![]() |
Jason Bourne mengisahkan tentang seorang bekas perisik CIA (Central Intelligent Agency) yang paling merbahaya. Bourne telah kehilangan ingatanya berkaitan dirinya serta sejarahnya menjadi perisik bersama agensi tersebut. Namun begitu, kepakaran dan kehebatannya masih lagi ada pada dirinya.
![]() |
Sumber : exploderblog.com |
Bourne menemui sesuatu yang mana mempunyai kaitan dengan dirinya. Dia mula mencari maklumat selanjutnya. Lantaran itu, dia beransur-ansur mengetahui perkara berkaitan dirinya serta bagaimana dia telah kehilangan ingatan. Dalam perjalanannya, dia mendapat pelbagai halangan dan ancaman daripada pihak berkuasa kerana ingin menghapuskannya. Dapatkah Bourne mempelajari akan kisah sebenar disebalik apa yang dicarinya?
![]() |
Sumber : maxim.com |
LATAR BELAKANG
Jason Bourne merupakan filem English bergenre ‘Action-Thriller’.
Filem ini dilakonkan oleh Matt Damon sebagai Jason Bourne, iaitu watak utama
dan beberapa pelakon yang lain bergantung pada siri filem tersebut. Terdapat 5
siri filem dalam Jason Bourne. Siri-siri tersebut adalah seperti berikut :
1. The Bourne Identity (2002) – 1 jam 59 minit
![]() |
2. The Bourne Supremacy (2004) – 1 jam 50 minit
![]() |
3. The Bourne Ultimatum (2007) – 1 jam 56 minit
![]() |
4. The Bourne Legacy (2012) – 2 jam 15 minit
![]() |
5. Jason Bourne (2016) – 2 jam 3 minit
![]() |
Filem ini diadaptasi daripada novel yang diterbitkan sejak
tahun 1980. Pada mulanya, novel tersebut ditulis oleh penulis terkenal bernama Robert
Ludlum. Banyak hasil karyanya yang telah diadaptasi kedalam filem dan siri
pendek. Novel berkaitan Jason Bourne berasal daripada 3 buah novel (The Bourne
Trilogy series) yang berjaya dihasilkan oleh Robert Ludlum iaitu, The Bourne Identity (1980),
The Bourne Supremacy (1986)
& The
Bourne Ultimatum (1990). Namun, setelah kematiannya, novel
tersebut telah diteruskan oleh Eric Van Lustbader. Setelah banyak novel yang
telah diterbitkan, Lustbader meengambil keputusan untuk berhenti menulis novel
tersebut ketika sedang menghasilkan siri novel bertajuk The Bourne Nemesis. Brian
Freeman dipilih untuk meneruskan siri novel itu. Novel The Bourne Nemesis oleh
Lustbader tidak berjaya disiapkan dan diterbitkan. Terdapat 16 Novel yang telah
diterbitkan pada keseluruhnnya.
Boleh menonton di:
- Netflix
- Prime Video (Amazon)
- Hulu.com
- HBO Max
REVIEW (Ulasan)
Terbaik! Filem ini sangat menarik untuk ditonton. Kalau anda
merupakan peminat filem aksi, filem ini amatlah sesuai untuk ditonton. Ia penuh
dengan aksi yang hebat dan menarik. Sememangnya sesuai dengan pencapaian filem
ini sebagai antara filem berkaitan ‘hitman/assassination’ yang
memperoleh paling banyak hasil kutipan. Kelima-lima siri Jason Bourne
dilakonkan dengan amat hebat oleh Matt Damon, kecuali The Bourne Legacy, kerna
ia lebih menfokuskan tentang ‘side story’ siri ini. Para pelakon yang
lain juga tidak kurang hebatnya. Jalan cerita yang dipaparkan tidak terlalu
rumit untuk difahami dan tidak membosankan. Secara keseluruhan untuk
kelima-lima siri filem Jason Bourne, H.I berikan ‘rating’ sebanyak 9.8/10.
Selamat menonton. Jumpa lagi. Cau luh.
TRAILER : The Bourne Identity (2002)
TRAILER : The Bourne Supremacy (2004)
TRAILER : The Bourne Ultimatum (2007)
TRAILER : The Bourne Legacy (2012)
TRAILER : Jason Bourne (2016)
Artikel Berkaitan :
Ford Vs Ferrari (2019) – Born of A Demon Car And A Legend
Before I Fall (2017) – How Will You Live Your Last Day?
Tomorrow I Will Date With Yesterday's You (2016) – The Most Beautiful Love Story
15+ IQ Krachoot (2017) – Hormone Of Teenage Kick Out
0 Comments