Ticker

6/random/ticker-posts

Header Ads Widget

Crazy Little Thing Called Love (a.k.a First Love) 2010 – The Most Typical Love Story Yet The Best | NATCA

‘First Love’ akan dialami oleh setiap manusia kecuali mereka yang menemui ajal terlebih dahulu. Ada yang dapat bersama dengan Cinta Pertama mereka, begitu juga yang tidak. Ramai dikalangan kita yang merasai cinta untuk beberapa kali sebelum menemui yang ditakdirkan. Akan tetapi, cinta pertama adalah yang paling berbeza dan istimewa. Cinta yang datang kemudian tidak akan sesekali sama seperti yang pertama.

Crazy Little Thing Called Love mengisahkan tentang seorang pelajar perempuan sekolah menengah berusia 14 tahun yang bernama Nam. Nam merupakan seorang pelajar yang biasa sahaja. Penampilannya juga hanyalah biasa-biasa sahaja. Dia menyimpan sebuah perasaan terhadap seorang pelajar lelaki bernama Shone. 

Sumber : netflix.com

Shone merupakan seorang pelajar yang paling terkenal di sekolah. Dia mempunyai rupa yang hensem, penampilan yang menarik, baik hati dan kelihatan sempurna, yang mana perkara tersebut membuatkan semua pelajar perempuan yang lain tergila-gilakannya. 

Sumber : wallpapers.fansshare.com

Kawan-kawan Nam membantunya untuk membuatkan Shone jatuh cinta dengannya. Mereka melakukan pelbagai cara untuk menarik perhatian Shone terhadap Nam. Mereka cuba mengubah penampilan Nam agar kelihatan lebih menarik. Mereka juga berusaha mencerahkan kulit Nam. Walaupun dengan melakukan pelbagai cara tersebut, mampukah Nam meluahkan perasaanya kepada Shone? 

Sumber : itsallaboutmanga.blogspot.com


LATAR BELAKANG

Crazy Little Thing Called Love (Sing lek lek tee reak wa rak) atau juga dikenali sebagai First Love merupakan sebuah filem Thailand, bergenre Romantik-Komedi yang diterbitkan pada tahun 2010. Pengarah filem ini ialah Puttipong Pormsaka Na-Sakonnakorn dan Wasin Pokpong serta dilakonkan oleh Mario Maurer sebagai Shone, Pimchanok Luevisadpaibul (Baifern) sebagai Nam dan ramai lagi. Ia berdurasi 1 jam 58 minit. 

Sumber : iamkinowei.wordpress.com

Filem ini tidak berapa hangat dan terkenal semasa di awal penerbitannya. Filem ini menjadi terkenal dan mendapat sambutan yang sangat hebat pada tahun 2011, di tahun kemudiannya. Filem ini juga telah memenangi banyak anugerah. Antaranya termasuklah ‘Best Movie of the Year’, ‘Favorite Film Actor’ dan ‘Favorite Film Rising Star Female’ di Top Awards pada tahun 2010. Pada tahun 2011 pula, anatara anugerah yang diperoleh adalah ‘Film of the Year’ dan ‘Actress in a Leading Role’ di Thailand Film Festival Awards.

Boleh Menonton di:

 

 

REVIEW (Ulasan)

Pernahkah anda jatuh cinta sewaktu masih bersekolah? Adakah ia adalah cinta pertama anda? H.I yakin bahawa sebilangan besar daripada kita pernah mengalami akan pengalaman sebegini. Seperti mana yang dipaparkan dalam ‘trailer’, 89% yang menonton ‘trailer’ tersebut pernah melalui pengalaman sebegini. Mungkin, hanya sebilangan kecil dari generasi zaman sekarang yang dapat merasai pengalaman ini. 

Sumber : geeknama.com

Filem ini antara filem yang sangat terkenal ketika di zaman persekolahan dahulu. Ia menjadi perbualan ramai dan kebanyakan pelajar perempuan meminati pelakon Mario Maurer. Filem ini sangat dekat dengan jiwa penonton. Ia memaparkan realiti yang sememangnya dialami oleh seseorang pelajar. 

Sumber : fareastfilm.com

Secara keseluruhannya, H.I berikan ‘rating’ sebanyak 10/10. Walaupun ia mempunyai kisah yang sangat-sangat ‘typical’, namun jalan cerita filem ini amat menarik dan menghiburkan. Ia dihiasai oleh hasil lakonan yang hebat serta lawak yang menggelikan hati penonton. Ia juga penuh dengan nostalgia zaman persekolahan.

Selamat menonton. Jumpa lagi. Cau luh. 


TRAILER :

 

Artikel Berkaitan :

Heart Attack (2015) – Would You Rather ‘Work Hard’ or ‘Love Hard’?

Let Me Eat Your Pancreas (Live-Action) 2017 - This Title Will Definitely Move You To Tears

Tomorrow I Will Date With Yesterday's You (2016) – The Most Beautiful Love Story

Hello Stranger (2010) – Will You Fall In Love Even Not Knowing Each Other


Post a Comment

0 Comments