![]() |
Bayangkan, anda dibesarkan dan hidup dalam sebuah keluarga
yang biasa, tidak kaya dan tidak terlalu miskin. Suatu hari, anda mendapat satu
berita yang menyatakan bahawa ayah anda mewariskan harta yang sangat banyak.
Apakah yang anda akan lakukan dengan kekayaan tersebut?
Orang Kaya Baru mengisahkan tentang sebuah sekeluarga biasa yang terdiri daripada 5 orang anak-beranak, Ibu, Bapak, Duta (abang), Tika (kakak) dan Dodi (adik). Mereka tinggal di sebuah rumah yang kecil dan hidup dengan ala kadar, hanya sekadar cukup. Walaupun mereka hidup dalam keadaan ala kadar sahaja, mereka melalui hari-hari yang penuh dengan kegembiraan dan keceriaan dalam hidup mereka. Mereka bergelak ketawa bersama, makan, berborak dan banyak lagi perkara yang dilakukan bersama sebagai sebuah keluarga yang bahagia.
![]() |
Sumber : gempak.com |
Ditakdirkan, Bapak mereka meninggal dunia ketika sedang beristirehat di hadapan rumah sambil mendengar lagu. Kejadian tersebut meninggalkan satu kesan yang sangat mendalam terhadap keluarga mereka. Bapak yang menjadi tempat mereka bergantung, kini sudah tiada lagi. Mereka sangat sedih dan ditambah dengan kerisauan tentang kos pembelajaran Tika dan yuran persekolahan Dodi.
![]() |
Sumber : anisafirdausi.com |
Beberapa hari selepas kematian Bapak, datang dua orang wakil Peguam untuk menyampaikan wasiat Bapak. Mereka menonton video yang dirakam oleh Bapak ketika masih hidup. Di dalam video tersebut, Bapak mendedahkan bahawa dia merupakan pewaris daripada sebuah keluarga yang kaya. Harta yang dimilikinya akan diwariskan kepada mereka berempat. Dia juga menyatakan beberapa syarat. Berita tersebut sangat mengejutkan sehingga membuatkan mereka tidak tahu untuk berbuat apa.
![]() |
Sumber : anisafirdausi.com |
Setelah berbincang antara mereka berempat. Mereka bersetuju untuk membelanjakannya dengan membeli apa sahaja yang diingini. Maka, bermulalah episod baru dalam kehidupan mereka sebagai orang kaya baru. Mereka akan mendapat wang tambahan jika mereka sudah berjaya menghabiskan wang yang telah diberikan.
![]() |
Sumber : aimanabdullah.com |
Kehidupan mereka yang baru dengan kekayaan yang banyak
membuatkan mereka mulai melupakan tentang nilai kekeluargaan. Mereka menjadi
sibuk dengan hal masing-masing dan tidak lagi makan bersama-sama. Apakah akan
terjadi dengan kehidupan mereka sebagai orang kaya baru?
LATAR BELAKANG
Orang Kaya Baru merupakan sebuah filem Indonesia, bergenre Komedi-Drama berkisahkan kekeluargaan yang diterbitkan pada tahun 2019. Pengarah filem ini ialah Ody C. Harahap dan dilakonkan oleh Lukman Sardi sebagai Bapak, Cut Mini sebagai Ibu, Derby Romero sebagai Duta, Raline Shah sebagai Tika dan Fatih Unru sebagai Dodi. Ia berdurasi 1 jam 36 minit.
![]() |
Sumber : idntimes.com |
Boleh
Menonton di:
REVIEW (Ulasan)
Filem ini menyajikan kepada penonton dengan pelbagai unsur untuk tontonan. Anda tidak akan merasa rugi untuk mengeluarkan sedikit kos untuk mendapatkan hiburan yang boleh dikatakan sangat menyeluruh. Dengan menonton hanya satu filem ini, anda akan mendapat hiburan dalam bentuk lawak, sedih, pengajaran dan beberapa perkara yang lain.
![]() |
Sumber : aimanabdullah.com |
Semua penonton filem ini mengatakan bahawa filem ini sangat lawak. Ia akan membuatkan anda ketawa terhibur sepanjang filem. Amaran awal, jangan menonton seorang diri, nanti orang akan menganggap kita sudah gila kerana ketawa sendirian terus.
![]() |
Sumber : itslove.id |
Jalan cerita filem ini agak berlainan daripada filem lain.
Anda mungkin boleh meramal apa yang akan berlaku, tetapi mungkin juga akan
salah meramal. Jalan ceritanya dapat difahami oleh semua golongan. Ia tidak
rumit untuk diikuti, sesuailah dengan kategori PG13 yang diberikan.
Nilai murni dan pengajaran yang terdapat di dalam filem ini sangatlah mendalam. Ia memberikan kita kesedaran untuk mencerminkan diri kita. Memang benar bahawa wang dapat membeli banyak perkara, namun wang tidak sepastinya dapat membeli kebahagian. Bak kata Bapak di dalam filem ini, “Uang, kalau dikit, cukup. Kalau banyak, nggak cukup”.
![]() |
Secara keseluruhannya, H.I tidak teragak-agak untuk
memberikan ‘rating’ sebanyak 10/10. Filem ini sangat berkualiti
dan bermanfaat untuk tontonan umum.
Selamat menonton. Jumpa lagi. Cau luh.
Bagi membantu anda menonton filem ini, ‘link’ untuk
menonton secara ‘streaming’ atau ‘download’ disediakan di bawah.
TRAILER :
Artikel Berkaitan :
English Vinglish (2012) – Diperlekehkan Kerana English?
Yesterday Once More (2016) – Pursue Your Own Desired Future
Our Times ( Wǒ De Shàonǚ Shídài ) 2015
Hello Stranger (2010) – Will You Fall In Love Even Not Knowing Each Other
0 Comments