![]() |
Pernahkah anda mendengar tentang dunia selari (parallel
universe)? Adakah anda mempercayai dan merasakan bahawa ‘parallel
universe’ sememannya wujud ataupun tidak?
Tomorrow I Will Date With Yesterday's You mengisahkan tentang dua orang individu bernama Minamiyama Takatoshi dan Fukuju Emi. Takatoshi merupakan seorang pelajar dalam bidang Seni di sebuah universiti di Kyoto.
![]() |
Sumber : imdb.com |
Suatu hari, Takatoshi ternampak seorang wanita ketika menaiki kereta api untuk menuju ke kelas. Wanita tersebut bernama Emi. Dia terpikat dengan Emi pada pandangan pertama. Apabila turun daripada kereta api tersebut, dia memberanikan diri untuk menegur Emi. Emi membalas teguran Takatoshi dan menyatakan bahawa mereka akan berjumpa lagi, sebelum meminta diri.
![]() |
Sumber : scmp.com |
Pada keesokan hari, Takatoshi ditegur oleh Emi ketika sedang melukis di sebuah zoo. Mereka berborak mesra. Selepas hari tersebut, mereka mula menjadi rapat. Ketika mereka sedang keluar bersama, Takatoshi mengambil keputusan untuk meluahkan perasaanya terhadap Emi. Emi menerima luahan perasaan Takatoshi dan mereka menjadi pasangan kekasih bermula saat itu.
![]() |
Sumber : imdb.com |
Ditakdirkan, Takatoshi terbaca sebuah buku catatan milik Emi
yang tertinggal di biliknya. Buku catatan tersebut menjadi titik perubahan
terhadap ikatan kasih di antara mereka berdua. Takatoshi mempelajari satu
rahsia yang sangat besar berkaitan Emi setelah mendengar penjelasan yang
diberikan oleh Emi mengenai buku catatan tersebut.
LATAR BELAKANG
Tomorrow I Will Date With Yesterday's You (Boku wa Ashita, Kinou no Kimi to Date Suru) atau juga dikenali sebagai My Tomorrow, Your Yesterday merupakan sebuah filem Jepun, bergenre Romantik-Drama yang diterbitkan pada tahun 2016. Pengarah filem ini ialah Takahiro Miki dan dilakonkan oleh Sota Fukushi sebagai Minamiyama Takatoshi, Nana Komatsu sebagai Fukuju Emi dan beberapa orang lagi. Ia berdurasi 1 jam 51 minit.
![]() |
Sumber : scifijapan.com |
Filem ini diadaptasi daripada sebuah novel terkenal dengan tajuk yang sama iaitu, Boku wa Ashita, Kinou no Kimi to Date Suru hasil tulisan oleh Takafumi Nanatsuki. Terdapat juga versi manga yang diterbitkan dengan tajuk yang sama.
![]() |
Novel (Sumber : forums.j-novel.club) |
![]() |
Manga (Sumber : mangadex.org) |
Boleh
Menonton di:
REVIEW (Ulasan)
Jika anda menonton filem ini tanpa melihat ‘trailer’ atau membaca sinopsis mahupun membaca ‘review’, anda pasti akan mengalami sedikit kesukaran untuk memahami jalan cerita filem ini pada bahagian awal cerita. H.I menonton filem ini tanpa mengetahui apa-apa berkaitan filem ini, membuatkan H.I terpaksa menumpukan perhatian yang sangat mendalam untuk mengikuti perkara yang berlaku dan perlu berfikir untuk memahami apa yang sedang berlaku. Bermula di pertengahan cerita, barulah jalan cerita filem ini dapat difahami dan mengerti akan punca serta sebab kejadian yang dipaparkan itu boleh berlaku.
![]() |
Sumber : medium.com |
Pada permulaan cerita, anda pasti tertanya-tanya kenapa watak Emi sering kali mengalirkan air mata. Ia membuatkan anda tertanya-tanya akan perkara itu ataupun anda merasakan ia hanyalah perwatakan yang dimiliki oleh Emi. Namun, setelah mengikuti hampir keseluruhan cerita, hal ini akan bertukar tempat, di mana penonton pula akan mengalirkan air mata. Jika anda tidak mengalirkan air mata, mungkin hati anda terlalu keras ataupun penghayatan anda terhadap filem ini terlalu rendah. Jadi, sebagai nasihat awal, sediakan tisu yang banyak sebelum menonton filem ini.
![]() |
Sumber : scmp.com |
Hasil lakonan yang ditunjukkan oleh para pelakon sangat hebat. Watak yang dibawa dilihat sangat dihayati oleh para pelakon. Ia boleh dilihat pada lakonan oleh kedua-dua watak utama. Watak Emi yang dibawa oleh Nana Komatsu sangatlah sesuai.
![]() |
Sumber : aminoapps.com |
Secara keseluruhannya, H.I berikan ‘rating’ sebanyak 10/10.
Filem ini sangat hebat dari pelbagai sudut. Ia mempunyai jalan cerita yang menarik
lagi unik. Tidak dilupakan, ia amatlah sedih sehingga mampu membuatkan anda
mengalirkan air mata yang banyak.
Selamat menonton. Jumpa lagi. Cau luh.
TRAILER :
Artikel Berkaitan :
Heart Attack (2015) – Would You Rather ‘Work Hard’ or ‘Love Hard’?
Nodame Cantabile – The Best Classical Music Anime
About Time (2013) – Changing The Past Is Not A Solution
Me Before You (2016) – Loving Can Hurt Sometimes
0 Comments