Ticker

6/random/ticker-posts

Header Ads Widget

A Beautiful Mind (2001) – Life Journey Of A Great Mathematician | NATCA

A Beautiful Mind mengisahkan tentang perjalanan hidup John Nash. Nash belajar di Princeton University dengan mendapat Carnegie Scholarship dalam subjek Matematik. Dia terinspirasi untuk menerbitkan ideanya yang tersendiri. Dia melakukan pelbagai perkara untuk mendapat idea untuk dijadikan bahan terbitan. 

Sumber : amblin.com

Setelah mendapat idea, Nash menerbitkan teorinya yang pertama berkaitan ‘new concept of governing dynamics. Teori ini diberikan nama “Nash Equilibrium” di kemudian hari. Nash mendapat jemputan ke Massachusetts Institute of Technology (MIT) disebabkan oleh hasil terbitannya dan dia memilih kawannya, Sol dan Bender sebagai peneman. 

Sumber : pluggedin.com

Pada tahun 1953, Nash dijemput ke the Pentagon untuk memecahkan mesej sulit yang digunakan oleh musuh. Dia berjaya memecahkan mesej tersebut hanya dengan menggunakan perkiraan di dalam fikirannya sahaja. Selepas itu, dia dipilih untuk menyertai United States Department of Defense dengan tugasan rahsia, sambil berkhidmat sebagai tenaga pengajar di MIT. 

Sumber : imdb.com

Nash jatuh cinta dengan Alicia Larde, salah seorang pelajarnya selepas Alicia mengajaknya ke satu makan malam. Selepas itu, Nash melamar Alicia dan mereka berkahwin. 

Sumber : reviewstream.com

Keadaan Nash menjadi semakin memburuk. Dia mengalami masalah ‘paranoid schizophrenia. Tugas rahsianya di bawah United States Department of Defense menyebabkan dia mengalami gangguan perasaan dan mental. Hidupnya tidak tenteram dengan ketakutan, trauma serta halusinasi yang dialaminya. Hal itu bertambah buruk apabila dia mengetahui bahawa Alicia sedang mengandungkan anak pertamanya.

 

LATAR BELAKANG

A Beautiful Mind merupakan sebuah filem English, bergenre Biografi-Drama yang diterbitkan pada tahun 2001. Pengarah filem ini ialah Ron Howard dan dilakonkan oleh Russell Crowe sebagai John Nash, Ed Harris sebagai William Parcher, Jennifer Connelly sebagai Alicia Nash dan ramai lagi. Ia berdurasi 2 jam 20 minit. 

Sumber : mubis.es

Filem ini ditulis oleh Akiva Goldsman yang mengambil inspirasi dari sebuah buku dengan tajuk yang sama, A Beautiful Mind (1998) hasil karya Sylvia Nasar. Buku tersebut telah mendapat ‘bestselling’ dan Pulitzer Prize-nominated 1997. 

Sumber : goodreads.com

Filem ini juga telah mendapat hasil kutipan kasar sebanyak $313 juta USD (RM 1,269,058,500) dan mendapat pelbagai anugerah. Antara yang paling terkenal ialah 4 anugerah di Academy Awards iaitu Best PictureBest DirectorBest Adapted Screenplay dan Best Supporting Actress.

Boleh Menonton di:

 

 

REVIEW (Ulasan)

Filem ini serba sedikit mendedahkan kita tentang perjalanan seorang ahli pakar Matematik dunia. Kita dapat melihat bagaimana John Nash melalui dan menghadapi liku-liku serta cabaran yang sangat sukar dalam hidupnya. 

Sumber : letterboxd.com

Seorang individu yang mengalami masalah mental tidak akan mampu meneruskan hidupnya seorang diri. Golongan ini memerlukan paling kurang seorang insan yang setia dan cekal untuk menjadi pendamping agar dapat melalui kehidupan yang lebih baik. Filem ini memberikan kesedaran kepada para penonton akan penyakit mental. Ia dapat merosakkan jiwa dan diri seseorang individu dan seterusnya mengganggu kehidupan mereka. 

Sumber : reviewstream.com

Secara keseluruhannya, H.I berikan ‘rating’ sebanyak 9/10. Anda akan dapat mempelajari sesuatu daripada filem ini sambil berhibur. Ia juga mempunyai kisah yang sangat menyentuh hati.

Selamat menonton. Jumpa lagi. Cau luh.

 

TRAILER :

 

Artikel Berkaitan :

Orang Kaya Baru (2019) – Heart-warming Story Of A Family

Super 30 (2019) – Everyone Deserves A Better Education (Either They Poor or Rich)

The Social Dilemma (2020) – Untold Truth About Another Side Of Social Media

Snowden (2016) – You Will Cover Your Camera After Watching This Film


Post a Comment

0 Comments