Ticker

6/random/ticker-posts

Header Ads Widget

Our Times ( Wǒ De Shàonǚ Shídài ) 2015 | NATCA

Kehidupan tidak selalunya seperti yang kita impikan. Alam persekolahan dan alam pekerjaan merupakan dua alam yang jauh berbeza. Keseronokan yang terdapapt pada alam persekolahan sangat sukar diperoleh apabila sudah berada di alam pekerjaan.

Our Times mengisahkan tentang Lin Truly yang tertekan dengan kehidupan alam dewasanya. Apabila dia mendengar sebuah lagu yang dimainkan di radio, dia terkenan kembali akan masa lalu sewaktu dia masih di sekolah menengah. 

Sumber : scmp.com

Lin Truly merupakan seorang yang dikategorikan sebagai pelajar biasa di sekolah. Dia tidak terkenal dan disukai ramai. Akan tetapi, dia merupakan seorang pelajar yang mempunyai rekod bersih dan mempuyai pencapaian yang bagus dalam pembelajaran.

Suatu hari, Lin Truly menerima sepucuk surat. Surat tersebut adalah surat berantai. Terdapat arahan untuk memberikan salinan surat tersebut kepada beberapa orang yang lain. Anatara mangsa untuk memenuhi arahan surat tersebut adalah Hsu Tai-yu, ketua samseng di sekolah. Apabila Hsu Tai-yu mendapat surat tersebut, dia terlibat dalam satu kemalangan semasa membaca surat tersebut. 

Sumber : aminoapps.com

Hsu Tai-yu dan rakannya mencari orang yang menjadi dalang dalam memberikannya surat tersebut. Lin Truly tertangkap sebagai pesalah di dalam hal itu. Lin Truly dipaksa untuk menjadi orang suruhan kepada Hsu Tai-yu. Dia disuruh untuk menyiapkan kerja sekolah Hsu Tai-yu dan sebagainya. 

Sumber : dramaforreal.com

Ditakdirkan, Lin Truly mengetahui bahawa lelaki yang diminatinya, Ouyang Fei-fan, pelajar lelaki paling terkenal di sekolah mempunyai hubungan dengan Tau Min-min, seorang pelajar perempuan paling terkenal di sekolah. Lin Truly bersepakat dengan Hsu Tai-yu, yang menyimpan perasaan terhadap Min-Min, untuk menghancurkan hubungan mereka berdua. 

Sumber : chinadaily.com.cn

LATAR BELAKANG

Filem Our Times atau Wǒ De Shàonǚ Shídài merupakan sebuah filem Taiwan bergenre Romantik-Komedi-Drama yang diterbitkan pada tahun 2015. Wǒ De Shàonǚ Shídài boleh diterjemah sebagai “The Time of My Maiden Years" atau “My Girl's Generation". Filem ini diarah oleh Frankie Chen dan dilakonkan oleh Vivian Sung sebagai Lin Truly (muda), Darren Wang sebagai Hsu Tai-yu (muda) dan ramai lagi. Ia berdurasi 2 jam 14 minit. 

Sumber : skimmedmilkdrama.com

Terdapat penampilan khas oleh Andy Lau di dalam filem ini. Andy Lau melakonkan watak sebagai seorang penyanyi terkenal yang digilai ramai wanita.

Filem ini juga telah dicalonkan dalam beberapa kategori di 52nd Golden Horse Awards (2015). Namun, rezeki tidak memihak kepada mereka. 

Sumber : dramaforreal.com

Lagu OST (Original Sound Track) filem ini, A Little Happiness nyanyian oleh Hebe Tien telah mencecah jumlah tontonan sebanyak 100 juta tontonan di YouTube pada 20 Ogos 2016, seterusnya menjadikan dia sebagai penyanyi dalam bahasa Cina yang pertama mencapai tontonan 100 juta di YouTube. Hal ini kerana sambutan hangat daripada penonton filem ini. 

Sumber : youtube.com

Boleh Menonton di:

 

 

REVIEW (Ulasan)

Filem ini sangat menghiburkan. Ia mempunyai unsur lawak dan romantik yang sangat logik dan biasa dilihat dalam kalangan remaja. Situasi dan adengan yang ditonjolkan amat sesuai dengan watak dan jalan cerita. Adengan yang terdapat di dalam filem ini tidak akan membuatkan anda loya dan ‘cringe’. 

Sumber : teenage.com.sg

Tidak dinafikan, tunjang utama tema filem ini boleh dikategorikan sebagai perkara yang ‘cliché’. Walau bagaimanapun, olahan dan sentuhan yang diberikan dalam jalan cerita filem ini membuatkan ‘cliché’ tersebut tidak keterlaluan. Perkara tersebut menjadikan filem ini mempunyai unsur kelainan berbanding filem-filem cinta yang lain dan membuatkan ia boleh diterima oleh kebanyakan penonton. 

Sumber : hollywoodreporter.com

!!! SPOILER ALERT !!! Agak menyedihkan dan menghampakan apabila pelakon watak Hsu Tai-yu ditukar dalam filem ini. Rata-rata peminat filem ini menyatakan tidak bersetuju dengan perubahan pelakon untuk watak tersebut. Pelakon tersebut dilihat agak tidak sesuai membawa watak Hsu Tai-yu. 

Sumber : thefangirlverdict.com

Secara keseluruhannya, H.I berikan ‘rating’ sebanyak 8.5/10. Walaupun tema filem ini agak biasa, namun ia mampu memberikan impak yang agak mendalam kepada penonton. Tidak dilupakan, hasil lakonan juga sangat hebat dan menjiwai watak.

Selamat menonton. Jumpa lagi. Cau luh.

 

 TRAILER :


Artikel Berkaitan :

About Time (2013) – Changing The Past Is Not A Solution

Yesterday Once More (2016) – Pursue Your Own Desired Future

The Imitation Game (2014) – Behind Every Code Is An Enigma

Detective Conan Main Storyline – Black Organization


Post a Comment

0 Comments