Bucin mengisahkan tentang 4 orang jejaka, Andovi, Tommy, Jovi, dan Chandra. Mereka ini berkawan rapat. Jovi mencadangkan untuk mereka berempat mengikuti satu kelas yang dipanggil Kelas Anti Bucin. Cadangan tersebut dibuat untuk membantu mereka menangani masalah Bucin yang sedang melanda mereka.
![]() |
Sumber : kincir.com |
Apabila mereka mula mengikuti kelas tersebut, mereka berempat menyedari bahawa kelas yang diajar oleh Vania sangatlah keterlaluan (extreme) untuk mereka dari segi fisikal dan mental. Namun begitu, mereka cuba untuk meneruskan dan menamatkan kelas tersebut bagi mengatasi masalah Bucin yang membelenggu kehidupan mereka.
![]() |
Sumber : hot.detik.com |
Setelah mengikuti beberapa sesi Kelas Anti Bucin, hubungan
percintaan yang sedang dialami oleh mereka mulai menunjukkan kesan. Hubungan
percintaan mereka menjadi terganggu dan ia juga mengancam hubungan persahabatan
di antara mereka berempat. Dapatkah mereka berempat meluluskan diri dari kelas
tersebut dan mengatasi masalah Bucin mereka?
LATAR BELAKANG
Bucin ataupun juga dikenali sebagai Whipped merupakan sebuah filem Indonesia, bergenre Drama-Komedi yang diterbitkan pada tahun 2020. Pengarah filem ini ialah Chandra Liow dan ditulis oleh Jovial Da Lopez. Para pelakon terdiri daripada Andovi Da Lopez sebagai Andovi, Jovial Da Lopez sebagai Jovi, Tommy Limmm sebagai Tommy, Chandra Liow sebagai Chandra dan ramai lagi.
![]() |
Sumber : borneonews.co.id |
Tajuk filem ini diambil daripada perkataan Bucin yang
mana membawa maksud Budak Cinta. Perkataan ini dipopularkan oleh saluran
YouTube SkinnyIndonesian24 yang dimiliki oleh Andovi dan Jovial
pada tahun 2015.
Boleh
Menonton di:
REVIEWS (Ulasan)
Filem ini sangat kelakar. Ia mampu menghiburkan para penonton. Pada pandangan H.I, filem ini layak disenaraikan sebagai filem bagus. Namun begitu, ramai penoton memberikan komen dan ‘reviews’ yang menyatakan bahawa filem ini terdapat banyak kekurangan terutamanya dari segi olahan skrip dan jalan cerita. Ia dilihat kurang menarik.
![]() |
Sumber : hot.detik.com |
Dari segi lakonan pula, ia berada pada tahap yang biasa sahaja, seperti filem-filem yang lain. Ia tidaklah terlalu menonjol mahupun teruk. Skrip tersebut masih boleh dan perlu dinaik taraf lagi agar ia menjadi cerita yang mampu memberikan impak yang besar terhadap penonton, seperti mana yang dinyatakan di dalam komen beberapa penonton filem ini.
![]() |
Sumber : plotind.com |
Secara keseluruhannya, H.I berikan ‘rating’ sebanyak 8/10.
Filem ini sesuai ditonton untuk hiburan pada masa lapang.
Selamat menonton. Jumpa lagi. Cau luh.
TRAILER :
Artikel Berkaitan :
Orang Kaya Baru (2019) – Heart-warming Story Of A Family
Ajari Aku Islam (2019) – Apakah Perbezaan Kepercayaan Dan Budaya Menjadi Batu Penghalang?
Miss Granny – Original Film and 7 Remake Versions
Hichki (2018) – Turn The Weakness Into A Greatest Strength
0 Comments