![]() |
Back To The 90’s mengisahkan tentang Kong, seorang remaja lelaki pada tahun 2014. Ketika Kong sedang menuju ke biliknya, dia terdengar satu bunyi datang dari bilik stor. Apabila dia memasuki stor tersebut, dia terjumpa sebuah alat elektronik (gajet) dan terdapat beberapa album gambar milik ayahnya. Tertera sesuatu di skrin gajet tersebut seakan-akan sebuah mesej. Kong melayari ‘internet’ untuk mengetahui tentang gajet tersebut. Gajet tersebut merupakan sebuah alat komunikasi yang dipanggil ‘pager’ berjenama Paclink.
![]() |
Kong terdengar satu pertengkaran di antara kedua-dua ibu dan ayahnya. Ibu dan ayahnya berhenti bertengkar sebaik sahaja mengetahui kelakuan mereka disaksikan oleh Kong. Ibunya berlalu pergi masuk ke bilik. Kong menghampiri ayahnnya dan menunjukkan sekeping gambar yang menjadi salah satu faktor pertengkaran tersebut.
![]() |
Kong berlalu pergi keluar dari rumah. Dia menelefon kawannya
lalu hujan turun membasahi. Dia berlindung di sebuah pondok telefon di hadapan
rumahnya. Di sebabkan ribut yang sedang melanda, taliannya terputus.
Tiba-tiba, sebuah mesej diterima oleh Kong melalui gajet yang dijumpainya sebelum ini. Mesej itu meminta agar menelefon kembali nombor yang tertera. Kong menggunakan telefon di pondok itu untuk menghubungi nombor tersebut.
![]() |
Sumber : flixwatch.co |
Kong seakan baru tersedar lalu mendapati seorang perempuan sedang menggunakan telefon di pondok telefon. Perempuan tersebut terkejut dengan kehadiran Kong lalu melarikan diri. Apabila Kong cuba mengejar, dia mendapati bahawa keadaan di luar sangat berbeza dari yang sepatutnya. Setelah bertanya di sebuah kedai runcit, Kong menyedari bahawa dia telah dibawa ke tahun 1995.
![]() |
Sumber : rlsbb.ru |
Setelah itu, Kong bertekad untuk membantu membaiki
perhubungan di antara ibu dan ayahnya pada zaman tersebut. Kong mengambil
langkah tersebut dengan mencuba untuk mengalihkan perhatian Som, kawan ayahnya
sejak dari kecil. Disebabkan itu, Kong menyedari bahawa dia terjatuh hati
terhadap Som.
LATAR BELAKANG
Back To The 90’s merupakan sebuah filem Thailand, bergenre Romantik-Komedi yang diterbitkan pada tahun 2015. Pengarah filem ini ialah Yanyong Kuruangkura dan ia dilakonkan oleh Baifern Pimchanok Luevisadpaibul sebagai Som, Aaron Ramnarong sebagai Kong, Vaan Chanintorn Jitpreeda sebagai Tum (muda) dan ramai lagi. Ia berdurasi 1 jam 51 minit.
![]() |
Sumber : amazon.com |
Boleh
Menonton di:
REVIEW (Ulasan)
Filem ini berkaitan dengan ‘time travel’. Ia membawa anda ke zaman di mana telefon pintar dan laman sosial masih lagi belum menjadi fenomena dunia. Pasangan yang bercinta akan menggunakan cara yang dikira agak romantik untuk berhubung dengan si buah hati. Interaksi di antara individu juga lebih banyak berbanding hanya berinteraksi melalui telefon pintar seperti zaman sekarang.
![]() |
Sumber : idntimes.com |
Jika anda meminati filem Crazy Little Thing Called Love (2010), sepastinya anda juga akan menyukai filem ini. Antara faktor yang membuatkan anda menyukai filem ini adalah kerana pelakon utama perempuan adalah individu yang sama iaitu Baifern Pimchanok Luevisadpaibul. Lakonannya sangat bagus termasuklah lakonan oleh pelakon-pelakon yang lain.
![]() |
Sumber : netflix.com |
Musik dan lagu-lagu yang digunakan dalam filem ini juga sangat menarik. Ia boleh membuatkan penonton jatuh cinta dengan lagu-lagu tersebut. Filem ini juga diwarnai dengan unsur lawak yang menghiburkan.
![]() |
Sumber : madmovieman.com |
Secara keseluruhnnya, H.I berikan ‘rating’ sebanyak 8/10.
Filem ini tidak akan mensia-siakan para penonton. Ia amat menghiburkan untuk
ditonton dan menghayati mesej yang cuba di sampaikan.
Selamat menonton. Jumpa lagi. Cau luh.
TRAILER :
Artikel Berkaitan :
Crazy Little Thing Called Love (a.k.a First Love) 2010 – The Most Typical Love Story Yet The Best
Let Me Eat Your Pancreas (Live-Action) 2017 - This Title Will Definitely Move You To Tears
Tomorrow I Will Date With Yesterday's You (2016) – The Most Beautiful Love Story
Heart Attack (2015) – Would You Rather ‘Work Hard’ or ‘Love Hard’?
0 Comments