Ticker

6/random/ticker-posts

Header Ads Widget

Heart Attack (2015) – Would You Rather ‘Work Hard’ or ‘Love Hard’? | NATCA


Pekerjaan sebagai seorang ‘Freelancer’ bukanlah satu pekerjaan yang mudah. Ia tidak mengikut waktu kerja (waktu pejabat) seperti pekerjaan lain. Ia terpulang kepada diri sendiri sebagai seorang ‘Freelancer’ untuk mengambil masa selama mana yang mungkin mengikut kehendak dan kemampuan diri. Namun begitu, kerja yang diperoleh perlulah disiapkan sebelum tiba tarikh akhir (due date).

Heart Attack mengisahkan tentang Yoon, seorang lelaki berusia 30, paling sibuk yang bekerja sebagai ‘freelancer’ dalam bidang pereka grafik (graphic designer). Dia merupakan seorang yang suka melihat kalendarnya dipenuhi dengan ‘due date’ kerja dan gemar mengambil kerja-kerja yang perlu disiapkan dengan kadar segera. 

Sumber : piecsmakow.pl

Oleh disebabkan perangai Yoon yang suka fokus akan menyiapkan kerjanya, ditambah pula dengan kerja yang tidak pernah habis, dia tidak mengambil kisah akan penjagaan diri. Perkara itu telah menyebabkan dia mengalami kegatalan dan ‘rashes’ mula menimbul di seluruh badannya.

Yoon mengambil keputusan untuk pergi ke hospital bagi membuat pemeriksaan. Di sana, dia berjumpa dengan seorang doktor bernama Doktor Imm. Doktor Imm membuat pemeriksaan ke atas diri Yoon. Doktor Imm memberikannya ubat dan langkah-langkah yang perlu diikut oleh Yoon bagi menghilangkan ‘rashes’ di badannya. Ketika pemeriksaan berlangsung, Yoon seakan terpikat dengan Doktor Imm. 

Sumber : cinema-adrift.com

Sumber : moviebuff.com

Selepas kejadian tersebut, rutin harian Yoon mulai berubah. Dia tidak lagi berjaga malam. Hal itu membuatkan banyak kerja yang diterimanya tergendala. Apakah langkah yang akan diambil oleh Yoon? Adakah dia akan mendahului kerjanya atau menjaga kesihatannya dan apakah yang akan dilakukan Yoon untuk berjumpa lagi dengan Doktor Imm?

 

LATAR BELAKANG

Heart Attack atau nama lainnya adalah Freelance: Ham puay... Ham phak... Ham rak mor, merupakan sebuah filem Thailand, bergenre Romantik-Drama yang diterbitkan pada tahun 2015. Pengarah dan penulis filem ini ialah Nawapol Thamrongrattanarit. Para pelakon dibarisi oleh Sunny Suwanmethanon (Yoon), Davika Hoorne (Doktor Imm), Violette Wautier (Je) dan Torpong Chantabubph (Peng). Ia berdurasi 2 jam 12 minit. 

Sumber : imdb.com

Boleh Menonton di:

 

 

REVIEW (Ulasan)

Jika dilihat, walaupun jalan cerita filem ini berbeza dengan filem lain, namun ia tidaklah terlalu menarik tetapi tidak pula terlalu membosankan. Ia berada di paras sederhana sahaja. Filem ini mempunyai kelebihan pada unsur lain seperti teknikal dan penyampaian oleh pengarah. Namun begitu, penonton tetap akan terhibur dengan filem ini meskipun terdapat lohong pada jalan cerita. 

Sumber : letterboxd.com

Filem ini memaparkan bagaimana kehidupan seorang ‘freelancer’ dan seorang yang kuat bekerja (workaholic). Dedikasi dan hasil kerja menjadi faktor terpenting untuk seorang ‘freelancer’. Pelanggan akan beralih kepada ‘freelancer’ yang lain jika diberikan hasil kerja yang tidak memuaskan hati mereka. Hal ini membuatkan banyak tenaga dan masa perlu digunakan untuk memastikan kualiti hasil kerja terjamin dan tekal. 

Sumber : moviebuff.com

Secara keseluruhannya, H.I berikan ‘rating’ sebanyak 8/10. Kisah romantik di dalam filem ini sangat berbeza daripada kisah romantik yang biasa dipaparkan dalam filem yang lain.

Selamat menonton. Jumpa lagi. Cau luh. 

  

TRAILER :

 

Artikel Berkaitan :

Hormones (2008) - Restless Hearts During School Break

Inspirational Story of Manjhi - The Mountain Man

The Fifth Estate - The World's Most Dangerous Website

Hello Stranger (2010) – Will You Fall In Love Even Not Knowing Each Other


Post a Comment

0 Comments