Ticker

6/random/ticker-posts

Header Ads Widget

Super 30 (2019) – Everyone Deserves A Better Education (Either They Poor or Rich) | NATCA


Antara perkara yang paling berharga di dunia ini adalah Ilmu. Ilmu boleh diperoleh dalam pelbagai bentuk dan kaedah, tetapi kaedah yang paling ketara ialah melalui Pendidikan. Oleh sedemikian rupa, Pendidikan menjadi satu perkara utama dan penting dalam kemajuan sesetengah negara.

Super 30 mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Anand Kumar yang dilahirkan dalam keluarga yang miskin, di India. Dia dikurniakan dengan kebijaksanaan sejak kecil lagi dan suka akan pembelajaran terutamanya Matematik. 


Suatu hari, Anand Kumar menerima sepucuk surat daripada Professor Richard, seorang Professor di University of Cambridge. Surat tersebut adalah surat tawaran kepada Anand Kumar untuk menyambung pelajaran di sana kerana dia berjaya menyelesaikan soalan Matematik yang tidak pernah lagi diselesaikan oleh sesiapa pun sebelum ini. Dia dan ayahnya cuba mendapatkan bantuan untuk melanjutkan pelajaran ke sana, namun tidak berjaya. Ditakdirkan, ayahnya meniggal dunia kerana serangan jantung. Anand Kumar membatalkan hajatnya untuk menyambung belajar. 

Selepas itu, Anand Kumar bekerja menjual papadom untuk menampung keluarganya selepas pemergian ayahnya. Ketika sedang menjual, dia berjumpa dengan Lallan Singh, pemilik kepada sebuah pusat pengajaran (tuisyen) bernama Excellence Coaching Centre. Dia ditawarkan untuk menjadi pengajar di sana. 

Setelah mula menjadi seorang guru di sana, dia mampu menampung keluarganya dengan gaji yang diterimanya. Kehidupan Anand Kumar mula berubah menjadi mewah. Disebabkan itu, dia menjadi lupa diri. 

Suatu hari, dia terserempak dengan seorang budak yang ditolak kemasukkanya ke Excellence Coaching Centre. Dia mula tersedar bahawa kanak-kanak daripada golongan miskin juga berhak mendapatkan Pendidikan yang baik. Kemudianya, dia membuka pusat tuisyennya yang tersendiri secara percuma. Dia memilih 30 orang pelajar yang berjaya melepasi saringan melalui peperiksaan yang dibuat khas untuk memilih kemasukan ke pusat tuisyennya. Dia mula menerima pelbagai cabaran dan dugaan sejak mula mengajar di pusat tuisyennya. Namun begitu, dia tidak berputus asa dalam memberikan Pendidikan yang terbaik untuk kesemua 30 orang pelajarnya. 

Sumber : zeenews.india.com


LATAR BELAKANG

Filem Super 30 merupakan sebuah filem India (dalam bahasa Hindi), bergenre Biografi-Drama yang diterbitkan pada tahun 2019. Pengarah kepada filem ini ialah Vikas Bahl dan dilakonkan oleh Hrithik Roshan sebagai Anand Kumaar, Mrunal Thakur sebagai Supriya, Nandish Sandhu sebagai Pranav Kumar (adik Anand Kumar) dan ramai lagi. Ia berdurasi 2 jam 34 minit. 

Sumber : imdb.com

Filem ini terhasil berdasarkan kisah Anand Kumar, iaitu seorang ahli ‘genius’ Matematik yang menjadi guru kepada pelajarnya yang berjumlah 30 orang. Tajuk filem ini, diambil daripada nama program yang dijalankan oleh Anand Kumar di pusat pengajaranya. Program tersebut dipanggil dengan nama Super 30. 

Sumber : socialnews.xyz

Filem ini juga telah mendapat beberapa anugerah di ‘film festival’ seperti Pengarah Terbaik & Pelakon Terbaik di Dada Saheb Phalke International Film Festival dan Pelakon Terbaik di Zee Cine Awards.

Boleh Menonton di:

 

 

REVIEW (Ulasan)

Peluang untuk mendapatkan Pendidikan yang baik tidak selalunya terbentang di hadapan mata. Untuk mendapatkan Pendidikan, pembelanjaan yang banyak perlu dihabiskan. Perkara ini membuatkan kanak-kanak daripada golongan miskin tidak mampu untuk mendapatkan pindidikan yang baik dan berguna untuk mengubah nasib hidup mereka. Hal ini boleh dikategorikan sebagai ‘racist’ terhadap golongan tersebut. 

Sumber : indiatvnews.com

Di dalam filem ini, kita dapat melihat situasi di mana, mereka yang tidak mempunyai wang akan disisihkan daripada mendapatkan Pendidikan yang lebih baik. Malah, mereka juga dipandang hina oleh golongan yang kaya dan berkemampuan. Hal tersebut berlaku kerana perspektif yang diterapkan ke dalam diri golongan ini, bahawa golongan miskin tidak layak mendapatkan Pendidikan yang baik. 

Sumber : dnaindia.com

Negara India dikategorikan sebagai negara dunia ke-3. Ia terkenal dengan bayaran murah terhadap pekerja dan tahap kemiskinan rakyatnya yang tinggi. Oleh sebab itu, kebanyakan kanak-kanak tidak pergi ke sekolah tetapi mereka memilih untuk berkerja untuk menyara kehidupan. Namun, mereka masih menaruh cita-cita yang tinggi untuk berjaya setelah dewasa nanti. 

Kita juga dapat melihat bagaimana pentingnya Pendidikan terhadap seseorang individu. Ia dapat mengubah kehidupan seseorang itu kepada yang lebih baik. Perkara ini membuktikan akan kepentingan Pendidikan terhadap negara secara amnya.

Secara keseluruhannya, H.I tidak teragak untuk memberikan ‘rating’ sebanyak 10/10. Hal ini kerana nilai yang dipaparkan serta kualiti lakonan oleh barisan pelakon. Anda pasti akan teruja ketika menonton filem ini.

Selamat menonton. Jumpa lagi. Cau luh.


TRAILER :


Artikel Berkaitan :

Teacher’s Diary (2014) – Teaching Is Everything To A Teacher

Rang De Basanti 2006 (Film Review)

Inspirational Story of Manjhi - The Mountain Man

Bangkok Traffic (Love) Story (BTS) 2009 – Say No More to Single


Post a Comment

0 Comments