Ticker

6/random/ticker-posts

Header Ads Widget

The Con-Heartist (2020) – A Heartfelt Comedy | NATCA

Pada masa kini, terdapat sangat banyak kes yang melibatkan penipuan (scam). Ramai yang telah menjadi mangsa, tidak mengira usia. Penipuan ini semakin hari semakin menjadi ancaman besar terhadap masyarakat. Hal ini kerana terdapat mangsa yang terpaksa menanggung kerugian yang besar malah terpaksa hidup dengan hutang yang mengelilingi pinggang. 

The Con-Heartist mengisahkan tentang penipuan (scam) tersebut. Ia bermula dengan seorang wanita bernama Ina, mendapat satu panggilan yang mengatakan daripada pihak ‘Tax Department’. Ketika dia ingin membuat pembayaran melalui mesin ATM (Automatic Teller Machine), dia mendapati akaun yang dimasukkannya adalah milik persendirian. Lalu, dia mendapatkan pengesahan pihak Bank bahawa ianya milih persendirian yang mana merupakan seorang penipu (scammer). Ina mengugut untuk mendedahkan rakaman perbualan mereka. Penipu tersebut menjemput Ina untuk bersua muka bagi menyelesaikan perkara tersebut di antara mereka berdua. 

Sumber : farhanajafri.com

Ina pergi menemui penipu tersebut, seorang lelaki dengan panggilan Tower. Mereka membuat rundingan. Ina menceritakan kisah bagaimana dia boleh terperangkap dengan hutang yang banyak. Selepas itu, dia memberikan satu cadangan kepada Tower untuk mendapatkan kembali duit daripada bekas teman lelakinya yang telah menipunya sebanyak 500,000 bath. Tower bersetuju dengan cadangan tersebut dengan syarat Ina perlu memadam rakaman perbualan mereka yang sebelumnya. 

Sumber : imdb.com

Selepas hari tersebut, Tower dan Ina memulakan operasi mereka untuk mendapatkan kembali duitnya daripada bekas teman lelaki Ina bernama Petch. Mereka merancang untuk membuat satu penipuan (scam) kepada Petch bagi mendapatkan wang tersebut. Setelah mereka melaksanakan rancangan mereka, pelbagai masalah yang timbul menyebabkan rancangan penipuan (scam) mereka ‘gone wrong’. Apakah yang mereka akan lakukan bagi menjayakan misi mereka? 

Sumber : imdb.com

 

LATAR BELAKANG

The Con-Heartist merupakan sebuah filem Thailand, bergenre Komedi-Romantik yang diterbitkan pada tahun 2020. Pengarah filem ini ialah Mez Tharatorn, yang juga pernah mengarah filem terkenal bertajuk I Fine..Thank You..Love You (2014), ATM: Er Rak Error (2012) dan The Little Comedian (2010). Para pelakon pula terdiri daripada Nadech Kugimiya sebagai Tower, Pimchanok Luevisadpaibul sebagai Ina, Thiti Mahayotaruk sebagai Petch, Kathaleeya McIntosh sebagai Puan Nongnuch, Pongsatorn Jongwilak sebagai Jone dan Chantavit Dhanasevi sebagai Samson. Ia berdurasi 2 jam 10 minit. 

Sumber : imdb.com

Boleh Menonton di:

 

 

REVIEW (Ulasan)

Sekali lagi, GDH berjaya menerbitkan sebuah filem yang bagus untuk tontonan semua. Filem ini sangat menarik untuk ditonton. Ianya agak berlainan dari filem lain kerana tidak banyak filem yang memaparkan isu penipuan (scam) yang terjadi dalam kehidupan seharian. 

Sumber : id.bookmyshow.com

Jalan cerita filem ini juga agak menarik. Ia mengisahkan tentang rancangan untuk menipu si penipu. Dalam bahasa mudahnya, ‘scammer scam scammer’. Hasil lakonan para pelakon juga sangat hebat. Masing-masing berjaya membawa watak dengan amat baik sekali. 

Sumber : imdb.com

Secara keseluruhannya, H.I berikan ‘rating’ sebanyak 9/10. Filem ini sememangnya menghiburkan dengan aksi lawak yang menggelikan hati. Anda pasti tidak akan merasa sia-sia selepas menonton filem ini.

Selamat menonton. Jumpa lagi. Cau luh. 

 

TRAILER :

 

Artikel Berkaitan :

15+ IQ Krachoot (2017) – Hormone Of Teenage Kick Out

ATM - Er Rak Error (2012) – Siapakah Akan Menjadi Pemenang Dalam Permainan Cinta?

Must Watch Thailand Movie List – Comedy, Romantic, Drama, Sad

Jason Bourne Movies – You Know His Name


Post a Comment

0 Comments