Ticker

6/random/ticker-posts

Header Ads Widget

Before I Fall (2017) – How Will You Live Your Last Day? | NATCA

Dalam kehidupan ini, perkataan “peluang kedua” amatlah sinonim dengan setiap orang meskipun tidak semua yang dapat merasainya. Terdapat juga insan-insan terpilih yang diberikan kesempatan untuk merasai peluang ketiga dan seterusnya. Namun begitu, tidak kiralah berapa kali pun jua peluang yang terbentang dihadapan kita, hanya satu persoalan yang menjadi tanda tanya. Bagaimanakah anda ingin melalui saat-saat berharga dalam kehidupan anda dengan memanfaatkan peluang yang diberikan?

Before I Fall mengisahkan tentang seorang pelajar (perempuan) sekolah menengah bernama Samantha Kingston. Sam mempunyai kehidupan yang penuh sempurna, kawan yang sempurna, teman lelaki yang sempurna (kacak) dan sebagainya. 

Sumber : loganbushey.com

Lalu, segalanya berubah pada suatu malam. Pada malam tersebut, Sam menyertai sebuah majlis (party). Ditakdirkan, dia terlibat dalam sebuah kemalangan. Sam terbangun dari tidurnya pada suatu pagi yang mana tidak akan ada masa hadapan untuknya. Sam mula merasakan bahawa dia sedang mengalami hari yang telah dilaluinya sebelum ini seakan seperti berlakunya ‘déjà vu’. 

Sumber : michigandaily.com

Setelah menyedari bahawa dia terperangkap dalam fenomena di mana dia akan melalui hari yang sama berulang-ulang kali, Sam mula mempersoalkan sama ada hari yang dialaminya itu tidak cukup sempurna seperti mana hari-hari yang sebelumnya. Kemudian, dia mula memahami keadaanyan yang dialaminya. 

Sumber : mtv.com

Sejak dari saat itu, Sam mempelajari akan kuasa dan erti untuk membuatkan setiap hari adalah hari yang penuh dengan makna, bukan sahaja buat dirinya sendiri, malah untuk orang-orang yang berada di sekelilingnya. Mampukah Sam membuat perbezaan terhadap mereka sebelum dia kesuntukan masa?

 

LATAR BELAKANG

Before I Fall merupakan sebuah filem English bergenre Misteri-Drama yang diterbitkan pada tahun 2017. Filem ini diarah oleh Ry Russo-Young dan dilakonkan oleh Zoey Deutch sebagai Samantha Kingston, Halston Sage sebagai Lindsay Edgecombe, Logan Miller sebagai Kent McFuller, Kian Lawley sebagai Rob Cokran dan ramai lagi. Ia berdurasi 1 jam 39 minit. 

Sumber : pinterest.com

Filem ini diadaptasi daripada sebuah novel terkenal dengan tajuk yang sama, Before I Fall (2010), hasil karya oleh Lauren Oliver

Sumber : goodreads.com

Boleh Menonton di:

 

 

REVIEW (Ulasan) 

Sumber : redwoodbark.org

Filem ini mengajar sesuatu yang sangat besar dan bermakna. Setiap yang bernyawa, pasti akan menemui ajal. Namun, terdapat beberapa perkara yang akan membezakan di antara individu dan kehidupan mereka. Antaranya termasuklah bagaimana mereka melalui hari-hari dalam kehidupan mereka, memilih dan membuat perubahan terhadap kehidupan tersebut, bukan sahaja terhadap diri mereka sendiri, tetapi untuk orang lain juga. 

Sumber : rogerebert.com

Secara keseluruhannya, H.I berikan ‘rating’ sebanyak 8.8/10. Kita tidak akan pernah menyedari situasi dan keadaan orang yang berada di sekeliling kita, jika kita tidak memilih untuk berbuat sedemikian rupa.

Selamat menonton. Jumpa lagi. Cau luh. 


TRAILER :

 

Artikel Berkaitan :

Me Before You (2016) – Loving Can Hurt Sometimes

The Man Who Knew Infinity (2015) - Great Knowledge Comes From Humblest of Origins

Tomorrow I Will Date With Yesterday's You (2016) – The Most Beautiful Love Story

The Theory of Everything (2014) – The Extraordinary Story of Jane and Stephen Hawking


Post a Comment

0 Comments