![]() |
Mempunyai cita-cita dan impian bukanlah satu perkara yang
asing dalam kehidupan. Malah, sesetengah daripada kita mempunyai cita-cita yang
berubah-ubah mengikut usia dan keadaan persekitaran. Golongan yang tidak
mempunyai cita-cita juga wujud di kalangan kita namun ia tidaklah menjadikan
seseorang itu hina. Mungkin mereka masih keliru dengan hala tuju kehidupan
mereka sendiri.
Yesterday Once More mengisahkan tentang seorang pelajar perempuan yang paling cemerlang di sekolah bernama Lin Tianjiao. Dia sentiasa mendapat kedudukan pertama dalam setiap peperiksaan dan aktiviti lain sejak dari kecil lagi.
![]() |
Sumber : goldposter.com |
Memenuhi harapan ibu bapa dan taraf tanggapan orang terhadap diri bukanlah sesuatu yang mudah. Lin Tianjiao mengambil langkah dengan meniru di dalam satu peperiksaan untuk memastikan keputusannya tidak terkesan dan jatuh merudum. Perbuatan meniru tersebut disedari oleh Gao Xiang, seorang pelajar lelaki yang mempunyai keputusan paling teruk di sekolah dan sering dipandang rendah oleh para pelajar serta guru-guru lain.
![]() |
Sumber : chinesedrama.info |
Beberapa hari selepas itu, Lin Tianjiao cuba untuk menutup mulut Gao Xiang dengan membayar sejumlah wang. Wang tersebut ditolak oleh Gao Xiang. Rundingan di antara mereka berdua berakhir dengan Gao Xiang meminta Lin Tianjiao menyiapkan setiap kerja sekolahnya.Hubungan mereka menjadi agak rapat selepas kejadian tersebut.
![]() |
Sumber : cloverblossomsblog.com |
Lin Tianjiao mengetahui bahawa Gao Xiang mempunyai cita-cita untuk terbang (fly). Lin Tianjiao juga mengetahui tentang keadaan Gao Xiang yang tinggal bersama dengan atuknya yang cacat penglihatan. Mengetahui akan cita-cita Gao Xiang, Lin Tianjiao terkenan akan minatnya di dalam bidang astronomi dan impianya untuk menyambung pengajian di dalam bidang tersebut yang terpaksa dilupakan kerana ibunya menyuruh untuk menyambung pelajaran dalam bidang ‘finance’.
![]() |
Sumber : chinesedrama.info |
Suatu hari, Lin Tianjiao mengetahui satu berita yang sangat
besar. Berita tersebut adalah berkaitan masalah keluarga yang sedang dialami
tanpa pengetahuannya. Hal itu membuatkan fikirannya menjadi kacau ditambah
dengan perasaan sedih. Dia mulai menyedari akan makna alam “remaja” dan
kepentingan dalam mengejar cita-cita sendiri tanpa dipaksa oleh sesiapa pun.
LATAR BELAKANG
Yesterday Once More atau Shei De Qing Chun Bu Mi Mang merupakan sebuah filem China, bergenre ‘youth romance’ yang diterbitkan pada tahun 2016. Pengarah filem ini ialah Yoyo Yao dan dilakonkan oleh Bai Jingting sebagai Gao Xiang, Guo Shutong sebagai Lin Tianjiao dan ramai lagi. Ia berdurasi 1 jam 48 minit.
![]() |
Sumber : chinafilminsider.com |
Filem ini ditulis berdasarkan kisah yang dialami oleh alumni sebuah kelas. Mereka masih berkawan dan berinteraksi di antara sesama mereka setelah tamat persekolahan. Hal ini dipaparkan pada ‘credit scene’ di akhir filem.
![]() |
Sumber : nolscore.blogspot.com |
Boleh menonton di :
### tidak terdapat di platfom Streaming/Rent. Boleh
cuba di Kiss Asian, Drama Cool, etc.
REVIEW (Ulasan)
![]() |
Sumber : cloverblossomsblog.com |
Jika dilihat, filem ini seakan sama dengan filem Our Times 2015 (klik disini). Akan tetapi, terdapat perbazaan yang sangat ketara di antara kedua-dua filem tersebut. Ia dapat dilihat dari sudut perkembangan dan olahan jalan cerita filem ini. Filem Our Times lebih memfokuskan untuk para penonton lebih memahami akan kebebasan dan kegembiraan ketika berada di zaman persekolahan atau zaman remaja, manakala filem Yesterday Once More lebih memfokuskan tentang erti kepentingan mengejar cita-cita yang datang daripada keinginan diri sendiri.
![]() |
Sumber : justwatch.com |
Terdapat banyak pengajaran yang disampaikan melalui filem ini. Antaranya, janganlah kita memandang rendah akan cita-cita yang dimiliki oleh orang lain. Ia tidak sesekali menjadikan kita seorang yang hebat dengan melakukan sedemikian rupa. Walaupun kita berjawatan seorang guru, ia tidak membolehkan kita memandang hina akan cita-cita para pelajar. Seharusnya, guru perlulah menjadi antara insan yang menyuntik lagi semangat kepada pelajar untuk megejar cita-cita dan berjaya pada masa hadapan.
![]() |
Sumber : nolscore.blogspot.com |
Secara keseluruhannya, H.I berikan ‘rating’ sebanyak 8.5/10.
Filem ini sangat menghiburkan untuk ditonton dan ia juga dapat membuatkan anda
mengalirkan air mata. Janganlah kita berputus asa dalam mencapai impian di jiwa
meskipun ia mengambil masa yang lama.
Selamat menonton. Jumpa lagi. Cau luh.
! ! ! SPOILER ALERT ! ! !
peleraian filem ini membuatkan para penonton tidak berpuas hati kerana ingin
menonton lebih lagi dan lagi.
Bagi membantu anda menonton filem ini, ‘link’ untuk
menonton secara ‘streaming’ atau ‘download’ disediakan di bawah.
STREAM (link 1) DOWNLOAD (link 1)
STREAM (link 2) DOWNLOAD (link 2)
TRAILER :
Artikel Berkaitan :
Our Times ( Wǒ De Shàonǚ Shídài ) 2015
About Time (2013) – Changing The Past Is Not A Solution
Me Before You (2016) – Loving Can Hurt Sometimes
The Theory of Everything (2014) – The Extraordinary Story of Jane and Stephen Hawking
0 Comments