![]() |
Dear Dakanda mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Khaiyoi. Khaiyoi merupakan seorang yang agak pemalu berasal dari Bangkok. Semasa Khaiyoi menjadi pelajar baru di sebuah universiti, dia berkenalan dengan Dakanda, seorang perempuan yang mempunyai personaliti yang kuat.
![]() |
Sumber : fareastfilm.com |
Selepas itu, Khaiyoi mula berkawan rapat dengan Dakanda. Mereka merupakan pelajar dalam bidang yang sama. Lama-kelamaan, satu perasaan mula timbul dalam diri mereka berdua. Masing-masing menyedari bahawa hubungan mereka berdua bukan hanya sekadar “kawan karib” lagi, ia sudah bertukar menjadi lebih daripada itu.
![]() |
Sumber : netflix.com |
Selepas tamat belajar, Khaiyoi membawa diri ke sebuah pulau yang terletak di selatan. Ketika dia dalam perjalanan ke sana, dia terjatuh daripada bot yang dinaikinya. Kejadian tersebut menyebabkan tulangnya patah. Dia terpaksa dimasukkan ke wad di hospital yang terdapat di pulau tersebut.
![]() |
Sumber : fareastfilm.com |
Hospital itu hanya diuruskan oleh beberapa orang jururawat
dan doktor sahaja. Nui, salah seorang daripada jururawat yang berkhidmat di
situ, banyak menguruskan dan memantau keadaan Khaiyoi. Nui mula menyimpan
perasaan terhadap Khaiyoi. Namun begitu, Khaiyoi ingin meletakkan hubungan di
antara mereka hanya sebagai kawan sahaja. Bagaimanakah pengakhiran kisah cinta
yang akan dilalui oleh Khaiyoi?
LATAR BELAKANG
Dear Dakanda atau lebih dikenali sebagai Phuen Sanit (เพื่อนสนิท), yang bermaksud Kawan Baik, merupakan sebuah filem Thailand, bergenre Romantik-Drama yang diterbitkan pada tahun 2005. Pengarah filem ini ialah Est Komgrit Triwimol dan ia dilakonkan oleh Sunny Suwanmethanont sebagai Khaiyoi, Noon Siraphan Wattanajinda sebagai Dakanda, Ae Maneerat Kam-Uan sebagai Nui serta beberapa orang lagi. Ia berdurasi 2 jam 7 minit.
![]() |
Sumber : imdb.com |
Filem ini berjaya membawa pulang 2 anugerah selepas tercalon
dalam 7 kategori di Thailand National Film Association Awards pada tahun 2006.
2 anugerah daripada 7 kategori tersebut adalah Best Screenplay dan Best
Editing.
Boleh
Menonton di:
REVIEW (Ulasan)
Kita biasa mendengar tentang lelaki dan perempuan, jika mereka berkawan rapat, maka, akan timbul perasaan suka atau cinta di antara mereka. Ia mungkin berlaku pada si lelaki, mungkin juga berlaku pada si perempuan dan mungkin kedua-duanya akan merasai sedemikian rupa. Namun begitu, tidak semua akan dapat bersama, bukan? Jika anda pernah melalui situasi seperti di dalam filem ini, anda akan dapat memahami sepenuhnya akan perasaan yang sukar diungkapkan kepada si dia.
![]() |
Sumber : bangkokpost.com |
Anda mungkin akan merasakan jalan cerita filem ini agak perlahan. Akan tetapi, ia tidaklah membosankan jika ditonton. Ramai penonton yang meminati filem ini kerana jalan cerita yang dipaparkan dan juga lakonan yang diberikan oleh pelakon.
![]() |
Sumber : mubi.com |
Secara keseluruhannya, H.I berikan ‘rating’ sebanyak 8.8/10.
Filem ini agak sukar untuk dicari di laman sesawang untuk tontonan secara ‘streaming’.
Anda boleh menonton di Netflix, namun jika tidak ada, anda boleh mencuba
menggunakan VPN dan tetapkan ke negara Asia.
Selamat meononton. Jumpa lagi. Cau luh.
TRAILER :
Artikel Berkaitan :
The Con-Heartist (2020) – A Heartfelt Comedy
Heart Attack (2015) – Would You Rather ‘Work Hard’ or ‘Love Hard’?
One Day (2016) – From Crush To Lover
Ex Machina (2015) – There Is Nothing More Human Than The Will To Survive
0 Comments