Ticker

6/random/ticker-posts

Header Ads Widget

Jason Bourne (2016) – Coming Back for The Truth | NATCA

Jason Bourne mengisahkan tentang Bourne yang menghilangkan diri selepas kejadian yang berlaku dalam filem The Bourne Ultimatum (2007). Terdapat sebahagian pihak yang menganggap bahawa Bourne telah pun meniggal dunia, manakala sebahagian lagi tidak.

Sumber : theyoungfolks.com

Nicky Parsons, bekas seorang ahli CIA yang pernah berkerja bersama dengan Bourne ketika dahulu, melakukan satu percubaan untuk mendapatkan semua maklumat berkaitan aktiviti rahsia oleh CIA. Nicky menggodam sistem maklumat CIA dan membuat salinan terhadap maklumat yang terdapat di dalamnya. Ketika sedang menggodam, dia menemui beberapa maklumat berkaitan Bourne.

Sumber : jonesingforfilms.wordpress.com

Selepas itu, Nicky cuba menjejaki dan menghubungi Bourne untuk menyampaikan maklumat tersebut. Dalam masa yang sama, pihak CIA, Heather Lee, salah seorang ahli CIA mendapati bahawa sistem mereka telah digodam. Apabila diperiksa, dia mendapati bahawa ianya digodam oleh Nicky. Hal itu dibawa ke pihak atasan untuk tindakan lanjut.

Sumber : reelrundown.com

Nicky membuat satu pertemuan dengan Bourne. Bourne menyatakan bahawa dia sudah dapat mengingati semua ingatnya, justeru itu, dia tidak berminat dengan tawaran yang diberikan oleh Nicky. Namun begitu, Nicky mempersoalkan, adakah dengan mengingati sahaja, ianya bermakna Bourne mengetahui dan memahami semua perkara yang terjadi terhadapnya.

Sumber : rogerebert.com

Pertemuan yang dilakukan oleh Bourne dan Nicky mendapat perhatian oleh CIA. Mereka diintip oleh beberapa orang yang ditugaskan oleh CIA. Bourne menyedari bahawa kelakuan mereka diperhatikan. Nicky memberikan ‘pendrive’ yang mengandungi maklumat rahsia CIA yang digodamnya kepada Bourne. Maklumat itu membuatkan Bourne mengambil keputusan untuk menggali dengan lebih mendalam dan mendapatkan kepastian daripada individu yang terlibat. Namun, ianya bukanlah mudah kerana mendapat tentangan dan ancaman daripada pihak CIA yang menghantar kumpulan upahan untuk memburu dan menghapuskan Bourne. Apakah yang akan diperlajari oleh Bourne tentang dirinya?

 

LATAR BELAKANG

Jason Bourne merupakan filem English bergenre ‘Action-Thriller’ yang diterbitkan pada tahun 2016. Pengarah filem ini ialah Paul Greengrass dan ia dilakonkan oleh Matt Damon sebagai Jason Bourne, Julia Stiles sebagai Nicky Parsons, Alicia Vikander sebagai Heather Lee, Tommy Lee Jones sebagai Pengarah CIA dan ramai lagi. Ia berdurasi 2 jam 3 minit.

Filem ini merupakan filem ke-5 dalam siri filem Jason Bourne dan sambungan kepada filem The Bourne Ultimatum (2007). Siri-siri yang terdapat adalah seperti berikut:

1. The Bourne Identity (2002)

2. The Bourne Supremacy (2004)

3. The Bourne Ultimatum (2007)

4. The Bourne Legacy (2012)

5. Jason Bourne (2016)

Filem ini diadaptasi daripada novel yang diterbitkan sejak tahun 1980. Pada mulanya, novel tersebut ditulis oleh penulis terkenal bernama Robert Ludlum. Banyak hasil karyanya yang telah diadaptasi kedalam filem dan siri pendek. Novel berkaitan Jason Bourne berasal daripada 3 buah novel (The Bourne Trilogy series) yang berjaya dihasilkan oleh Robert Ludlum iaitu, The Bourne Identity (1980), The Bourne Supremacy (1986) & The Bourne Ultimatum (1990). Namun, setelah kematiannya, novel tersebut telah diteruskan oleh Eric Van Lustbader. Setelah banyak novel yang telah diterbitkan, Lustbader meengambil keputusan untuk berhenti menulis novel tersebut ketika sedang menghasilkan siri novel bertajuk The Bourne Nemesis. Brian Freeman dipilih untuk meneruskan siri novel itu. Novel The Bourne Nemesis oleh Lustbader tidak berjaya disiapkan dan diterbitkan. Terdapat 16 Novel yang telah diterbitkan pada keseluruhnnya.

Boleh menonton di:

 

 


REVIEW (Ulasan)

Filem ini sangat padu! Jalan cerita sangat menarik dan kemas. Namun begitu, ianya tidak mempunyai impak yang “boom!” seperti filem The Bourne Ultimatum. Walau bagaimanapun, masih banyak aksi yang dipaparkan dan ia menghiburkan. Hasil lakonan yang dibawa oleh para pelakon amat bagus sekali. Anda tidak akan merasa bosan untuk menonton.

Sumber : sea.ign.com

Secara keseluruhannya, H.I berikan ‘rating’ sebanyak 10/10. Kepada peminat filem aksi, anda mesti menonton filem ini. Kepuasan anda akan terjamin.

Selamat menonton. Jumpa lagi. Cau luh.

 

TRAILER :

 

Artikel Berkaitan :

The Bourne Identity (2002) – Mencari Identiti Diri

Jason Bourne Movies – You Know His Name

Ex Machina (2015) – There Is Nothing More Human Than The Will To Survive

Ford Vs Ferrari (2019) – Born of A Demon Car And A Legend


Post a Comment

0 Comments