![]() |
Big Brother mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Henry Chen. Dia merupakan seorang bekas tentera. Dia memohon untuk menjadi seorang guru di sebuah sekolah iaitu, Tak Chi Secondary School. Dia diarah untuk mengajar kelas 6B, kelas yang paling tercorot dan dipenuhi oleh pelajar yang bermasalah.
![]() |
Sumber : controllercompanies.com |
Pada hari pertama Henry Chen menjadi guru di kelas 6B, dia agak terkejut dengan suasana di dalam kelas tersebut. Namun begitu, dia tidak menunjukkan apa-apa reaksi, malah cuba untuk menggunakan pendekatan yang halus terhadap pelajar di kelas tersebut.
![]() |
Sumber : netflix.com |
Selapa dari hari tersebut, Henry Chen mula berjaya mengalihkan perhatian pelajar kelas 6B. Dia juga menyelidik latar belakang pelajarnya untuk lebih memahami situasi yang sedang dialami oleh mereka.
![]() |
Sumber : screenpatrols.com |
Sejak Henry Chen menjadi guru di sekolah tersebut, pelbagai
masalah dan situasi yang perlu dihadapi olehnya. Antaranya termasuklah dia
terpaksa menghadapi ancaman daripada usahawan yang tamak serta kumpulan
samsengnya dan terpaksa berurusan dengan pihak kerajaan. Dia menggunakan
pelbagai pendekatan yang terbaik untuk menyelasaikan masalah berkenaan.
Mampukah dia menyelesaikan masalah-masalah tersebut dan membantu pelajarnya
dalam pelajaran?
LATAR BELAKANG
Big Brother merupakan sebuah filem Hong Kong, bergenre Aksi-Drama yang telah diterbitkan pada tahun 2018. Pengarah kepada filem ini ialah Kam Ka-wai dan ia dilakonkan oleh Donnie Yen sebagai Henry Chen, Joe Chen sebagai Leung Wing-sum serta ramai lagi.
![]() |
Sumber : joblo.com |
Boleh
Menonton di:
REVIEW (Ulasan)
Filem ini menyampaikan mesej yang sangat mendalam berkaitan Pendidikan. Walaupun ia kelihatan agak kurang menfokuskan pada isu tersebut berbading adengan aksi yang dipaparkan, filem ini masih mempunyai mesej yang berguna untuk semua golongan masyarakat, terutamanya mereka yang terlibat dengan Pendidikan. Sistem yang hanya menfokuskan pada prestasi dan silibus pembelajaran semata-mata tidak akan memberikan manfaat kepada para pelajar. Ia juga akan lagi mendatangkan imej yang teruk apabila sistem tersebut tidak mampu membantu para pelajar untuk menyambung pelajaran mahupun mendapat tawaran kerja.
![]() |
Sumber : wellgousa.com |
Di samping itu, aksi-aksi yang ditonjolkan dalam filem ini sangat menarik, ditambah dengan hasil lakonan yang bagus daripada Donnie Yen. Ia memberikan emosi yang berbeza dengan situasi yang berlaku. Ia juga menambahkan lagi prestasi filem ini pada sudut pandangan para penonton.
![]() |
Sumber : aintitcool.com |
Secara keseluruhannya, H.I berikan ‘rating’ sebanyak 8.5/10.
Filem ini sangat sesuai untuk ditonton oleh sesiapa sahaja dan ia sangat
menghiburkan.
Selamat menonton. Jumpa lagi. Cau luh.
TRAILER :
Artikel Berkaitan :
Our Times ( Wǒ De Shàonǚ Shídài ) 2015
Super 30 (2019) – Everyone Deserves A Better Education (Either They Poor or Rich)
Teacher’s Diary (2014) – Teaching Is Everything To A Teacher
Yesterday Once More (2016) – Pursue Your Own Desired Future
1 Comments
Seminole Hard Rock Hotel & Casino, Hollywood, FL
ReplyDeleteSeminole Hard Rock 공주 출장샵 Hotel 구리 출장마사지 & Casino, Hollywood, FL - Find addresses, read reviews and 광명 출장샵 request a quote. Search by 남양주 출장샵 ZIP or city. Book your 순천 출장마사지 stay today.