Ticker

6/random/ticker-posts

Header Ads Widget

15+ IQ Krachoot (2017) – Hormone Of Teenage Kick Out | NATCA

Pada satu tahap usia, manusia akan melalui fasa akil baligh (puberty). Usia seseorang itu mengalami fasa ini adalah berbeza bergantung pada individu tersebut. Apabila mencapai fasa ini, diri individu tersebut mula menampakkan perubahan pada suara, tingkah laku, fizikal badan dan sebagainya. Hal ini disebabkan oleh hormon yang dirembeskan. Hormon-hormon yang dirembeskan ini menjadi faktor perubahan yang ditonjolkan. 

Sumber : mustcn.xyz

15+ IQ Krachoot mengisahkan tentang beberapa orang remaja sekolah menengah. Pada usia 15 tahun, mereka mula tertarik dengan pelbagai perkara termasuklah hal-hal yang melibatkan tentang cinta dan seks. Sifat ingin tahu tentang hal-hal tersebut mula membuak dalam diri mereka. Hal ini membuatkan mereka ingin mencuba pelbagai perkara yang menjadi tanda tanya dan misteri. Namun, adakah perbuatan yang dilakukan oleh mereka akan mendatangkan masalah yang besar? Bagaimanakah perkara ini mampu mengubah diri mereka? 

Sumber : tix.vn

 

LATAR BELAKANG

15+ IQ Krachoot atau juga dikenali sebagai 15+ Coming of Age (15+ ไอคิวกระฉูด) merupakan sebuah filem Thailand, bergenre Romantic-Komedi yang diterbitkan pada tahun 2017. Pengarah filem ini ialah Napat Jitweerapat, Aswanai Klin-Eiam dan Artwanun Klinaiem. Ia dilakonkan oleh Yorch Yongsin Wongpanitnont sebagai Chaladlert, Ploy Ploynarin Sornarin sebagai Sudarat dan ramai lagi. Ia berdurasi 1 jam 44 minit. 

Sumber : biodatasid.blogspot.com

Sumber : mydramalist.com

Boleh Menonton di:

 

 

REVIEW (Ulasan)

Akil baligh (puberty) bukanlah sesuatu yang asing dalam kehidupan. Ianya adalah satu proses yang akan dilalui dalam menuju alam dewasa. Filem ini cuba mengetengahkan isu tersebut. Kita dapat lihat beberapa penerangan ringkas berkaitan hal ini dan juga hal-hal berkaitan seks. Ianya adalah sebahagian daripada Pendidikan Seks (sex education). Meskipun terdapat beberapa paparan yang agak tidak menyenangkan, namun filem ini tetap mempunyai ilmu dan pendedahan yang cuba disampaikan. 

Sumber : sanook.com

Dari segi lakonan pula, para pelakon membawa watak masing-masing dengan sangat baik. Setiap watak difahami serta dihayati oleh para pelakon. Ia menjadikan filem ini menghiburkan untuk ditonton, ditambah dengan aksi lawak yang dipaparkan. 

Sumber : netflix.com

Secara keseluruhannya, H.I berikan ‘rating’ sebanyak 8.5/10. Pastikan anda berumur 15 tahun dan ke atas jika ingin menonton filem ini.

Selamat menonton. Jumpa lagi. Cau luh.


 

TRAILER :

 

Artikel Berkaitan :

Most Suitable To Watch In Conjunction With Teachers’ Day (Film & Series)

App War (2018) – 2 Apps Can’t Be In The Same Store

Ford Vs Ferrari (2019) – Born of A Demon Car And A Legend

Back To The 90’s (2015) – Love That Is Never Out Dated


Post a Comment

0 Comments