Ticker

6/random/ticker-posts

Header Ads Widget

The Theory of Everything (2014) – The Extraordinary Story of Jane and Stephen Hawking | NATCA

The Theory of Everything mengisahkan tentang percintaan di antara Stephen Hawking dan Jane. Stephen belajar di University of Cambridge dalam bidang astrofizik. Dia berkenalan dengan seorang pelajar bidang Seni bernama Jane Wilde. Mereka mula menjadi rapat. 

Sumber : filmhysteriasite.wordpress.com

Stephen mula terinspirasi untuk menulis tesis berkaitan lohong hitam selepas menyertai satu seminar berkaitan perkara tersebut. Dia merasakan bahawa lohong hitam menjadi salah satu faktor terjadinya proses penciptaan alam semesta ini. 

Sumber : theconversation.com

Ketika menjalankan kajiannya, Stephen mula mengalami masalah otot yang menyebabkan dia terjatuh lalu menyebabkan kepalanya terhantuk. Selepas menjalani pemeriksaan di hospital, Stephen dimaklumkan bahawa dia mengalami ‘motor neurone disease’. Doktor mengatakan yang tempoh hayatnya hanya berbaki 2 tahun sahaja lagi. Penyakit tersebut juga akan menyebabkan dia tidak dapat bergerak, menelan dan bernafas secara perlahan-lahan akan tetapi tidak mendatangkan mudarat terhadap otaknya. 

Selepas itu, Stephen mengasingkan diri dan fokus terhadap kajiannya. Mengetahui akan keadaan Stephen, Jane meluahkan perasan cinta kepada Stephen. Jane menyatakan hasratnya untuk setia bersama Stephen walaupun keadaannya akan menjadi semakin teruk. Mereka berdua berkahwin dan mendapat anak lelaki bernama Robert. 

Sumber : hollywoodreporter.com

Kajian serta teori yang dihasilkan oleh Stephen mendapat pengiktirafan. Dia juga menjadi terkenal kerana teori yang dibawanya berkaitan lohong hitam dan penciptaan alam semesta. Namun begitu, keadaan Stephen semakin memburuk. Dia disahkan mengalami ‘contracted pneumonia’ dan memerlukan pembedahan dengan segera. Pembedahan yang dijalankan akan menyebabkan Stephen tidak akan dapat bercakap. 

Sumber : shotonwhat.com

Perjalanan cinta Jane dan Stephen mengubah banyak perkara di antara mereka berdua. Hal tersebut memberikan impak yang sangat mendalam terhadap diri mereka.

 

LATAR BELAKANG

The Theory Of Everything merupakan sebuah filem English, bergenre Biografi-Romantik-Drama yang diterbitkan pada tahun 2014. Pengarah filem ini ialah James Marsh dan dilakonkan oleh Eddie Redmayne sebagai Stephen Hawking, Felicity Jones sebagai Jane Hawking (Jane Wilde), Charlie Cox sebagai Jonathan Jones dan ramai lagi. Ia berdurasi 2 jam 4 minit. 

Sumber : dailymail.co.uk

Filem ini diadaptasi oleh Anthony McCarten daripada sebuah karya bertajuk Travelling to Infinity: My Life with Stephen hasil tulisan oleh Jane Hawking. Buku tersebut menceritakan kisah Jane bersama bekas suaminya iaitu Stephen Hawking, menghidap penyakit dan kejayaan dalam dunia fizik. 

Sumber : goodreads.com

Filem ini juga mendapat sambutan yang sangat baik daripada semua pihak. Ia juga telah mendapat pelbagai anugerah setelah dicalonkan dalam banyak kategori di beberapa ‘film festival’. Antara yang menarik adalah anugerah Pelakon Lelaki Terbaik yang dimenangi oleh Eddie Redmayne di Academy Award.

Boleh Menonton di:

 

 

Sumber : slate.com

REVIEW (Ulasan)

Filem ini lebih menfokuskan tentang satu sisi kehidupan Stephen Hawking iaitu kisah cintanya bersama Jane. Kita boleh melihat bagaimana sebuah jalinan cinta di antara Stephen dan Jane yang sangat luar biasa. Kisah seperti ini jarang diceritakan dan dibawa ke layar kaca. Kisah mereka berdua yang unik ini menjadikan filem ini jauh berbeza daripada filem romantik yang lain. 

Sumber : variety.com

Rata-rata penonton memuji hasil lakonan oleh para pelakon di dalam filem ini. Hal ini tidak dapat dinafikan kerana kita dapat melihat sendiri bagaimana kualiti lakonan yang ditonjolkan oleh pelakon terutamanya Felicity Jones dan Eddie Redmayne. Hasil lakonan oleh Eddie Redmayne sangat hebat sehingga ada yang mengatakan bahawa dia kelihatan seperti Stephen Hawking pada usia mudanya. 

Sumber : shareably.co

Sumber : pinterest.com

Jalan cerita filem ini juga sangat menarik. Ia dihiasai dengan pelbagai emosi yang kebanyakannya akan menyentuh hati para penonton. Secara keseluruhanya, H.I berikan ‘rating’ sebanyak 10/10. Ia penuh dengan pengajaran untuk kita agar tidak berputus asa dalam mencapai kejayaan. Kekurangan diri bukanlah satu penghalang untuk berjaya.

Selamat menonton. Jumpa lagi. Cau luh.

 

TRAILER :

 

Artikel Berkaitan :

Me Before You (2016) – Loving Can Hurt Sometimes

About Time (2013) – Changing The Past Is Not A Solution

Our Times ( Wǒ De Shàonǚ Shídài ) 2015

Fan Chan (My Girl) 2003 – Treasure Your Childhood Time


Post a Comment

0 Comments