Ticker

6/random/ticker-posts

Header Ads Widget

Ajari Aku Islam (2019) – Apakah Perbezaan Kepercayaan Dan Budaya Menjadi Batu Penghalang? | NATCA

Ajari Aku Islam mengisahkan tentang seorang pemuda berketurunan Tionghoa Medan bernama Kenny. Kenny terpikat dengan Fidya, seorang gadis Muslim Batak – Melayu yang solehah. Mereka berjumpa buat pertama kali di persimpangan lampu isyarat, ketika Fidya sedang menjual sambil mengutip sumbangan. 

Sumber : tiaarasapphire.blogspot.com

Selepas hari tersebut, Kenny pergi menemui Fidya. Dia menunggu Fidya di hadapan sebuah masjid. Kenny meminta Fidya untuk membuatnya jatuh cinta dengan Islam seperti dia jatuh cinta dengan Fidya. Fidya menyuruh Kenny membeli dan membaca beberapa buah buku untuk memahami tentang Islam. 

Sumber : rollodepelicula.com

Seiring waktu berlalu, mereka berdua menjadi semakin rapat. Bapa kepada Fidya mengetahui akan hubungan di antara Fidya dan Kenny, begitu juga orang tua Kenny. Orang tua kedua-dua belah pihak tidak bersetuju dan melarang perhubungan di antara mereka berdua. Hal ini kerana perbezaan kepercayaan, agama dan budaya yang diamalkan oleh kedua-dua pihak. 

Sumber : tiaarasapphire.blogspot.com

Dalam masa yang sama, ibu bapa Kenny meminta Kenny untuk menikahi gadis pilihan yang sudah diaturkan. Manakala, cinta lama Fidya telah pulang dari kuliahnya dalam bidang agama di Turki. Hal tersebut membuatkan mereka berbolak-balik, sama ada ingin mengikuti kata hati atau agama. Jadi, siapakah yang akan menjadi pilihan Kenny? Siapa pula yang menjadi pilihan Fidya?

 

LATAR BELAKANG

Ajari Aku Islam merupakan sebuah filem Indonesia, bergenre Keagamaan-Drama yang diterbitkan pada tahun 2019. Pengarah filem ini ialah Deni Pusung dan dilakonkan oleh Roger Danuarta sebagai Kenny, Cut Meyriska sebagai Fidya dan ramai lagi. Ia bedurasi 1 jam 33 minit. 

Sumber : medanheadlines.com

Filem ini diadaptasi daripada kisah benar yang dialami oleh Jaymes Rianto. Jaymes Rianto juga merupakan penerbit kepada filem ini. Selain itu, di alam nyata, Roger Danuarta dan Cut Meyriska merupakan sebuah pasangan suami isteri. Filem ini juga dirakam di sekitar Medan, Indonesia.

Boleh Menonton di :

- Nexflix

- Iflix

 

REVIEW (Ulasan)

Jika dibaca sinopsis filem ini, sepastinya anda akan merasakan bahawa filem ini agak biasa (typical). Hal ini kerana ia mempunyai jalan cerita yang seakan sama dengan filem-filem yang pernah diterbitkan sebelum ini. Jalan cerita filem ini juga dilihat seperti boleh diramal oleh penonton. Namun begitu, hasil persembahan dan olahan filem ini agak menarik berbanding filem yang lain. Pengakhiran filem ini turut sukar diramal pada pendapat H.I. Akan tetapi, mungkin ia berlainan pada pendapat anda sebagai penonton apabila sudah selesai menonton. 

Sumber : journeyofindonesia.com

Hasil lakonan para pelakon juga tidak terkecuali. Hasil lakonan mereka sangat memberangsangkan. Ia dapat menghidupkan suasana seterusnya menjadikan filem ini lebih menarik. 

Sumber : rollodepelicula.com

Secara keseluruhannya, H.I berikan ‘rating’ sebanyak 8.7/10. Filem ini mempunyai banyak unsur nilai murni yang dapat diambil pengajaran oleh para penonton. Perbezaan kepercayaan dan budaya tidak menjadikan kita seorang yang hina mahupun mulia. Ia bergantung pada amal kebajikan serta akhlak diri.

Selamat menonton. Jumpa lagi. Cau luh.

 

Bagi membantu anda menonton filem ini, ‘link’ untuk menonton secara ‘streaming’ atau ‘download’ disediakan di bawah. 

STREAM (link 1)                DOWNLOAD (link 1)

STREAM (link 2)               

 

TRAILER :

 

Artikel Berkaitan :

Orang Kaya Baru (2019) – Heart-warming Story Of A Family

Tomorrow I Will Date With Yesterday's You (2016) – The Most Beautiful Love Story

About Time (2013) – Changing The Past Is Not A Solution

The Man Who Knew Infinity (2015) - Great Knowledge Comes From Humblest of Origins


Post a Comment

0 Comments