![]() |
Pada kemajuan zaman kini, manusia berlumba-lumba mencipta
robot dan menghasilkan sebuah perisian dengan kebolehan Kecerdasan Buatan, A.I
(Artificial Intelligent). Banyak teori yang dikeluarkan berkaitan hal
tersebut. Ada yang mengatakan ianya akan membawa kemajuan dan kemakmuran kepada
dunia, namun ada juga yang mengatakan ia akan membawa kemudaratan dan
kebinasaan.
Ex Machina mengisahkan tentang Caleb, seorang lelaki berusia 26 tahun. Dia berkerja sebagai seorang ‘programmer’ di sebuah syarikat bernama Blue Book. Blue Book merupakan sebuah syarikat ‘internet’ yang menawarkan khidmat enjin carian (search engine) terbesar di dunia.
![]() |
Sumber : imdb.com |
Caleb terpilih sebagai pemenang dalam pertandingan yang dianjurkan oleh syarikatnya. Dia berpeluang untuk pergi bercuti di sebuah rumah peranginan milik Nathan, CEO kepada Blue Book, syarikat tempatnya berkerja, yang terletak di sebuah pergunungan.
![]() |
Sumber : imdb.com |
Apabila Caleb tiba di sana, dia diterangkan bahawa dia
diminta untuk berkerjasama dengan Nathan dalam sebuah eksperimen yang luar
biasa dan menarik. Eksperimen tersebut adalah untuk Caleb berinteraksi dengan
sebuah A.I yang dipasang pada sebuah robot manusia (wanita) yang sangat cantik
bernama Ava. Caleb bersetuju untuk memberikan kerjasamanya. Apakah yang akan
dipelajari oleh Caleb berkaitan Ava?
LATAR BELAKANG
Ex Machina merupakan sebuah filem English, bergenre ‘Sci-Fi-Drama-Thriller’ yang diterbitkan pada tahun 2014. Pengarah filem ini ialah Alex Garland yang juga merupakan penulis kepada filem ini. Para pelakon terdiri daripada Domhnall Gleeson sebagai Caleb Smith, Oscar Isaac sebagai Nathan Bateman, Alicia Vikander sebagai Ava serta beberapa orang lagi. Ia berdurasi 1 jam 48 minit.
![]() |
Sumber : imdb.com |
Filem ini telah mendapat beberapa anugerah di banyak ‘filem
festival’. Antara yang paling terkenal adalah anugerah dalam ketegori Best Visual Effects di 88th Academy Awards
(2015). Alicia Vikander berjaya membawa pulang anugerah Best Supporting Actress
di Austin Film Critics Association dan
beberapa anugerah di lain-lain ‘film festival’.
Boleh
Menonton di:
REVIEW (Ulasan)
‘This Movie is Superb!’. Menabjubkan. Filem ini sangatlah menarik untuk anda tonton. Idea filem ini sangat menarik dengan hasil olahan yang diberikan. Anda mungkin akan mengalami kekeliruan semasa menontonya. Hal ini kerana anda perlu berfikir sedikit untuk mengagak/menjangkakan apa yang akan berlaku dalam perjalanan filem ini. Mungkin terdapat sebahagian daripada penonton berjaya meramal pengakhiran filem ini, namun, ia masih memberikan impak yang besar terhadap minda penonton.
![]() |
Sumber : imdb.com |
Hasil lakonan yang ditonjolkan tidak perlu lagi diperkatakan. Sememangnya para pelakon memberikan hasil lakonan mereka yang sangat baik. Hal ini terbukti dengan anugerah yang berhasil dibawa pulang oleh Alicia Vikander dan beberapa pelakon yang lain. Hasil sutingan filem ini juga tidak ketinggalan hebatnya. Malah, ia amatlah bagus sehingga berjaya memenangi anugerah.
![]() |
Sumber : imdb.com |
Secara keseluruhannya, H.I berikan ‘rating’ sebanyak 9/10.
Anda amat disarankan untuk menonton filem ini. Memilih untuk tidak menontonnya
dalah satu keputusan yang merugikan.
Selamat menonton. Jumpa lagi. Cau luh.
TRAILER :
Artikel Berkaitan :
Jason Bourne Movies – You Know His Name
The Con-Heartist (2020) – A Heartfelt Comedy
Ford Vs Ferrari (2019) – Born of A Demon Car And A Legend
The Imitation Game (2014) – Behind Every Code Is An Enigma
0 Comments