![]() |
Slumdog Millionaire mengisahkan tentang seorang
lelaki berumur 18 tahun bernama Jamal Malik. Jamal datang dari sebuah kawasan ‘slum’
di Mumbai. Dia membesar di sana.
Jamal menyertai sebuah rancangan yang sangat terkenal di India iaitu "Who Wants To Be A Millionaire?". Dia perlu menjawab soalan-soalan yang diberikan untuk membolehkannya melangkah ke pusingan yang seterusnya sambil memenangi sejumlah wang mengikut tahap. Rancangan ini disaksikan oleh berjuta-juta penonton dari seluruh negara India.
![]() |
Sumber : oklahoman.com |
Setelah menjawab pelbagai soalan, kini, tibalah masa untuk
Jamal menjawab soalan terakhir untuk membolehkan dia mendapat hadiah wang
berjumlah 20 Juta Rupees (RM 1,134,009.85). Namun, sebelum itu, dia dituduh
menipu dalam rancangan tersebut. Dia ditangkap oleh polis dan disoal siasat
dengan menggunakan kekerasan serta paksaan. Mampukah dia menjawab soalan
terakhir itu?
LATAR BELAKANG
Slumdog Millionaire merupakan sebuah filem India, bergenre Drama-Romantik yang diterbitkan pada tahun 2008. Pengarah filem ini ialah Danny Boyle dan ia dilakonkan oleh Dev Patel sebagai Jamal Malik, Freida Pinto sebagai Latika dan ramai lagi. Filem ini diadaptasi daripada sebuah novel yang bertajuk Q & A (2005) hasil karya oleh Vikas Swarup. Ia berdurasi 2 jam 3 minit.
![]() |
Sumber : bbc.co.uk |
Filem ini agak tidak mendapat sambutan ketika di awal
penerbitannya. Namun, ia mendapat sambutan yang sangat-sangat hebat dari
penonton di seluruh dunia setelah ia ditayangkan di Telluride Film Festival dan kemudiannya di Toronto International Film
Festival serta London Film Festival.
Filem ini telah dicalonkan di Academy Awards in 2009 lalu mengutip sebanyak 8
anugerah termasuklah Best Picture, Best Director dan Best Adapted Screenplay. Terdapat
juga beberapa anugerah dari ‘film festival’ yang lain.
Boleh
Menonton di:
REVIEW (Ulasan)
Filem ini merupakan sebuah filem ‘masterpiece’. Ia mempunyai pelbagai unsur yang sangat menarik dan menghiburkan. Di samping itu, ia juga mempunyai nilai-nilai yang bagus bagi membuka minda serta pandangan para penonton.
![]() |
Sumber : blendspace.com |
Sesuai dengan anugerah yang diperoleh, filem ini memaparkan kualiti yang sangat hebat. Hasil lakonan yang diberikan oleh para pelakon sangat menyerlah. Tidak terkecuali perkara-perkara yang lain termasuklah musik dan teknikal yang lain.
![]() |
Sumber : cinemaexpress.com |
Secara keseluruhnnya, H.I berikan ‘rating’ sebanyak 10/10.
Kita dapat lihat bagaimana soalan-soalan yang ditujukan sangat berkait rapat
dengan perjalanan hidup yang dilalui oleh Jamal Malik. Kesusahan dan keperitan
yang dilaluinya mendorong kemampuannya untuk menjawab soalan yang diberikan.
Selamat menonton. Jumpa lagi. Cau luh.
TRAILER :
Artikel Berkaitan :
The Man Who Knew Infinity (2015) - Great Knowledge Comes From Humblest of Origins
English Vinglish (2012) – Diperlekehkan Kerana English?
Super 30 (2019) – Everyone Deserves A Better Education (Either They Poor or Rich)
Rang De Basanti 2006 (Film Review)
0 Comments