![]() |
Ford Vs Ferrari mengisahkan tentang bagaimana dua buah syarikat gergasi dalam pembuatan kereta bersaing dalam perlumbaan kereta. Walaupun begitu, ia lebih menfokuskan tentang kisah Ken Miles, seorang bekas pelumba kereta profesional.
![]() |
Sumber : bloomberg.com |
Ford Motor Company merancang untuk menyertai perlumbaan kereta, 24 Hours of Le Mans, sebagai langkah untuk meningkatkan hasil jualan kereta. Mereka cuba untuk medapatkan kereta daripada Ferrari namun gagal membuat perjanjian bersama Ferrari, malah mereka diejek oleh Enzo Ferrari. Hal tersebut membuatkan Henry Ford II, pewaris dan Presiden Ford Motor mengarahkan kumpulannya untuk mengalahkan pesaingnya iaitu Ferrari, dalam perlumbaan 24 Hours of Le Mans.
![]() |
Sumber : latimes.com |
Lee Iacocca, Timbalan Presiden Ford Motor, diberikan kepercayan untuk menjayakan projek menghasilkan sebuah kereta lumba yang baru untuk mengalahkan Ferrari. Lacocca mencari dan mendapatkan kepakaran Carroll Shelby, pemilik syarikat menjual kereta bernama Shelby American. Shelby juga merupakan seorang bekas pelumba kereta yang mana pernah memenangi pertandingan Le Mans pada 1959. Disebabkan oleh masalah jantungnya, dia terpaksa bersara dari dunia perlumbaan.
![]() |
Sumber : theguardian.com |
Selepas itu, Shelby mula mengumpulkan beberapa orang bagi menyiapkan projek tersebut. Shelby mengajak kawannya, Ken Miles, seorang bekas pelumba kereta yang mempunyai sifat baran dan kini sedang bergelut dengan masalah bengkelnya.
![]() |
Sumber : decider.com |
Dengan pertolongan dan kepakaran yang dimiliki oleh Ken
Miles dan Shelby, mereka berdua mula mecipta sebuah kereta lumba yang baru
dengan nama GT40 Mk. Dalam proses mereka mencipta kereta lumba tersebut, terdapat campur tangan orang atasan yang tidak berpuas hati dengan projek tersebut serta penglibatan Ken Miles. Apakah langkah yang akan dilakukan oleh mereka berdua? Bagaimanakah kesudahan perlumbaan kereta 24 Hours of Le Mans yang sangat
dinanti-nantikan?
LATAR BELAKANG
Ford Vs Ferrari atau turut dikenali sebagai Le Mans '66, merupakan sebuah filem English, bergenre Sejarah-Biografi-Sukan-Drama yang diterbitkan pada tahun 2019. Pengarah filem ini ialah James Mangold dan dilakonkan oleh dua orang pelakon yang sangat hebat iaitu Matt Damon sebagai Carroll Shelby, Christian Bale sebagai Ken Miles serta ramai lagi. Ia berdurasi 2 jam 32 minit.
![]() |
Sumber : mycarquest.com |
Filem ini telah tersenarai dalam banyak kategori di pelbagai
‘film festival’ dan telah memenangi beberapa daripadanya. Anataranya
termasuklah Best Film Editing dan Best Sound Editing di Academy
Awards pada tahun 2020 serta Best
Actor – Motion Picture Drama (Christian Bale) di Satellite Awards pada
tahun 2019.
Boleh
Menonton di:
REVIEW (Ulasan)
Terbaik! Filem ini merupakan antara filem yang sangat hebat. Ia penuh dengan aksi pelumbaan yang sangat memberikan debaran kepada para penonton. Terdapat komen dari penonon yang menyatakan bahawa filem ini mengandungi lebih aksi perlumbaan kereta berbanding Fast & Furious dan ada juga yang menyatakan bahawa filem ini adalah filem berkaitan perlumbaan kereta yang sebenar, tidak berkait dengan hal-hal yang lain seperti filem telah dinyatakan di atas.
![]() |
Sumber : caranddriver.com |
Dari segi lakonan, sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa kedua-dua pelakon utama sangat menyerlah dengan hasil lakonan yang amat mantap sekali. Mereka sangat menjiwai watak. Hal ini turut dapat dilihat pada persembahan pelakon-pelakon yang lain. Filem ini bertambah menarik dengan hasil suntingan, ditambah dengan musik yang sangat serasi dengan perjalanan cerita. Ia memberikan penonton emosi yang sangat hebat.
![]() |
Sumber : icantunseethatmovie.com |
Secara keseluruhannya, H.I berikan ‘rating’ sebanyak 10/10.
Filem ini teramat hebat dan menarik untuk ditonton oleh semua. Ia mempunyai
pengajaran yang terselit buat penonton.
Selamat menonton. Jumpa lagi. Cau luh.
TRAILER :
Artikel Berkaitan :
Before I Fall (2017) – How Will You Live Your Last Day?
The Theory of Everything (2014) – The Extraordinary Story of Jane and Stephen Hawking
About Time (2013) – Changing The Past Is Not A Solution
Big Brother (2018) – When Ex-Military Become A Teacher
0 Comments