hutch Mansell, Connie Nielsen sebagai Rebecca Mansell, Aleksei Serebryakov sebagai Yulian dan ramai lagi. Ia berdurasi 1 jam 32 minit.

Sumber : imdb.com

Penulis kepada filem ini ialah Derek Kolstad. Derek Kolstad terkenal dengan hasil karyanya yang bertajuk John Wick. Derek Kolstad juga tidak menafikan bahawa filem ini berlaku dalam dunia yang sama dengan John Wick (John Wick Universe). Derek Kolstad juga ada menyatakan idea untuk membuat satu ‘crossover’ di antara John Wick & Nobody dalam filem yang akan datang.

Boleh Menonton di:

 

 


REVIEW (Ulasan)

Filem ini sangatlah menarik. Walaupun durasi filem ini boleh dikategorikan sebagai pendek, namun ianya mempunyai jalan cerita yang bagus dan menarik. Plot yang dipaparkan bergerak dengan sedikit laju dan lancar. Anda akan terhibur dengan aksi-aksi yang ditawarkan dalam filem ini. Anda juga dapat merasai ‘vibes’ cerita John Wick di dalam filem ini. Sesuailah dengan hasil tulisan oleh penulis yang sama iaitu Derek Kolstad.

Sumber : davidbuckleymusic.com

Hasil lakonan yang diberikan oleh para pelakon sangat-sangatlah hebat. Tidak mengira usia, semua pelakon memberikan yang terbaik. Bob Odenkirk memaparkan hasil lakonan yang sangat menakjubkan walaupun dalam tempoh masa yang agak singkat. Anda dapat melihat perkembangan watak yang dibawa olehnya.

Sumber : applejuice19.com

Secara keseluruhannya, H.I berikan ‘rating’ sebanyak 10/10. Filem ini sememangnya mengiburkan, terutamanya pada bahagian klimaks cerita.

Selamat menonton. Jumpa lagi. Cau luh. 

 

TRAILER :

 

Artikel Berkaitan :

The Bourne Ultimatum (2007) – Remember Everything, Forgive Nothing

Ex Machina (2015) – There Is Nothing More Human Than The Will To Survive

Ford Vs Ferrari (2019) – Born of A Demon Car And A Legend

Jason Bourne (2016) – Coming Back for The Truth


Post a Comment

0 Comments