Ticker

6/random/ticker-posts

Header Ads Widget

I Want To Eat Your Pancreas (Anime) 2018 – Don’t Be Deceived By The Title | NATCA

I Want To Eat Your Pancreas mengisahkan tentang dua orang pelajar sekolah menengah, Yamauchi Sakura dan Shiga Haruki. Haruki merupakan seorang pelajar lelaki yang tidak suka bersosial seperti pelajar yang lain. Dia suka menyendiri dan melakukan aktivitinya berseorangan terutamanya membaca buku. Dia mempunyai hobi membaca dan banyak masa diluangkan di perpustakaan sebagai sukarelawan. Manakala, Sakura merupakan seorang pelajar perempuan yang sangat ceria dan periang. 

Sumber : wall.alphacoders.com

Suatu hari, ketika Haruki sedang menunggu di hospital, dia ternampak sebuah buku yang ditinggalkan di atas tempat duduk. Dia mengambil buku tersebut lalu memeriksanya untuk mengetahui pemilik buku tersebut. Dia ternampak sebuah tajuk pada buku tersebut yang bertulis “Living with Dying”. Dia membelek-belek isi kandungan lalu terbaca tentang “pancreas” dan “mati”. Tiba-tiba, satu suara menyapa dari belakang menyatakan bahawa buku tersebut miliknya. Apabila Haruki melalingkan muka, dia ternampak Sakura sedang berdiri dibelakangnya. 

Sumber : wallpaperaccess.com

Sakura memberitahu bahawa ‘pancreas’ dia sudah tidak berfungsi lagi. Hal itu akan menyebabkan dia akan mati. Haruki membalas dengan bersahaja seperti tidak menghiraukan sedikitpun akan perkara tersebut.

Pada keesokannya, Sakura mendekati Haruki ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah. Dia meminta Haruki untuk merahsiakan akan penyakit yang sedang dialaminya. Haruki bersetuju untuk menyimpan rahsia tersebut. Dalam masa yang sama, Sakura menyatakan hasratnya untuk berkawan dengan Haruki. 

Sumber : wallpaperaccess.com

Setelah kejadian tersebut, Sakura sering datang berborak dengan Haruki. Malahan, Sakura juga menyertai sebagai sukarelawan di perpustakaan hanya untuk lebih mendekati Haruki. Sakura juga mengajak Haruki menemaninya melakukan pelbagai perkara termasuklah menemani ke kafe dan juga melancong. 

Sumber : wallpaperaccess.com

Seiring dengan waktu berlalu, Haruki mula membuka hatinya untuk menerima kehadiran Sakura di dalam hidupnya yang selama ini hanya berseorangan. Seiringan dengan itu juga, keadaan Sakura bertambah buruk. 

 

LATAR BELAKANG

I Want To Eat Your Pancreas (Kimi no Suizo wo Tabetai) atau juga dikenali sebagai Let Me Eat Your Pancreas merupakan sebuah filem animasi (anime) Jepun, bergenre Romantik-Drama yang diterbitkan pada tahun 2018. Pengarah filem ini ialah Shinichirou Ushijima, manakala pelakon suara terdiri daripada Mahiro Takasugi sebagai Shiga Haruki, Lynn sebagai Yamauchi Sakura dan beberapa orang lagi. Ia berdurasi 1 jam 48 minit. 

Sumber : trakt.tv

Filem ini diadaptasi daripada sebuah novel dengan tajuk yang sama, I Want to Eat Your Pancreas (2015) hasil karya oleh Yoru Sumino. Filem ini juga diterbitkan dalam versi ‘live-action’ pada tahun 2017 dengan tajuk yang sama, Let Me Eat Your Pancreas (Kimi no Suizo wo Tabetai). Ia juga terdapat dalam bentuk Manga, juga dengan tajuk yang sama. 

Novel (Sumber : blackandyellowotakugamers.com)

Manga (Sumber : blackandyellowotakugamers.com)

Live-Action Film (Sumber : blackandyellowotakugamers.com)

Boleh Menonton di:

 

 

REVIEW (Ulasan)

Tajuk filem ini sangat mengelirukan para penonton. Sesiapa yang tidak mengetahui apa-apa berkaitan filem ini, sepastinya merasaka bahawa filem ini mempunyai kisah yang seram ataupun ‘thriller’. Malangnya, ia tidaklah sebegitu rupa. Filem ini merupakan sebuah filem yang romantik dan menyenangkan untuk ditonton. Jangan tertipu dengan tajuknya. 

Sumber : wallpaperaccess.com

Jalan cerita filem ini amatlah menarik. Ia mempunyai keunikannya yang tersendiri jika dibandingkan dengan filem yang lain. Sekiranya dibandingkan dengan filem versi ‘live-action’, H.I dapat simpulkan bahawa ia mempunyai 3/4 persamaan. Hal ini sepastinya tidak asing kerana ia adalah sebuah filem adaptasi dari novel yang sama. Sememangnya tunjang utama jalan cerita akan banyak persamaan. 

Sumber : wallpaperaccess.com

Bagi perbezaan pula, antara yang ketara adalah bagaimana filem ini dipersembahkan kepada penonton. Ia mengambil kira kehebatan pengarah, para pelakon serta krew-krew yang lain untuk memastikan perbezaan ini akan membuatkan filem ini berjaya dan mendapat tempat di hati para penonton. Tidak dilupakan, filem ini juga akan membuatkan anda mengalirkan air mata. Ia sangatlah sedih. Akan tetapi, pada pendapat H.I, filem ini sedikittt kurang tahap kesedihannya berbanding versi ‘live-action’. Tidak banyak perbezaan sangat dari segi kesedihan. Mungkin kerana H.I menonton filem versi ‘live-action’ terlebih dahulu, menjadi faktor yang menyumbang kepada rumusan ini. Anda mungkin mempunyai pendapat yang berlainan setelah menonton sendiri kedua-dua filem ini. 

Sumber : wallpaperaccess.com

Tajuk kepada filem ini sangatlah ikonik dan penuh simbolik. Ucapan “I want to eat your pancreas” menjadi pembuka kepada filem ini. Ia juga akan mengacau emosi anda seiring dengan perjalanan cerita. Anda akan memahaminya setelah menonton versi Anime ini. 

Sumber : wallpaperaccess.com

Secara keseluruhannya, H.I berikan ‘rating’ sebanyak 10/10. Pengakhiran filem ini jauh berbeza dengan filem versi ‘live-action’. Terdapat ‘plot-twist’ yang menunggu anda.

Selamat menonton. Jumpa lagi. Cau luh.

 

TRAILER :

 

Artikel Berkaitan :

Let Me Eat Your Pancreas (Live-Action) 2017 - This Title Will Definitely Move You To Tears

Tomorrow I Will Date With Yesterday's You (2016) – The Most Beautiful Love Story

Nodame Cantabile – The Best Classical Music Anime And Film

Detective Conan Main Storyline – Black Organization


Post a Comment

0 Comments