![]() |
Let Me Eat Your Pancreas mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Shiga Haruki. Haruki merupakan seorang guru di sebuah sekolah. Dia pernah menjadi pelajar di sekolah tersebut ketika masih di sekolah menengah. Dia diminta menjadi penyelia untuk peroses pemindahan buku-buku yang terdapat di perpustakaan. Perpustakaan tersebut perlu dirobohkan kerana sudah usang dan tidak selamat untuk digunakan.
![]() |
Sumber : filmyangkutonton.wordpress.com |
Ketika Haruki
memasuki perpustakaan tersebut, dia seakan ternampak bayangan seorang pelajar
perempuan yang dikenalinya. Dia mengejar pelajar tersebut lalu terkenang akan
ingatanya pada zaman persekolahan. Pelajar perempuan tersebut bernama Yamauchi
Sakura.
Haruki teringat kenagan sewaktu pertama kali dia bercakap dengan Sakura kerana dia merupakan seorang yang pendiam dan suka menyendiri ketika di sekolah dahulu. Ketika itu, Haruki sedang menunggu di di hospital. Dia ternampak sebuah buku yang terjatuh di atas lantai. Dia mengambil buku tersebut lalu memeriksanya untuk mengetahui pemilik buku tersebut. Dia ternampak sebuah tajuk pada buku tersebut yang bertulis “Disease Coexistence Journal”. Dia membelek buku tersebut lalu terbaca kandungan yang dilihat seperti sebuah diari. Dia membacanya dan mengetahui bahawa pemilik buku tersebut mempunyai penyakit ‘pancreas’ dan akan meninggal tidak lama lagi.
![]() |
Sumber : twitter.com |
Satu suara menyapa dari belakang Haruki. Terlihat Sakura sedang berada dibelakangnya. Sakura menyatakan bahawa buku tersebut miliknya. Walaupun disahkan dengan penyakit yang membawa maut, namun, tidak kelihatan sedikitpun kerisauan malah hanya senyuman yang manis diberikan oleh Sakura.
![]() |
Sumber : straitstimes.com |
Sejak daripada
kejadian tersebut, kehidupan Haruki yang tenang dan tidak dikacau oleh
sesiapapun sudah tidak lagi seperti sebelumnya. Sakura sering datang dan
berborak dengannya ketika dia sedang berada di perpustakaan. Sakura mengajak
Haruki untuk menemaninya melakukan pelbagai aktiviti. Hubungan mereka menjadi
rapat. Haruki mulai menerima kehadiran Sakura didalam hidupnya yang kesunyian.
Mereka meluangkan banyak masa yang berbaki bersama.
LATAR BELAKANG
Let Me Eat Your Pancreas atau juga dikenali sebagai Kimi no Suizo wo Tabetai (I Want To Eat Your Pancreas) merupakan sebuah filem Jepun, bergenre Romantik-Drama yang diterbitkan pada tahun 2017. Pengarah kepada filem ini ialah Tsukikawa Sho dan ia dilakonkan oleh Kitamura Takumi sebagai Shiga Haruki, Hamabe Minami sebagai Yamauchi Sakura dan beberapa pelakon yang lain. Ia berdurasi 1 jam 55 minit.
![]() |
Sumber : japanesestation.com |
Filem ini diadaptasi ke dalam bentuk filem ‘live-action’ berdasarkan sebuah novel dengan tajuk yang sama, I Want to Eat Your Pancreas (2015) hasil karya oleh Yoru Sumino. Filem ini juga diterbitkan dalam versi animasi (anime) pada tahun 2018 dengan tajuk yang sama, I Want To Eat Your Pancreas (Kimi no Suizo wo Tabetai). Ia juga terdapat dalam bentuk Manga, masih dengan tajuk yang sama.
![]() |
Novel (Sumber : blackandyellowotakugamers.com) |
![]() |
Anime (Sumber : m.imdb.com) |
![]() |
Manga (Sumber : blackandyellowotakugamers.com) |
Filem ini telah dicalonkan dalam banyak kategori di beberapa ‘film festival’. Namun, hanya beberapa anugerah sahaja yang dapat dimiliki. Kebanyakannya datang daripada pencalonan pelakon utama terutamanya Hamabe Minami. Hamabe Minami berjaya memperoleh anugerah ‘Best Newcomer’ di 42nd Hochi Film Award, 30th Nikkan Sports Film Award dan 41st Japan Academy Prize.
Boleh
Menonton di:
REVIEW (Ulasan)
Pada pandangan pertama, tajuk filem ini memberikan anda bayangan bahawa filem ini berkaitan sesuatu yang seram atau ‘thriller’. Jangan sesekali tertipu dengan tajuk filem ini. Kisah yang terdapat dalam filem ini sangat jauh berbeza dengan ‘first impression’ anda. Ia bukanlah filem seram, tetapi ia penuh dengan kisah yang akan membuatkan anda mengalirkan air mata. Jadi, sebagai nasihat awal, sediakan tisu sebelum menonton.
![]() |
Sumber : blackandyellowotakugamers.com |
Jalan cerita filem ini sangat menarik. Ia bertambah menarik dengan hasil lakonan yang sangat hebat oleh para pelakon terutamanya Hamabe Minami. Tidak hairanlah dia mampu meraih anugerah ‘Best Newcomer’. Tidak dilupakan, Hamabe Minami juga sangatlah comel dalam filem ini. (masih tidak boleh ‘move-on’, hehe)
![]() |
Sumber : m.imdb.com |
Secara keseluruhannya, H.I berikan ‘rating’ sebanyak 10/10.
Filem ini amatlah hebat dan dihiasi dengan musik yang indah. Ia penuh dengan
emosi dan sepastinya akan membuatkan para penonton mengalirkan air mata. Tajuk
filem ini mampu memaparkan penipuan yang besar. Sememangnya filem ini sebuah ‘masterpiece’!
Selamat menonton. Jumpa lagi. Cau luh.
TRAILER :
Artikel Berkaitan :
I Want To Eat Your Pancreas (Anime) 2018 – Don’t Be Deceived By The Title
Nodame Cantabile – The Best Classical Music Anime
Tomorrow I Will Date With Yesterday's You (2016) – The Most Beautiful Love Story
Detective Conan Main Storyline – Black Organization
0 Comments