![]() |
Dalam proses menuju alam dewasa, setiap orang akan melalui
pelbagai situasi termasuklah situasi yang akan membuatkan diri merasai
kegembiraaan dan kesedihan. Kejadian dan situasi seperti inilah yang akan
mewarnai dan menjadikan kita lebih matang untuk menghadapi halangan yang
terbentang di perjalanan hidup yang masih berbaki.
Hormones (2008) mengisahkan tentang kehidupan beberapa kumpulan pelajar sekolah dan universiti semasa cuti sekolah. Filem ini terdiri daripada gabungan 4 kisah romantik yang dialami oleh 4 kumpulan yang berbeza-beza.
![]() |
Sumber : mgprinzl.com |
Antara kisah yang terpapar termasuklah kisah Pu dan Mai yang berebut untuk mendapatkan Nana, rakan lama mereka.
![]() |
Sumber : mgprinzl.com |
Di samping itu, Jo, seorang pelajar lelaki yang kurang bersosial, jatuh cinta terhadap seorang pelajar perempuan yang terkenal bernama Cee.
![]() |
Sumber : mgprinzl.com |
Selain itu, Oh lek, seorang pelajar sekolah (perempuan), sedang dalam alam kemaruk cinta terhadap artis sensasi Taiwan bernama Didi.
![]() |
Sumber : mgprinzl.com |
Sementara itu, Hern, seorang pelajar universiti, bercadang
untuk menduakan teman wanitanya, Nual, selepas berkenalan dengan seorang
pelancong dari Jepun bernama Aoi.
Apakah kesudahan bagi keempat-empat kisah mereka?
LATAR BELAKANG
Hormones (2008) merupakan sebuah filem Thailand, bergenre Romantik-Komedi-Remaja yang diterbitkan pada tahun 2008. Pengarah filem ini ialah Songyos Sugmakanan dan ia dilakonkan oleh Charlie Trairat (Pu), Sirachuch Chienthaworn (Mai), Ungsumalynn Sirapatsakmetha (Nana), Ratchu Surachalas (Jo), Chutima Teepanat (Cee), Focus Jirakul (Oh Lek), Chantawit Thanasewee (Hern), Thaniya Ummaritchoti (Nual) dan Sora Aoi (Aoi). Ia berdurasi 2 jam 2 minit.
![]() |
Sumber : babytorrent.ms |
Pengarah filem ini, Songyos Sugmakanan
mengakui bahawa dia terinspirasi dengan format sebuah filem Romantik-Komedi
Bristish bertajuk Love Actually.
Di samping itu, pihak penerbitan filem ini berusaha untuk
tidak menimbulkan kontroversi kerana terdapat penampilan oleh Sora Aoi. Sora
Aoi merupakan seorang pelakon filem dewasa (adult film) dari Jepun. Oleh itu,
nama Sora Aoi tidak dipaparkan di dalam ‘trailer’ meskipun dia muncul di
dalamnya. Songyos Sugmakanan juga menyatakan bahawa adengan di mana Aoi muncul
adalah berdasarkan satu kejadian benar yang dialami oleh kawannya.
Terdapat juga siri drama bersiri yang diterbitkan dengan tajuk Hormones: The Series pada tahun 2013. Siri ini kemudiannya disambung dengan siri ke-2 pada tahun 2014 dan siri ke-3 pada tahun 2015.
![]() |
Sumber : fodaseosdireitos.blogspot.com |
![]() |
Sumber : pinterest.com |
![]() |
Sumber : aminoapps.com |
Filem ini juga telah memenangi beberapa anugerah di beberapa
‘film festival’.
Boleh
Menonton di:
REVIEW (Ulasan)
Dengan menonton filem ini, anda seperti menonton 4 filem dengan harga satu tiket filem. Format seperti filem ini tidak terlalu terkenal di mata para penonton. Tidak banyak filem yang menggunakan format ini berjaya memperoleh keuntungan yang tinggi jika dibandingkan dengan format filem-filem yang lain.
![]() |
Sumber : forums.soompi.com |
Namun begitu, filem ini tidak akan menghampakan anda sebegai
penonton. Ia sangat menghiburkan untuk dijadikan bahan tontonan. Ia dihiasi
dengan pelbagai unsur termasuklah unsur romantik, komedi dan tidak dilupakan
sedikit unsur berkaitan seks.
Secara keseluruhannya, H.I berikan ‘rating’ sebanyak 8/10.
Selamat menonton. Jumpa lagi. Cau luh.
TRAILER :
Artikel Berkaitan :
A Beautiful Mind (2001) – Life Journey Of A Great Mathematician
Super 30 (2019) – Everyone Deserves A Better Education (Either They Poor or Rich)
The Social Dilemma (2020) – Untold Truth About Another Side Of Social Media
Snowden (2016) – You Will Cover Your Camera After Watching This Film
0 Comments