![]() |
The Imitation Game mengisahkan tentang perjalan seorang ahli genius matematik bernama Alan Turing pada zaman perang dunia ke-2. Alan Turing terpilih sebagai salah seorang ahli kumpulan yang dikhaskan untuk memecahkan kod rahsia yang digunakan oleh pihak tentera German dalam perang dunia ke-2. Kumpulan tersebut berjumlah 6 orang. Mereka ditugaskan untuk menganalisa sebuah mesin yang dipanggil Enigma. Enigma digunakan oleh pihak Nazi untuk menghantar mesej berkod.
![]() |
Sumber : twitter.com |
Alan Turing seorang yang suka mengasingkan dirinya. Dia
mengalami kesukaran untuk bekerjasama dengan rakan kumpulannya yang lain akibat
daripada trauma terhadap perlakuan buli oleh rakannya sewaktu masih di sekolah.
Hal itu membuatkan dia lebih suka melaksanakan kerja secara bersendirian.
Kerja memecahkan kod pada zaman terdahulu bukanlah perkara yang mudah. Disebabkan mesin Enigma sangat kompleks dan merumitkan, mesej berkod yang dihantar oleh pihak Nazi tidak dapat dipecahkan. Perkara itu mendatangkan kesan yang besar terhadap British di mana angka tentera yang terkorban terus meningkat dengan mendadak. Ia juga menambahkan lagi tekanan yang diterima oleh kumpulan pemecah kod tersebut.
![]() |
Sumber : blogs.3ds.com |
Suatu hari, Alan Turing mendapat satu idea untuk membina sebuah mesin untuk mentafsir kod yang dihantar oleh pihak Nazi. Pembinaan mesin tersebut memerlukan kos yang sangat tinggi. Ia menimbulkan masalah kepada Alan Turing apabila tempoh pembinaan mesin tersebut terlalu lama kerana mesin tersebut hanya dibina olehnya seorang diri.
![]() |
Sumber : intofilm.org |
Pelbagai masalah lain juga timbul di antara ahli kumpulan
mereka. Masalah yang paling ketara adalah perasaan tidak puas hati terhadap
Alan Turing. Walau bagaimanapun, Alan Turing terpaksa menghadapi perkara
tersebut untuk menyiapkan mesinya dan menyelamatkan seramai mungkin nyawa
tentera British.
LATAR BELAKANG
The Imitation Game merupakan sebuah filem English, bergenre Drama-Bersejarah yang diterbitkan pada tahun 2014. Pengarah filem ini ialah Morten Tyldum dan ia ditulis oleh Graham Moore berdasarkan sebuah buku biografi hasil karya Andrew Hodges yang bertajuk Alan Turing: The Enigma (1983). Filem ini dilakonkan oleh Benedict Cumberbatch sebagai Alan Turing, Keira Knightley sebagai Joan Clarke, Matthew Goode sebagai Hugh Alexander dan ramai lagi. Ia berdurasi 1 jam 54 minit.
![]() |
Sumber : cultbox.co.uk |
Filem ini berjaya memenangi anugerah Best
Adapted Screenplay dan tercalon dalam 8 kategori secara keseluruhan di 87th Academy Awards
serta memenangi anugerah People's Choice Award di 39th Toronto International
Film Festival. Filem ini juga tercalon dalam pelbagai kategori di beberapa
‘film festival’ yang lain.
Boleh
Menonton di:
REVIEW (Ulasan)
Filem ini sangat mengujakan untuk ditonton. Ia memaparkan bagaimana sukarnya pekerjaan sebagai pentafsir kod. Tekanan yang diterima sangatlah besar ditambah pula dengan beban rahsia peribadi yang disimpan.
![]() |
Sumber : blog.oup.com |
Antara perkara yang paling menonjol di dalam filem ini ialah hasil lakonan para pelakon. Barisan pelakon berjaya memainkan watak dengan sangat bagus dan hebat. Penonton dapat melihat hasil lakonan hebat tersebut terutamanya pada lakonan oleh Benedict Cumberbatch. Lakonannya sangat menjiwai watak dan ia membuatkan emosi yang dipaparkan di dalam filem dapat dirasai oleh penonton.
![]() |
Sumber : kpbs.org |
Bagi jalan cerita pula, ia tidak mempunyai apa-apa masalah
kecuali unsur homoseksual yang ditonjolkan bersama. Ia mungkin tidak menjadi
masalah kepada golongan ini ataupun masyarakat di barat, namun, ia mungkin agak
mengganggu untuk tontonan masyarakat di negara ini.
Secara keseluruhanya, H.I berikan ‘rating’ sebanyak 8.8/10.
Filem ini menghiburkan untuk ditonton dan mengajar kita supaya tidak berputus
asa dalam mencapai sesuatu.
Selamat menonton. Jumpa lagi. Cau luh.
Artikel Berkaitan :
A Beautiful Mind (2001) – Life Journey Of A Great Mathematician
The Man Who Knew Infinity (2015) - Great Knowledge Comes From Humblest of Origins
Our Times ( Wǒ De Shàonǚ Shídài ) 2015
Nodame Cantabile – The Best Classical Music Anime And Film
0 Comments