![]() |
Tiada apa yang sempurna di dunia ini meskipun manusia
diciptakan paling sempurna jika dibandingkan dengan yang lain. Manusia tetap
mempunyai kelemahan yang tersendiri bergantung pada individu tersebut. Ada yang
menggunakan kelemahan tersebut sebagai alasan di atas kegagalan diri. Namun,
terdapat juga golongan yang menjadikan kelemahan diri mereka sebagai kunci
kepada kejayaan yang dimiliki.
Hichki mengisahkan tentang seorang wanita yang menukar kelemahannya menjadi sebuah kekuatan yang hebat buat dirinya. Wanita tersebut bernama Naina Mathur. Naina mempunyai kelulusan B.Ed. dan M.Sc dalam bidang Pendidikan. Walaupun dengan kelulusan tersebut, dia tetap mengalami kesukaran untuk mendapatkan kerja sebagai seorang pendidik. Hal itu kerana dia mempunyai penyakit Sindrom Tourette (Tourette syndrome) yang mana menyebabkan dia menghasilkan bunyi seakan sedu (hiccups) yang tidak dapat dikawal.
![]() |
Sumber : wionews.com |
Setelah melalui banyak temuduga, Naina menerima tawaran sebagai seorang guru di sebuah sekolah elit, Sekolah St. Notker. Apabila dia menjadi guru di sana, Naina menyedari bahawa dia ditugaskan untuk mengajar sebuah kelas yang terdiri daripada pelajar yang terpinggir dan selalu menimbulkan masalah.
![]() |
Sumber : bollywoodcrazies.com |
Walaupun sedemikian rupa, Naina tidak berputus asa. Dia
mencurahkan segala usaha dan tenaganya untuk mengajar pelajar-pelajar di kelas
tersebut. Dia yakin bahawa mereka akan menyedari bahawa mereka juga mempunyai
potensi diri yang tersembunyi di dalam diri mereka. Pelbagai rintangan datang
mencabar pendirian dan kekuatan Naina sebagai seorang guru. Namun begitu, dia
tetap meneruskan tanggunjawabnya untuk mengajar mereka dan membuktikan kepada
semua bahawa dia mampu serta pelajar-pelajar tersebut juga mampu untuk berjaya.
LATAR BELAKANG
Hichki merupakan sebuah filem India (Bollywood), bergenre Drama-Komedi yang diterbitkan pada tahun 2018. Pengarah filem ini ialah Siddharth P. Malhotra dan ia dilakonkan oleh Rani Mukerji sebagai Naina Mathur serta ramai lagi. Ia berdurasi 2 jam 20 minit.
![]() |
Sumber : openthemagazine.com |
Filem ini di adaptasi daripada sebuah buku autobiografi karya oleh Brad Cohen dan Lisa Wysocky yang bertajuk Front of the Class: How Tourette Syndrome Made Me The Teacher I Never Had (2005). Terdapat sebuah lagi filem yang juga diadaptasi dari buku ini, iaitu Front of the Class (2008).
![]() |
Sumber : amazon.com |
Filem ini juga telah mendapat tempat ke-8 dalam senarai ‘highest-grossing Bollywood film‘
pada tahun 2018 dengan hasil kutipan sebanyak ₹2.39 bilion Rupees (RM 136,022,654.52)
dari seluruh dunia.
Di samping itu, Rani Mukerji telah
memenangi 2 anugerah, Best Actress in a Leading Role dan Excellence
in Cinema, di Indian Film Festival of Melbourne
pada tahun 2018.
Boleh
Menonton di:
REVIEW (Ulasan)
Filem ini mengangkat tahap kesedaran penonton mengenai penyakit ‘Tourette syndrome’ sekaligus menyebarkan kesedaran tersebut kepada golongan yang tidak mengetahui akan perkara ini. Ia memaparkan bahawa, individu yang mengalami penyakit ini perlulah dilayan dengan sama rata dan mereka juga mampu melakukan kerja sebagaimana individu biasa yang lain.
![]() |
Sumber : scmp.com |
Jalan cerita filem ini berada pada tahap sederhana. Ia tidaklah mempunyai perbezaan yang sangat ketara dengan filem lain mahupun terdapat ‘plot twist’. Walaupun begitu, ia tetap menarik dan menghiburkan untuk ditonton. Apa yang agak kurang adalah, di mana filem ini terlalu menfokuskan tentang kisah dan permasalahan yang dihadapi oleh para pelajar di dalam kelas itu. Ia tidak terlalu menfokuskan akan penyakit ‘Tourette syndrome’ itu sendiri.
![]() |
Sumber : koimoi.com |
Rata-rata para penonton sangat memuji hasil lakonan yang diberikan oleh Rani Mukerji. Lokonan yang dibawa oleh Rani Mukerji sangat-sangatlah hebat dan menjiwai watak. Pada kaca mata H.I, lakonan Rani Mukerji sangatlah ‘flawless’ di mana kita dapat melihat perlakuannya amat semula jadi. Tidak kelihatan sedikitpun kelakuan yang “dibuat-buat”. Akan tetapi, terdapat juga komen yang mengatakan lakonan Rani Mukerji tengelam dek kerana jalan cerita yang agak lari fokusnya.
![]() |
Sumber : reuters.com |
Secara keseluruhannya, H.I berikan ‘rating’ sebanyak 9.5/10.
Anda sangat-sangat disarankan untuk menonton filem ini. Ia penuh dengan
pengajaran dan kesedaran yang terhidang. Anda juga tidak akan merasa sia-sia
jika menontonnya.
Selamat menonton. Jumpa lagi. Cau luh.
TRAILER :
Artikel Berkaitan :
Slumdog Millionaire (2008) - Every Moment Of His Life, Is A Clue To The Answers
English Vinglish (2012) – Diperlekehkan Kerana English?
Super 30 (2019) – Everyone Deserves A Better Education (Either They Poor or Rich)
Teacher’s Diary (2014) – Teaching Is Everything To A Teacher
0 Comments