Ticker

6/random/ticker-posts

Header Ads Widget

The Man Who Knew Infinity (2015) - Great Knowledge Comes From Humblest of Origins | NATCA

The Man Who Knew Infinity mengisahkan tentang seorang lelaki berbangsa India, Srinivasa Ramanujan yang mempunyai kebijaksanaan dalam bidang Matematik. Ramanujan merupakan seorang kerani di sebuah syarikat yang menyediakan khidmat penghantaran. Dia datang daripada sebuah keluarga yang agak miskin. Dia tinggal bersama seorang isteri dan juga ibunya di sebuah rumah yang agak usang. 

Sumber : filmandtvnow.com

Ramanujan sangat meminati akan Matematik. Meskipun dia tidak mendapat Pendidikan yang sesuai, dia tidak mengabaikan minatnya terhadap Matematik. Dia belajar sendiri tentang Matematik. 

Sumber : finnkino.fi

Untuk mengejar cita-citanya, dia mengambil keputusan untuk menghantar sepucuk surat kepada  G.H. Hardy, seorang ahli Matematik yang terkenal di University of Cambridge. Hardy teruja dengan bakat yang dimiliki oleh Ramanujan. Hardy menjemput Ramanujan ke University of Cambridge untuk menerokai teori-teori yang dimiliki oleh Ramanujan. 

Sumber : filmreviewsfromtwoguysinthedark.blogspot.com

Ramanujan menerima surat jemputan yang dihantar oleh Hardy. Dia mengambil keputusan untuk menerima jemputan tersebut. Dia terpaksa meninggalkan kampung halaman serta negaranya demi mencapai cita-citanya. Isteri dan ibunya terpaksa berpisah denganya untuk beberapa tahun. 

Sumber : wired.com

Setelah tiba di Cambridge, Hardy bersetuju untuk membantu Ramanujan dalam menerbitkan teori-teori yang dimilikinya. Hardy meminta Ramanujan untuk mengikuti kelas di sana untuk membantunya dalam peroses membuktikan teorinya. Sepanjang kehidupan Ramanujan di sana, dia disisihkan oleh pelajar serta pengajar yang lain. Diskriminasi yang dialami oleh Ramanujan sangat hebat. Dia sering dibuli dan diejek oleh golongan bangsa di sana. Hal ini kerana kepandaian dan juga dia berbangsa India.

 

LATAR BELAKANG

The Man Who Knew Infinity merupakan sebuah filem English, bergenre Biografi-Drama yang diterbitkan pada tahun 2015. Pengarah filem ini ialah Matthew Brown dan ia dilakonkan oleh Dev Patel sebagai Srinivasa Ramanujan, Jeremy Irons sebagai G. H. Hardy, Devika Bhise sebagai Janaki (isteri Ramanujan) dan ramai lagi. Ia berdurasi 1 jam 54 minit. 

Sumber : thehollywood360.com

Filem ini diadaptasi daripada sebuah buku bertajuk The Man Who Knew Infinity hasil karya Robert Kanigel. Buku tersebut menceritakan tentang kisah benar kehidupan seorang ahli Matematik yang terkenal iaitu Srinivasa Ramanujan yang tinggal di MadrasIndia. Beliau membesar di sana dalam keadaan yang agak miskin. Kemudiannya berjaya masuk ke University of Cambridge sewaktu Perang Dunia I. Walaupun hanya dengan jangka hayatnya yang pendek, beliau telah menyumbang pelbagai karya yang mana menjadi tunjang dalam bidang Matematik yang masih diguna pakai sehingga hari ini. Beliau telah meninggal dunia pada 26 April 1920 ketika masih berusia 32 tahun. 

Sumber : goodreads.com

Boleh Menonton di:

 

 

REVIEW (Ulasan)

Filem ini memaparkan sebuah lagi kisah seorang individu yang sangat berjasa kepada dunia hari ini. Ia sedikit sebanyak memyampaikan inspirasi kepada para penonton. Perjalanan dalam mencapai sesuatu bukanlah jalan yang mudah dan ia memerlukan ketabahan yang tinggi. 

Sumber : seattletimes.com

Jika dibandingkan dengan beberapa filem biografi yang lain seperti A Beautiful Mind (2001) dan The Imitation Game (2014), filem ini agak kurang dari segi hasil lakonan dan juga penyampaian. Walaupun ia dibarisi oleh para pelakon yang hebat, namun, emosi yang ada dalam filem ini agak lemah. Ia tidak mencapai tahap yang tinggi seperti filem-filem yang lain. 

Sumber : sbs.com.au

Secara keseluruhannya, H.I berikan ‘rating’ sebanyak 7.9/10. Filem ini menghiburkan untuk ditonton meskipun tahap lakonan agak kurang sedikit. Ia mempunyai banyak isnpirasi dan juga nilai murni yang bagus untuk diterapkan dalam kehidupan.

Selamat menonton. Jumpa lagi. Cau luh.

 

TRAILER :

 

Artikel Berkaitan :

A Beautiful Mind (2001) – Life Journey Of A Great Mathematician

The Imitation Game (2014) – Behind Every Code Is An Enigma

The Theory of Everything (2014) – The Extraordinary Story of Jane and Stephen Hawking

Snowden (2016) – You Will Cover Your Camera After Watching This Film


Post a Comment

0 Comments