Ticker

6/random/ticker-posts

Header Ads Widget

SuckSeed (2011) – Cinta Tiga Segi Zaman Persekolahan | NATCA


SuckSeed (Huay Khan Thep) mengisahkan tentang sebuah kumpulan rock yang terdiri daripada beberapa orang pelajar sekolah menengah. Kumpulan ini tertubuh apabila Koong bercadang untuk menubuhkan sebuah kumpulan (band), lalu dia mengajak kawan baiknya, Ped untuk menyertai kumpulan tersebut. Mereka mengajak seorang lagi pelajar, dengan nama panggilan Ex untuk menyertai mereka sebagai pemain drum (drummer). 

Sumber : imdb.com

Ped seorang yang tidak berminat dengan musik ketika kecil. Dia seorang yang agak pendiam dan pemalu berbanding rakan sekelasnya yang lain. Suatu hari, sewaktu sesi membuat persembahan nyanyian secara individu di dalam kelas, dia tertarik dengan seorang rakan kelasnya bernama Earn. Kemudianya, Earn memperkenalkan dia dengan dunia musik. Semenjak itu, dia mula menyukai musik. 

Koong, berbeza dengan Ped, dia seorang yang meminati musik sejak kecil lagi. Dia mempunyai kemahiran bermain gitar. Selain itu, dia juga mempunyai seorang kembar bernama Kae. Mereka berdua sering bergaduh, dan sering bersaing untuk membuktikan siapa lebih hebat bermain musik. Koong juga sudah berkawan dengan Ped sejak kecil lagi. Koong dan Ped merupakan kawan karib. 

Setelah Ped didedahkan dengan dunia musik, dia mula belajar bermain gitar untuk ditunjukkan kepada Earn. Namun, Earn berpindah ke Bangkok tanpa sempat Ped memberikan rakaman nyanyianya. 

6 tahun kemudian, mereka berjumpa semula. Earn berpindah ke sekolah mereka sebagai pelajar baru. Koong dan Earn mendapati Earn mahir bermain gitar. Mereka mengajak Earn untuk menyertai kumpulan mereka. Earn bersetuju untuk menyertai kumpulan tersebut. Dalam mereka berlatih bermain musik, perasaan cinta mulai menebal di antara Ped, Earn dan Koong. Hal itu membuatkan keberadaan kumpulan mereka tergugat.

 

LATAR BELAKANG

Filem SuckSeed (Huay Khan Thep) merupakan sebuah filem Thailand, bergenre Komedi yang diterbitkan pada tahun 2011. Ia diarah oleh Chayanop Boonprakob dan dilakonkan oleh Jirayu Laongmanee sebagai Ped, Pachara Chirathivat sebagai Koong dan Kae, Nattasha Nauljam ssebagai Earn dan Thawat Pornrattanaprasert sebagai Ex. Filem ini berdurasi 2 jam 10 minit. 

Sumber : pinterest.com

Filem ini telah mengumpul hasil kutipan sebanyak 21.4 Juta baht pada awal penerbitanya di Thai Box Office. Pada keseluruhannya, ia mampu mengumpul sebanyak US$2,600,673.

Boleh Menonton di:

 

 

REVIEW (Ulasan)

Filem ini memaparkan kisah yang sinonim dengan situasi sebenar yang mungkin dialami oleh sesetengah daripada kita sewaktu di sekolah menengah. Kita dapat melihat hampir keseluruhan daripada filem ini memfokuskan kisah kumpulan yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah ini. ia tidak mempunyai campur tangan daripada golongan dewasa atau ibu bapa seperti filem-filem yang lain. 

Pastinya, sebahagian daripada kita pernah melalui saat-saat sebegini, di mana mempunyai cita-cita untuk mencapai sesuatu dan tidak dilupakan menaruh hati terhadap seseorang. Kita juga melalui saat-saat bertungkus-lumus dalam melakukan sesuatu perkara. 

Jalan cerita yang dipaparkan dapat dihayati dengan mudah dan difahami oleh para penonton. Ia juga mempunyai adengan kelakar serta romantik yang diterap bersama. Hasil pembawakan watak dan lakonan juga sangat bagus. Filem ini bertambah menarik dengan musik yang digunakan sepanjang filem dan penampilan penyanyi-penyanyi terkenal dari Thailand. 

Sumber : imdb.com

Secara keseluruhanya, H.I berikan ‘rating’ sebanyak 8/10. Zaman persekolahan adalah zaman yang tidak akan dapat dilupakan.

Selamat menonton. Jumpa lagi. Cau luh.


TRAILER : 

  

Artikel Berkaitan :

Fan Chan (My Girl) 2003 – Treasure Your Childhood Time

Teacher’s Diary (2014) – Teaching Is Everything To A Teacher

Heart Attack (2015) – Would You Rather ‘Work Hard’ or ‘Love Hard’?

Hormones (2008) - Restless Hearts During School Break


Post a Comment

0 Comments