![]() |
Pada zaman kini, kita dapat melihat banyak teknologi yang
berkembang dengan begitu pesat seiring perkembangan dan kemajuan zaman.
Kebanyakan daripada teknologi kini menfokuskan pada pengguna awam terutamanya hal
yang berkait dengan telefon pintar, termasuklah aplikasi yang boleh digunakan
melaluinya. Maka, wujudlah banyak kumpulan-kumpulan yang ingin dan cuba untuk
mencipta aplikasi mereka sendiri. Namun, ia bukanlah sesuatu yang mudah.
App War mengisahkan tentang 2 kumpulan yang cuba untuk mencipta aplikasi mereka sendiri (Start-Up). Bomb dan June merupakan antara pengasas kepada aplikasi telefon yang sedang berusaha untuk menerbitkan aplikasi mereka yang tersendiri.
![]() |
Sumber : amazon.com |
Suatu malam, Bomb terserempak dengan June di sebuah kedai makan kegemarannya, secara kebetulan. Mereka berdua mula mengenali di antara satu sama lain. Bomb mengetahui bahawa kedai makan tersebut juga kedai kegemaran June. Mereka berdua mula menyedari bahawa mereka berdua mempunyai sangat banyak persamaan.
![]() |
Sumber : nontoners.com |
Malam yang sangat mengiburkan dan penuh kegembiraan bagi mereka berdua itu mendatangkan idea untuk mencipta sebuah aplikasi yang baru dengan kongsep yang sama, iaitu “find people in common". Dengan itu, wujudlah "Inviter" dan "Amjoin".
![]() |
Sumber : imdb.com |
“Inviter” merupakan kumpulan ‘start-up’ yang diketuai oleh Bomb. Apabila mereka mencuba menerbitkan aplikasi mereka buat pertama kali sebagai percubaan, terdapat aplikasi yang sama di ‘store’. Dalam dunia perniagaan, hal sebegitu merupakan sebuah persaingan. Apabila disiasat, Bomb mengetahui bahawa pesaingnya adalah wanita yang dikenalinya di kedai makan pada malam tersebut, iaitu June. June, ketua kepada kumpulan “Amjoin”, juga mengetahui bahawa pesaingnya adalah Bomb. Sejak dari itu, mereka menjadi pesaing.
![]() |
Sumber : imdb.com |
National Startup Thailand league, bakal diadakan tidak lama
lagi. Kedua-dua kumpulan, "Inviter" dan "Amjoin" berusaha
sedaya-upaya untuk merebut hadiah yang bernilai 100-million Thai baht. Hal itu
membuatkan kedua-dua kumpulan mereka menggunakan pendekatan yang sama tanpa
diketahui oleh kedua-dua pihak. Mereka menghantar pengintip untuk mendapatkan
maklumat di antara satu sama lain. Langkah tersebut mendatangkan sesuatu yang
berharga sebagai cagaran. Hubungan di antara mereka menjadi taruhan. Siapakah
yang akan memenangi pertandingan tersebut?
LATAR BELAKANG
App War merupakan sebuah filem Thailand bergenre Comedy-Romantic-Drama yang diterbitkan pada tahun 2018. Pengarah filem ini ialah Yanyong Kuruangkura dan dilakonkan oleh Nat Kitcharit sebagai Bomb, JingJing Varitsara Yu sebagai June, Too Sirat Intarachote sebagai Tai serta ramai lagi. Ia berdurasi 2 jam 11 minit.
![]() |
Sumber : kompasiana.com |
Boleh
Menonton di:
REVIEW (Ulasan)
Filem ini sangat menarik untuk ditonton. Tidak banyak yang boleh H.I perkatakan, namun, ia tidaklah mempunyai kekurangan yang sangat ketara, hanya sedikit-sedikit sahaja. Maklumlah, setiap perkara pasti ada kekurangannya.
![]() |
Sumber : freddythefox.net |
Filem ini memaparkan bagaimana perjalanan sesebuah aplikasi (start-up) diterbitkan. Ia juga memaparkan tentang sisi persaingan yang sememangnya akan wujud di dalam bidang tersebut. Daripada persaingan yang dipaparkan itu, terdapat pengajaran yang baik untuk dijadikan sebagai panduan untuk kita dalam melalui proses persaingan.
![]() |
Sumber : bangkokpost.com |
Hasil lakonan yang ditonjolkan oleh para pelakon amat baik
sekali. Terdapat babak yang penuh emosi yang mana mungkin turut akan mempengaruhi
emosi para penonton.
Secara keseluruhan, H.I berikan ‘rating’ sebanyak 8.5/10.
Filem ini banyak adengan comedi yang sememangnya kelakar dan menghiburkan hati.
Selamat menonton. Jumpa lagi. Cau luh.
TRAILER :
Artikel Berkaitan :
Must Watch Thailand Movie List – Comedy, Romantic, Drama, Sad
Ford Vs Ferrari (2019) – Born of A Demon Car And A Legend
Miss Granny – Original Film and 7 Remake Versions
Me Before You (2016) – Loving Can Hurt Sometimes
0 Comments